CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hari Pertama Dah Kena Belasah, Pembantu Rumah Tua Diludah Dan Dimaki

9-4-2018 01:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7787| Komen: 65

Seorang warga emas hampir hilang pendengaran dan tidak mampu berjalan gara-gara dibelasah majikannya.

Wanita yang dikenali sebagai , Siti Hajar Mohd Yatim, 62 mendakwa dirinya diludah dan dimaki hanya kerana makan serta perkara lain yang tidak masuk akal.


Harian Metro melaporkan, sejak hari pertama bekerja lagi Hajar sudah diperlakukan sedemikian.

Disebabkan tidak tahan lagi, dia melarikan diri pada 4 April lalu dengan memanjat tembok setinggi dua meter di kediaman tersebut sebelum meminta pertolongan orang ramai.

Foto: Harian Metro
Difahamkan, dia menerima pekerjaan tersebut dengan gaji RM900 selepas ditawarkan oleh seorang saudaranya.


“Pada awalnya saya berjumpa majikan iaitu seorang lelaki berusia 50-an dan pertemuan itu tidak menggambarkan dia seorang panas baran atau kaki pukul.

“Namun pada hari pertama saya bekerja, dia ‘menghadiahkan’ tumbukan di muka hanya kerana tidak berpuas hati dengan beberapa perkara termasuk dituduh mencuri makanan."

Setiap hari bagaikan di neraka apabila dibelasah dengan kayu sampai lebam dan luka.

“Majikan yang juga pemilik bengkel akan ‘naik hantu’ apabila anaknya mengadu saya ada buat salah atau dituduh mencuri wang dan tanpa usul periksa, saya dipukul tanpa belas ihsan.

“Selain itu, majikan juga mengambil telefon bimbit, kad pengenalan dan kad bank kononnya bagi mengelak saya melarikan diri atau menghubungi ahli keluarga untuk mengadu perkara berkenaan.

Kemuncaknya apabila dia dibelasah dan diugut menggunakan senjata tajam apabila dituduh mencuri wang anak majikannya.

Polis kini sedang melakukan siasatan lanjut. -CARI
4

Bagus
21

Marah
12

Terkejut
8

Sedih
5

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (67 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nadna 9-4-2018 10:11 AM
Gilo bonar majikannya
Quote hiswife 9-4-2018 10:14 AM
Benci betul jenis jantan pukul perempuan ni.. Pukul mokcik tua plak tu. Dah kena tangkap blum si tukul ittew?
Quote minguk 9-4-2018 10:14 AM
manusia ke binatang tu? sama2 warga emas, takkan takde belas ehsan?
Quote mrizumi 9-4-2018 10:14 AM
Agak2 la org tua dh tu weh..
Quote noor2 9-4-2018 10:18 AM
Apa cerita sebenarnya. ...kena dengar dua dua belah pihak. ...
Quote batu kikir 9-4-2018 10:19 AM
Orang yang tak pernah ada maid dolu2.......asalnya papa kedana.
Bila ada maid.........nak tunjuk bossy la konon.
My foot la.
Semuga si bahalol tu disumbat dalam penjara.........dan bagi aku......padan muka ngko.
Quote leylapple 9-4-2018 10:24 AM
umo 62 nak keja maid ker?

bukan lepas umo 60 socso insuran semua dah tak cover lagi?
Quote GigaMom 9-4-2018 10:33 AM
Dh tua ni..seby mk ai..huhu
Sedihnya lh.
Dasar jntn kparat, x kiralh salh ke x, jntn pkul ppuan
Lagi2 yg dh tua
Mmg keparat
Quote pokaibanktokyo 9-4-2018 10:36 AM
Lagi sekor majikan nak kena penjara
Quote clarizsa 9-4-2018 10:37 AM
Celaka punya majikan
Quote nisako 9-4-2018 10:37 AM
hishhhhh jahat tul majikan dia...........
Quote fuzzyfuzzy 9-4-2018 10:44 AM
Mcm xlogik je kisah penderaan ni...kena dgr cerita from both party..
Kejadah majikan nak naik hantu pukul smpai tahap tu????
Mcm ada unsur reka cerita pon iyaaa....mmmm
Quote epis 9-4-2018 10:52 AM
Kalau betul, kesiannye... sebaya mak saya hah wanita ini..
Quote snazzydaisy 9-4-2018 10:52 AM
majikan ni takde wife ke yg boleh tolong protect maid ni
spesies jantan notelo, only rasa superior bila dapat debik org lain... pic mana?
Quote faraway1 9-4-2018 10:56 AM
sian makcik tu..
Quote seri_mawr 9-4-2018 11:08 AM
Siti Hajar yang membujang berkata, setiap hari kehidupannya bagaikan neraka di kediaman berkenaan apabila dipukul dan dibelasah menggunakan kayu serta rotan hingga menyebabkan badannya lebam dan luka.

ngapa nak beri tahu siti hajar yang "membujang" berkata.......x boleh ke terus ckp siti hajar berkata...

ke ada maksud lain yang membujang tu....

apa pun kesian lah makcik ni....

Quote prettyuglybabe 9-4-2018 11:50 AM
leylapple replied at 9-4-2018 10:24 AM
umo 62 nak keja maid ker?

bukan lepas umo 60 socso insuran semua dah tak cover lagi?

kerja maid dengan majikan perseorangan macam ni ada register epf socso ke?
melainkan beliau kerja dengan company pembersihan dan majikan bayar gaji beliau melalui company tu..

Quote missinpiece 9-4-2018 12:01 PM
Kot ya pon ade salah ape kes sampai membantai org pulak. Elok diberhentikan kerja je
Quote onexox97 9-4-2018 12:01 PM
seri_mawr replied at 9-4-2018 11:08 AM
Siti Hajar yang membujang berkata, setiap hari kehidupannya bagaikan neraka di kediaman berkenaan ap ...

bila highlight membujang tu maka persoalan kenapa tua tua kena keje terjawabla
persoalan kenapa anak2 tak bantu pun terjawab sbb mmg xda anak
camtu lah gamaknya

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.071706 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top