Anda suka makan pedas? Kalau tak ada sambal tak sah? Pergilah Seri Kembangan kerana anda akan mendapat apa sahaja jenis sambal yang anda idamkan! Tempat makan ini menyediakan 22 jenis sambal.
Pelbagai rasa sambal ada untuk memenuhi selera pelanggan. Ada yang pedas, manis, masam dan terlalu pedas bagi yang berani atau benar-benar sukakan pedas! Antara menu sambal yang disediakan ialah sambal udang, sotong, ikan masin, petai, cendawan dan banyak lagi!Antara kegemaran ramai ialah sambal tempe, paru, kedondong, bawang dan juga hati. Untuk pengetahuan anda, kedai ni tidak menggunakan cili kering tetapi cili hidup jadi kepedasannya tidak menyakitkan perut. Selain itu kedai ini turut menyediakan bakso, mee pangsit, mee ayam dan segala jenis penyet dalam menu mereka. Anda patut cuba Nasi Goreng Gobal Gabul. Mengapa? Nak tahu datanglah dan rasai sendiri! Lokasi: Tempat Makan Lesehan, G201 LP7 Uptown Kinrara, Seri Kembangan. Air liur dah meleleh tengok gambar sambal, jangan lengah-lengah lagi. Seri Kembangan je pun! Ayuh! -CARI
|
17
Bagus |
19
Marah |
15
Terkejut |
25
Sedih |
22
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT