Seorang gadis terbunuh, dipercayai terjatuh dari tingkat 14 Pangsapuri Templer, Jalan Tun Dr Ismail. Astro Awani melaporkan, mangsa berusia 21 tahun itu ditemui selepas penduduk terdengar bunyi dentuman dari tingkat bawah kira-kira pukul 8.50 malam.
Hasil siasatan awal mendapati mangsa tinggal di Bukit Galane datang ke situ dengan niat untuk membunuh diri. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Superintendan Thiew Hock Poh berkata, “Sebaik sahaja pasukan polis sampai ke lokasi kita mendapati mangsa berada dalam keadaan tertiarap di tingkat bawah blok A, dipercayai telah terjun dari tingkat 14. “Terdapat beberapa barang peribadi milik mangsa dan telah disahkan oleh keluarga mereka yang dipanggil sebaik sahaja pasukan kita mengenal pasti warisnya.
“Mayat kemudiannya dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk tindakan susulan.” Difahamkan mangsa pernah dirujuk ke Bahagian Psikiatri HTJ Seremban untuk mendapatkan rawatan. Tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. -CARI
|
11
Bagus |
18
Marah |
14
Terkejut |
13
Sedih |
16
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
zulka replied at 4-4-2018 03:20 AM
aduhai kenapa bunuh diri dik
ADVERTISEMENT