CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Nurul Zahid & Datin Syazana Bukti Wanita Mampu Bahagia Walau Bermadu...

10-4-2018 01:45 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 14135| Komen: 43|Original author: Oleh: Amiey

Isu berpoligami seringkali menjadi bualan hangat baik di kalangan lelaki mahupun wanita. Walaupun dibenarkan dalam Islam, tetapi lazimnya wanita amat tidak menyukai poligami dan menganggap ianya sebagai sesuatu yang menakutkan.


Sungguhpun begitu, ada juga wanita yang boleh menerima kehidupan berpoligami dengan baik. Ianya bergantung juga dengan bagaimana si suami menangani rumah tangga mereka di samping penerimaan isteri pertama.


Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid atau lebih mesra dengan gelaran Nurul Zahid misalnya, merupakan antara contoh wanita yang merasai manisnya kehidupan berpoligami atau bermadu. 

Nurul berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff pada 20 Jun yang lalu dan sekaligus bergelar isteri kedua. 


Apa yang menariknya, madunya yang dikenali sebagai Cik Ana bukan sahaja menerima baik kehadiran Nurul, malah dia sendiri yang datang melamar Nurul untuk menjadi sebahagian daripada keluarga mereka.

Foto: Ig Nurul Zahid
Melalui akaun Instagram milik Nurul juga, jelas terpancar kebahagiaan keluarga besar ini. Nurul bahkan disayangi oleh Datin Syazana atau lebih mesra dengan sapaan Cik Ana dan juga sebaliknya. Bertuah badan!

Ramai yang kagum serta tidak putus-putus memuji keluarga mereka. Posting terbaru daripada Nurul dan Cik Ana turut berjaya menyentuh hati sesiapa sahaja yang membacanya.

Luhur sungguh hatimu!
Foto: IG Nurul Zahid

Nurul dalam posting terbarunya menyatakan rasa syukurnya dikurniakan keluarga besar tersebut dan berterima kasih kepada Cik Ana kerana menerimanya dalam keluarga mereka. Nurul turut berjanji untuk menjaga madunya, suami serta anak-anak mereka selagi terdaya kerana dia sangat menyayangi mereka. 
 
Foto: Ig Nurul Zahid

"Kak Zana, Nurul tidak akan mengizinkan sesiapa merampas senyuman n kebahagiaan akak, Sepul n anak2. Inshaa Allah," ujar Nurul yang menganggap Cik Ana sebagai teman suka dukanya. 

Cik Ana turut mengucapkan rasa syukurnya memiliki Nurul sebagai madu. Di mana dia turut menyatakan rasa sayangnya terhadap Nurul dan menafikan yang keakraban mereka merupakan lakonan. 

Lebih menyentuh hati apabila Cik Ana turut menyatakan betapa dia mempercayai Nurul sehinggakan dia yakin sekiranya dia meninggal dunia, suami dan anak-anak mereka berada dalam jagaan orang yang dia sayang dan percaya. 

"In shaa Allah , andai kata akak menutup mata dulu, anak-anak akak dalam jagaan orang yang akak percayai dan sayangi," ujar Cik Ana.
Foto: IG Nurul Zahid
Rata-rata netizen turut tersentuh melihat kasih sayang yang ditunjukkan oleh keluarga bahagia ini. Malah ramai yang mengakui mereka boleh dijadikan sebagai contoh bagi mereka yang berpoligami.
 
Foto: IG Nurul Zahid

Berpoligami sebenarnya sesuatu yang manis sekiranya semua pihak ikhlas menerima kebaikan dan kekurangan diri masing-masing dan apa yang paling penting kejujuran serta keadilan si suami. Setuju atau tidak? -CARI
4

Bagus
3

Marah
3

Terkejut

Sedih
6

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Homewrecker

  • kerisnaga

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • caritegar


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 10-4-2018 01:57 PM
Nampak.kat ig
Baru dpt oengesahan kat sini kan...
Iols.is respek datin syazana...
Quote nuralisa 10-4-2018 02:20 PM
yang untung si sepol tu la...
Quote chicozinn 10-4-2018 02:54 PM
jenis berduit xpe nak pasang sampai full quota pon xkisah..ni edisi caras kekonon nak extend mesjid tapi last2 bako si laki ceraikan bini 1st sebab tau laki dia ni nan hado asyik harapkan bini 2nd cam si kuda jering tu yg merupakan masalah negara skang..
Quote onexox97 10-4-2018 03:02 PM
so sweeeeeeeeeeeeetttttttttttttttttttt
Quote hady_vit 10-4-2018 03:05 PM
SIMPLE JE SB ANAK ZAHID KOMEDI, ORG KE 2 DI MALAYSIA.CUBA KALAU ANAK PAK LEMAN BERLAKANG KAMPUNG DI DUSUN DURIAN KERJA SBG KERANI. MAMPUKAH BINI 1 MENERIMA NYA?
Quote Red_mAnc 10-4-2018 03:06 PM
Alhamdulillah... semoga berkekalan hingga ke Jannah.. amin
Quote chinta89 10-4-2018 03:59 PM
yelah dia org ade2.. cuba kalau setakat org biasa2? mau ko x merempan??

bukan x nk doa yg baik2 tapi... kalau nurul zahid tu bukan sesiapa(read:ade nama, kedudukan, duit etc), mampukah kak syazana????
Quote Artemesiaa 10-4-2018 04:13 PM
Thread ulang siar
Quote LautBiru52 10-4-2018 07:20 PM
Tahniah suami.
Quote cmf_premierleag 10-4-2018 11:37 PM
hady_vit replied at 10-4-2018 03:05 PM
SIMPLE JE SB ANAK ZAHID KOMEDI, ORG KE 2 DI MALAYSIA.CUBA KALAU ANAK PAK LEMAN BERLAKANG KAMPUNG DI  ...

Akak harap bapak dia kalah besar election  nih..tgk la laki dia n, simpan dia lg or buang jah
Quote HannahMontana 11-4-2018 12:11 AM
biar  isteri pertama yang tulis betapa bahagia nya dia dapat madu , jangan ko terlebih sudu dari kuah nak menulis betapa ko bahagia dapat jadi madu


Dapat jadi madu tu maknanya perampas laki orang.

Bodoh tak boleh di adjust lagi.


cissssssssssssssssssssssss

tergamak ko   menilai senyuman senget seorang wanita  dan mentafsir dengan penuh kejahilan betapa dia sedang berbahagia  berkongsi suami dengan ko??


pundekkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
Quote Amina_Mirza 11-4-2018 01:08 AM
cmf_premierleag replied at 10-4-2018 11:37 PM
Akak harap bapak dia kalah besar election  nih..tgk la laki dia n, simpan dia lg or buang jah

Turn off tengok laki dia, sengih memanjang mcm gatal bebenor gituh. Apapun iols geli dgn sheols ni, sejenis lapar laki gamaknya, kemain berkajang2 posting pasal arwah laki, rupa2nya dalam proses cerai dgn si arwah. Drama namati ah sheols ni
Quote jazaa100 11-4-2018 07:41 AM
HannahMontana replied at 11-4-2018 12:11 AM
biar  isteri pertama yang tulis betapa bahagia nya dia dapat madu , jangan ko terlebih sudu dari kua ...

Isteri pertama mesti lah kena sengeh memanjang Hannah ..   .

Potensi nk kena humban, tinggi........
Quote buapakperut 11-4-2018 08:47 AM
anak zahid mestilah ko sanggup nangis tepi bucu katil malam2 aku sendiri suami dulit anak si zahid....suami pun untung aku pun untunggg. cuba suami sengkek macam kude,dapat lak madu gedih muncung telur goreng berdebur
Quote RooneyMara 11-4-2018 09:30 AM
Wife first yg baik, sabar,  kuat and beriman rahsia hidup bermadu yg bahagia. Sama mcm ashraf Muslim. Dia madu kan wife first sbb takde anak, tp wife first dia sgt strong and baik, n terima takdir  Allah.

Alhamdullilah nurul and family bahagia. Tp nurul tu hope kurang sikit expose kat social media. Especially benda yg involve husband dia (contoh mcm post sperms lelaki berumur haritu).
Quote bulan_gerhana 11-4-2018 10:03 AM
ade duit sume bole jadi...

kadang yg bermadu ni sebelah pihak mesti ade yang makan hati sunggup pun x tunjuk.. hati manusia.. tapi muhasabah diri.. tolak ansur.. usaha untuk adil ( bagi laki dia la)
Quote HannahMontana 11-4-2018 10:37 AM
dari pelacur sehingga ke   perempuan warak , xde  seorang pun bahagia  suami madu kan dia


dalam sengeh itu lah dia menangis

dan selalu dan sentiasa nya lah , si madu yang selalu memuji kebaikan isteri pertama dan seringkali berkata "kami bahagia jadi isteri si polan itu"


Hakikat nya.............tahi ayam andia diujulang baja terbaik ,masih boleh diterima akal ,, tp kalau tahi ayam di sanjung sebagai wangi semerbak ,aku anggap ko sedang menipu diri sendiri dan berdrama tentang  hidup rumahtangga ko....sadis nya hidup ....laki org juga yg ko kebulur ???


maruah mana?!
Quote HannahMontana 11-4-2018 10:38 AM
andai*********
Quote haryatie 11-4-2018 11:12 AM
org ada2..ank TPM lak tu
ada berani nak kutuk2 ker...boleh la ckp so sawitttt la konon
try bermadu dgn org yg papa kedana
pisau potong sawit yg da keluar kut..
mampus kena belasah

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.088990 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top