CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bengang Isteri Minta Cerai, Lelaki Bakar Rumah Mentua

5-4-2018 03:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4450| Komen: 35

Bengang gara-gara isteri menuntut cerai, seorang lelaki bertindak membakar rumah mentuanya di Kampung Mengabang Panjang, Batu Rakit, Kuala Nerus.

Suspek berus yang bekerja sebagai nelayan itu membakar rumah yang didiaminya bersama isteri, tiga anak, ibu mentua dan anak saudaranya pada 6 petang.

Harian Metro melaporkan, pasangan terbabit berselisih faham sebelum si isteri meminta cerai.

Foto: Harian Metro
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata, isteri suspek yang bimbang keselamatan keluarganya telah membuat laporan di Balai Polis Batu Rakit.

“Bagaimanapun, wanita terbabit yang berada di balai polis terkejut apabila dimaklumkan rumahnya dibakar suspek.


“Mangsa bergegas pulang ke rumah dan mendapati rumahnya sudah terbakar.

“Suspek yang berada berhampiran tempat kejadian ditahan sebelum dibawa ke Balai Polis Batu Rakit untuk tindakan lanjut dan pemeriksaan ujian saringan awal air kencing mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine."

Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Noradila Ab Latiff membenarkan suspek direman selama empat hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api atau benda letupan.

Kebakaran menyebabkan enam sekeluarga termasuk tiga kanak-kanak hilang tempat tinggal dan kerugian membabitkan RM50, 000. -CARI
8

Bagus
5

Marah
11

Terkejut
5

Sedih
6

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (53 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fushimi 5-4-2018 01:50 PM
bakpe giler gitu semer

isap lagi dadoh tu

Quote prettyuglybabe 5-4-2018 01:53 PM
bodoh punya jantan.. dah la tak mampu nak sediakan rumah sendiri untuk anak bini..
ko bakar pulak rumah yang ko menumpang..
Quote zulka 5-4-2018 02:40 PM
lawa pula kolar baju lokap tu...baju pompuan ke apa
Quote sarahmirza 5-4-2018 02:52 PM
DAH la miskin, positif dadah pulak tu.
Menyusahkan betul.
Quote leylapple 5-4-2018 02:57 PM
dadah lagi....

aritu berita penagih dadah rogol anak sendiri...

nie bakar pulak rumah..esok lusa ada lagi berita penaih dadah merompak, bunuh orang...

Quote jazaa100 5-4-2018 03:00 PM
Menate mu.....
Quote chinta89 5-4-2018 03:05 PM
doh mung g bakor ngat rumoh hok mung dok berteduh tu, mung dok pikir ke bang koho buat bini mung benci, anak2 dan mok tuo pun kohor benci ke pangai mung???


doh la prangai udoh gitu seme, idup pulok numpang rumoh mok tuo. mmg dasar dok malu aaaa mung ni bang.


#SisCubaSlangGanuDarulRuntuh
Quote zulka 5-4-2018 03:07 PM
chinta89 replied at 5-4-2018 03:05 PM
doh mung g bakor ngat rumoh hok mung dok berteduh tu, mung dok pikir ke bang koho buat bini mung ben ...

pekat nye..
Quote haryatie 5-4-2018 03:22 PM
minta dijauhkan dpt menantu mcam hantu..
Nauzubillahiminazalik
Quote sukacactus 5-4-2018 03:29 PM
Ni dah mmg betul2 menantu xguna
Dah la bodoh, mendadih lg
Quote miss_kitab 5-4-2018 03:43 PM
natam guh sek dadoh gining..gatung pah mapuh truh..molep la bining mitok cerai..dr bela bewok iduk baik bela mok pok
Quote CARI-MRO 5-4-2018 03:56 PM
Bengang gara-gara isteri menuntut cerai, seorang lelaki bertindak membakar rumah mentuanya di Kampung Mengabang Panjang, Batu Rakit, Kuala Nerus.


Suspek berus yang bekerja sebagai nelayan itu membakar rumah yang didiaminya bersama isteri, tiga anak, ibu mentua dan anak saudaranya pada 6 petang.


Harian Metro melaporkan, pasangan terbabit berselisih faham sebelum si isteri meminta cerai.

Foto: Harian Metro


Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata, isteri suspek yang bimbang keselamatan keluarganya telah membuat laporan di Balai Polis Batu Rakit.


“Bagaimanapun, wanita terbabit yang berada di balai polis terkejut apabila dimaklumkan rumahnya dibakar suspek.


“Mangsa bergegas pulang ke rumah dan mendapati rumahnya sudah terbakar.


“Suspek yang berada berhampiran tempat kejadian ditahan sebelum dibawa ke Balai Polis Batu Rakit untuk tindakan lanjut dan pemeriksaan ujian saringan awal air kencing mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine."


Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Noradila Ab Latiff membenarkan suspek direman selama empat hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api atau benda letupan.


Kebakaran menyebabkan enam sekeluarga termasuk tiga kanak-kanak hilang tempat tinggal dan kerugian membabitkan RM50, 000. -CARI
Quote mieymiey 5-4-2018 04:12 PM
Eh setan, kalau nak bakar pegi la bakar rumah sendiri! Bongok!
Quote cupu 5-4-2018 04:33 PM
Benci betul aku dgn penagih ni..mmg xguna!!!! Kesian sgt wanita yg kawen dgn penagih.in case dia xtau kwn tu penagih sblm kawen...tp kdg ada je makbapak pihak lelaki suh kawen dgn harapan nk suh ank berubah..tp taik dadah ni mmg haram la nk berubah.last2 menjanda jgk smbil membanting tulang pelihara anak.
Quote giyomi 5-4-2018 06:45 PM
cupu replied at 5-4-2018 04:33 PM
Benci betul aku dgn penagih ni..mmg xguna!!!! Kesian sgt wanita yg kawen dgn penagih.in case dia xta ...

betul tu, kekonon bila dah merasa air parp, dia akan berubah, alih2 bini dia terpaksa tanggung biawak idup plus dpt penyakit free...time tu, mak bapak duk mengangkang jew
Quote PongKang 5-4-2018 06:52 PM
femes betul pakcik polis tu dgn member sekerjanya adik polis tu...
Quote mintu 5-4-2018 07:37 PM
kat tv9 tadi ada tunjuk muka suspek.. iols ingat husband zz tadi sebab ada rupa sikit cuma gelap dan x botak
Quote Aerhys 5-4-2018 07:51 PM
Di malaysia, lelaki kalau dia nak ceraikan isterinya semudah petik jari sahaja dah sah cerai. Kalau isteri pula punyalah susah terpaksa habiskan ribuan ringgit nak hire lawyer dan sediakan segala bukti seperti pegawai CSI semata2 nak tuntut cerai. Sebelum tu kena belasah atau rumah dibakar dahulu. Dimanakah keadilan
Quote YangTeramatTahu 5-4-2018 09:21 PM
Gile la ko luncai... kalo minyak terus je naikk.. mane x maunye moto/kete/van/lori/ dibakorrnye

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.088835 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top