Sudah menjadi kebiasaan pasangan suami isteri mengabaikan waktu tidur yang betul kerana tugasan harian terutama golongan isteri dan ibu yang selalunya tidak mempunyai masa tidur berkualiti. Baru-baru ini, Taufiq Razif, seorang pemilik saluran telegram Nota Parenting Taufiq Razif berkongsi lima sebab mengapa dia mahu isterinya mempunyai tidur yang cukup. Artikel yang menjangkau sehingga 11 ribu like itu telah menjadi bualan ramai netizen. Mari lihat apa isi kandungan mesej yang disampaikannya. 1. Kekal ramping Menurut Taufiq Razif, isteri yang selalu tidur lambat akan mengalami kenaikan berat badan, sekali gus menjadi berisi kegemukan. Berdasarkan kajian pada tahun 2004 yang pernah dibacanya, orang yang tidur kurang daripada enam jam lebih berisiko untuk gemuk berbanding mereka yang tidur lebih daripada enam jam.
2. Kelihatan cantik bak bidadari Isteri yang tidak cukup tidur akan mengakibatkan hormon cortisol (hormon tekanan) semakin banyak dalam tubuh dan akan menjejaskan kolagen pada kulit. Semakin cepat kolagen berkurangan, semakin tidak anjal kulit dan semakin cepat tua seorang wanita bergelar isteri. 3. Tidak mahu ingatan isteri terjejas Kekurangan tidur juga akan mengakibatkan seseorang lebih cepat menjadi pelupa. Hal ini kerana, menurut Taufiq Razif, memori jangka panjang akan terbentuk dengan lebih mudah sekiranya mendapat tidur yang cukup dan berkualiti. Sekiranya kekurangan tidur, sistem memori akan terjejas. Dalam rumah tangga, seorang suami memerlukan isteri yang kuat daya ingatan supaya dapat mengingatkan suami sekiranya terlupa akan sesuatu perkara. Rumah tangga akan menjadi kucar-kacir sekiranya isteri dan suami adalah orang yang pelupa. 4. Mengelakkan tekanan jiwa dan gangguan emosi Menurut Taufiq Razif lagi, orang yang tidur kurang daripada enam jam sehari akan menghidap tekanan jiwa dan keletihan. Disebabkan itu, seorang isteri perlu mendapat tidur yang cukup. Ini kerana, keharmonian rumah tangga juga bergantung kepada emosi seorang isteri. Sekiranya isteri mengalami gangguan emosi, ia akan turut menjejaskan emosi suami dan anak-anak. 5. Tidak mahu isteri sering sakit Kekurangan tidur yang ketara dan berpanjangan boleh menyebabkan penyakit yang membawa kepada kematian. Antaranya adalah serangan jantung, risiko darah tinggi dan kencing manis meningkat serta sistem imun menjadi lemah. Dengan mesej yang disampaikan ini, semoga suami dan isteri boleh bekerjasama meringankan bebanan tugas masing-masing. Saling membantu akan dapat melahirkan sebuah keluarga harmoni dan anak-anak yang mendengar kata serta menghormati kedua-dua ibu bapanya. - CARI
|
21
Bagus |
10
Marah |
21
Terkejut |
12
Sedih |
11
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT