Kasut milik pegawai tinggi tentera laut dicuri seorang lelaki di bangunan terminal utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), ketika dia hendak ke Kota Kinabalu, Sabah pada Ahad lalu.
Sinar Online melaporkan, kejadian kira-kira jam 2 petang itu menyebabkan pegawai berkenaan kerugian kira-kira RM700, kata Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah. “Semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kasut bernilai RM700 itu dicuri seorang lelaki dari dalam beg mangsa. “Bagi mengelakkan tindakannya itu dikesan, suspek terus memakai kasut tersebut lalu beredar,” katanya.
Polis kemudian berjaya menangkap seorang lelaki tempatan yang juga pekerja di Bahagian Aerodarat KLIA berusia 29 tahun di Banting, kira-kira jam 9.30 pagi, semalam. Hasil pemeriksaan di rumah suspek, polis merampas sebuah beg Nike dan sepasang kasut berjenama Footjoy. Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan. - CARI
|
7
Bagus |
6
Marah |
7
Terkejut |
4
Sedih |
4
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
berusjamban replied at 5-4-2018 12:19 PM
Kalu vip hilang kasut rm700 pun dah kecoh
aechae replied at 5-4-2018 12:21 PM
Klu marhaen nk kna hilang brapa nilai dlu bru bleh kecoh eh?
haiku replied at 5-4-2018 02:44 AM
Helloooo wartawan Cari
Tolong buka thread Commonwealth Games 2018
munchkin replied at 7-4-2018 02:05 AM
ni mungkin pangkat general ke atas.
izwan_izi replied at 7-4-2018 02:28 AM
Mana ada pangkat lagi tinggi dari general oii...kalo dah atas general tu...dah masuk ke level fiel ...
aechae replied at 5-4-2018 12:21 PM
Klu marhaen nk kna hilang brapa nilai dlu bru bleh kecoh eh?
ADVERTISEMENT