Baru-baru ini, hangat diperkatakan di media sosial berkenaan kelakuan seorang aktivis wanita, Maryam Lee yang mengatakan dia dihalau daripada memasuk kawasan Masjid Negara hanya kerana tidak menutup aurat. Ramai netizen menyifatkan kelakuan Maryam itu adalah tidak wajar kerana umum mengetahui tatacara pemakaian untuk ke tempat beribadat adalah menutup aurat dan sopan. Tatacara tersebut bukan hanya diguna pakai di masjid, tempat beribadah orang Islam, bahkan tempat beribadah agama lain turut menggunakan peraturan sama iaitu berpakaian sopan. Para netizen ini boleh tahan rajin juga apabila mereka menyelongkar galeri gambar di media sosial Maryam dan ternyata wanita tersebut sebelum ini berkunjung ke tempat lain seperti Iran misalnya, Maryam boleh sahaja menutup aurat apabila masuk ke tempat beribadah. Memetik tweet @HafizRayyan, tindakan Maryam itu seolah-olah hendak menunjukkan dirinya bodoh dan 'tertindas oleh pemikiran sendiri'. Bahkan, ramai bersetuju dengan pendapat tersebut. Bukankah di masjid-masjid yang biasa dikunjungi pelancong seperti Masjid Negara, Masjid Putra serta beberapa masjid lain ada menyediakan jubah segera untuk digunakan pelancong bagi menutup aurat? Mengapa tidak meminjam sahaja jubah tersebut? Apa-apa pun, ikutkah seperti pepatah orang dulu-dulu "masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum". Usahlah diikutkan sangat pemikiran awak itu, biar ada akal sedikit dalam hidup ini. - CARI |
8
Bagus |
12
Marah |
11
Terkejut |
7
Sedih |
7
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
alaa replied at 5-4-2018 04:51 PM
RUDE. alang2 kenapa tak bogel aje ke sana sini. buat apa ikut peraturan kena kena tutup2 tu
ADVERTISEMENT