Sempena hari jadi Datuk Seri Aliff Syukri yang ke-31, dia berharap suatu hari nanti apabila sudah tiba masanya dia meninggalkan dunia ini, dia dapat pergi dalam keadaan tenang dan beriman. Dia juga akan berusaha untuk menjadi alim sebelum usia 35 tahun.
Pada ulang tahun kelahirannya, majlis yang disambut agak sentimental kerana mengenangkan segala kejaayaan yang dikecapi sehingga ke hari ini bukanlah sesuatu yang mudah. “Saya agak tersentuh kerana saya melihat realiti yang berlaku. Jujurnya juga, saya target untuk menjadi individu yang lebih alim sebelum usia mencecah 35 tahun. “Malah proses pembinaan surau di kawasan berdekatan kediaman juga sedang diusahakan sebagai ekspresi kepada apa yang saya hajati,” katanya pada MH. Dia akui kelemahan dirinya dan jauh di sudut hatinya berasa syukur kepada Tuhan yang telah memakbulkan doanya selama ini. “Saya bukan malaikat. Saya juga ada lakukan kesilapan dan apa yang dipaparkan bukan mahu riak dengan apa yang ada. Tetapi ini adalah impian saya yang sudah termakbul, alhamdulillah,” “Saya dah buat (haji) tapi saya tak mahu kongsi pada publik”, jelasnya pada MH. Banglo yang menjadi kediaman rasmi keluarganya juga adalah salah satu pencapaian yang sangat membanggakan. “Sejak remaja, saya sudah simpan angan-angan mahu memiliki banglo dan impian itu terlaksana pada usia 24 tahun. Kemudian, saya dikurniakan gelaran Datuk dan dalam perjalanan untuk menerima pingat itulah, saya pasang impian nak memiliki kediaman seperti istana. Mahligai yang dibina atas tanah yang bernilai RM13 juta itu dinamakan Palace Aliff Syukri yang mempunyai 30 bilik beserta surau, gim dan pawagam mini. Kelengkapan rumah serta bahan binaan juga dibeli daripada negara China, Indonesia, Portugal dan Itali. Apabila ditanya pula tentang kecaman netizen serta isu riak yang sering dikaitkan dengan dirinya, dia sendiri semakin lali dan mengatakan bahawa itu adalah hak masing-masing dalam memberikan pandangan. “Saya tiada kuasa nak tutup mulut atau puaskan hati semua orang. Niat saya adalah untuk berkongsi hasil yang akan kita perolehi andai kita kuat berusaha. “Selain itu, paparan kediaman ini juga adalah sebagai pengisian terakhir untuk program realiti saya, Oh Abang Kosmetik musim kedua” Teringin juga pergi ke istana Aliff Syukri. Mesti ‘wow’ bila masuk dalam kediaman mewah tersebut. - CARI
|
7
Bagus |
4
Marah |
3
Terkejut |
9
Sedih |
5
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
idakamaruddin replied at 4-4-2018 05:24 PM
umah besar mcmtu kos 13j nape umah tok vida yg baru x slp kt ipoh je tp kos 20j
ke tok vida exagg ...
ayu_midori replied at 4-4-2018 06:24 PM
Kaya betul heshe.. tp peel tu.. ishk.. datin pon layankan aje kot. Nak tegur2 karang sentap pulak
sharlenetexas replied at 4-4-2018 06:40 PM
Kalau ada meter ukur alim skala 1-10, agak2 berapa markah diberi utk tok alip?
Pra-alim
Alim
BookerT replied at 4-4-2018 07:39 PM
kau tahu ke maksud alim tu apa nyah? alim tu maksud orang berilmu...beza jauh dengan warak...mak seb ...
BookerT replied at 4-4-2018 07:41 PM
mak rasa mak hayam aliff servis power tau nyah..tak perlukan vimax..tak macam mak hayam iwan007 ac ...
ADVERTISEMENT