Anda pasti ingat ketika di bangku sekolah dahulu, antara perkara tidak digemari seorang pelajar adalah apabila bendahari kelas atau lebih dikenali dengan nama 'ceti' meminta bayaran duit kelas yang kebiasaannya dibayar secara mingguan atau bulanan. Duit kelas yang dikutip biasanya akan digunakan untuk perbelanjaan kelas seperti keceriaan, membeli bahan bacaan tambahan dan paling biasa digunakan untuk jamuan akhir tahun.
Seorang remaja di twitter (@syahiraslhdn), berkongsi beberapa screenshot perbualannya menerusi aplikasi WhatsApp dengan rakan sekelas untuk mengingatkan mereka supaya membawa duit kelas keesokan hari. Memang tergelak dibuatnya bila membaca perbualan Syahira bersama rakan-rakannya. Ada juga yang tiba-tiba buat-buat tak kenal antara satu sama lain. Ada yang terus nak pindah sekolah kerana tak mahu membayar RM2. Bahkan, ada yang mengatakan jumlah RM2 itu untuk wang tebusan kucing belaannya. Alasan yang paling padu adalah 'hendak membawa peguam hanya kerana enggan membawa wang RM2 itu. Apa yang dikongsikan Syahira ini telah membuatkan ramai netizen terhibur dengan gelagatnya dan rakan-rakan. Sekurang-kurangnya ada juga perkara yang boleh membuat orang tergelak dalam keadaan ekonomi tidak menentu hari ini. Buat adik-adik yang sedang bersekolah, jangan lupa bayar duit kelas tau. Kesian pada bendahari kelas, jenuh nak mengutip duit tu. - CARI
|
3
Bagus |
1
Marah |
Terkejut |
Sedih |
3
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
vanillaninja: Teringat zaman dulu2. I la tukang mintak duit sebagai bendahari kelas
MeghanK replied at 6-4-2018 11:26 PM
tak lawak pon
ADVERTISEMENT