CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Siapa Kata Semua Gelandangan Hidup Susah? Ini Sisi Mereka Yang Ramai Tak Tahu!

10-4-2018 03:16 PM| Diterbitkan: cari-khair| Dilihat: 6888| Komen: 20|Original author: Oleh: Khair



Kebiasaannya, apabila menyebut tentang golongan gelandangan atau lebih dikenali sebagai homeless, kita sering melahirkan rasa simpati di atas nasib dan kesusahan dialami mereka. Tetapi, mungkin dengan pendedahan pelajar ini akan mengubah sedikit pandangan kita terhadap mereka.



Pendedahan Sedot (@omgSYEDOT) di Twitter bermula dengan persoalannya adakah perlu golongan homeless ini dibantu. Bertitik tolak daripada projek dokumentari yang dia dan rakan-rakan hasilkan untuk projek kolej telah membuka mata mereka tentang sisi lain golongan homeless ini.





Cerita Sedot ini diperolehinya ketika membuat dokumentari dan hasil perbualan dengan beberapa aktivis yang sukarela membantu golongan homeless ini.

Memang mengejutkan kerana sebenarnya golongan homeless ini memperoleh banyak bantuan daripada segenap aspek termasuk makanan, pakaian, bantuan wang ringgit, tempat tinggal dan macam-macam lagi.



Ramai netizen bersetuju dengan apa yang didedahkan Sedot ini. Namun, tak semua begitu. Masih ada golongan yang benar-benar ingin berubah selepas mendapat pelbagai bantuan. 


Foto: Twitter

Membantu orang dalam kesusahan itu adalah satu perkara yang sangat digalakkan, dalam masa sama golongan itu pun perlu ada kesedaran untuk berubah dan berusaha. Bukan menerima semata-mata. - CARI
14

Bagus
11

Marah
15

Terkejut
8

Sedih
16

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (72 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cari-khair 10-4-2018 03:38 PM
Selalu rasa kesian tengok homeless tidur tepi2 jalan tapi bila baca thread ni tiba2 ada pandangan baru pasal diorg
Quote Artemesiaa 10-4-2018 04:15 PM
Betul tu sesetengah mereka tu ada pekerjaan tapi memilih cara tu untuk jimatkan perbelanjaan untuk tempat tinggal
Quote chinta89 10-4-2018 04:36 PM
sedari dulu ak mmg tahu deols mcm ni.

selagi kita suap, selagi tu deols MALAS.
Quote LautBiru52 10-4-2018 06:02 PM
Yg muda2 tu pun nk tagih simpati org ke? Dasar pemalas mmg la hidup susah. Org yg bg bantuan tu pun bukan dpt duit jatuh dari langit. Tp kita tak boleh salahkan diorang jugak. 'dah org bagi, kita ambik'.
Quote ninnakarinna 10-4-2018 10:15 PM
Sorry x pernah kesian.. kesian yg tua2 oku x laray je.yg muda2 bawa anak jd g3landangan x kesian.

Dan..sila check majoriti muda2 kaum apa?

Yg tua2 memang berbilang kaum yg homeless..


Yg muda mudi n bawa anak ni..rasa2 majoriti kaum apa?
Quote jazaa100 10-4-2018 11:24 PM
Edited by jazaa100 at 10-4-2018 11:26 PM
cari-khair replied at 10-4-2018 03:38 PM
Selalu rasa kesian tengok homeless tidur tepi2 jalan tapi bila baca thread ni tiba2 ada pandangan ba ...


Dorang yg pilih nk jadi gelandangan sbb apa?...

Sbb malasssss.....

Fizikal sihat walafiat..
Blh je keja kedai mkn ke....dpt mkn free lg, gaji keeja kdai mkn rm40-rm50sehari....sewa bilik baru rm200-rm300 sebln....

Tapi sbb malas, jd lah mcm kucing, nak tidur kat mana, tidur je.....
Quote anony-mous 11-4-2018 02:38 AM
Cukup2 la golongan ni dibantu. Lg 1 spesis mintak sedekah tp sihat walafiat. Dlm islam pon xanjurkn meminta2. Penah nmpk depan mata dbkl angkut golongan2 ni. Diaorg merayu2 xnk siap nk lari. Sb nnti xdpt la income lebat kn??
Quote Aliaskotonggo 11-4-2018 08:06 AM
tu yg jenis geladangan. Yg jenis minta derma letak meja kecik kat luar2 bank pun problem jugak. Buat rumah kebajikan katanya, tapi kena minta duit sana sini. Kalau tak mampu, janganlah buat at the first place. Biar pihak yang mampulah yg buat.
Quote buapakperut 11-4-2018 08:42 AM
iols tengok dorang ni takleh lari iols pikir satu je. PEMALAS hokey. ada yang beranak pinak bawah jembatan tu. dari bagi duit kat derang baik bagi budak tahfiz,anak yatim
Quote buapakperut 11-4-2018 08:44 AM
Aliaskotonggo replied at 11-4-2018 12:06 AM
tu yg jenis geladangan. Yg jenis minta derma letak meja kecik kat luar2 bank pun problem jugak. Buat ...

dok mintak2 pastu beli iphone jadi instafemes huehuehue
Quote gdspls 11-4-2018 09:53 AM
sebab tu meols malas nk sedekah kat org2 mcm ni
dah jadi mcm tak ikhlas pulak..
better bagi kat masjid, surau, madrasah atau memang fakir yang kita kenal..
Quote besarkecik 11-4-2018 10:34 AM
tak pernah terfikir nak bagi sedekah untuk golongan malas ni.
Quote paz 11-4-2018 11:32 AM
Pernah turun CSR company, memang betul. Rata-rata lepas makan biarkan aja. Tak suka makanan tu campak. Ludah sana sini. Lepas makan berlalu, sikit pun tak heran dengan bekas makanan dia orang.

sukarelawan pula angkut, buang sisa makan dia orang.

Masalah malas dan di suap-suap ni tak boleh berterusan.
Quote fushimi 11-4-2018 11:44 AM
sepatutnya ngo stop je deliver makanan free

kasi dorang mampus kebulur tepi jalan je

dah orang bagi tak reti bersyukur

dasar biawak
Quote damian_lee 11-4-2018 12:42 PM
Perasan jer .. ada yang xreti bersyukur
Kadang ada yg tamak
Amik banyak pastu tak jamah ....

Bila ada CSR punya program
Ada yg propose untuk bantu golongan ni
Aku xsetuju
Pastu aku dikecam beramai2 sbb sombong katanya

Heloooo ... dalam hati senyum sinis jer
Quote PomenObersea 14-4-2018 07:49 PM
Dulu kerja kl crash pad. Transit anak gelandangan. Kebanyakan bukan anak org susah cuma datang untuk guna kemudahan yg percuma. Banyak ngo dan individu yg dermawan dan banyak sponsor. Sekolah ditaja..Tiap hari jumaat mesti penuh van hantar anak2 ni makan free di restoran chef zam di menara rebung. Tapi yang tak bagusnya banyak buang makanan yg di dermakan .contohnya berpuluh kilo beras penuh van buang.. beras berkualiti dari usa tau.. banyak membazir sebenarnya..banyak kalau nak cerita mmm...
Quote lonso 15-4-2018 12:18 AM
ada jmpe gelendangan.. perempuan bawak anak .. tido dkt surau.. makan atas ehsan.........
Quote naina 15-4-2018 11:25 PM
Gelandangan malaysia ni kebanyakan pemalas. Cuba la tak payah suap2 lagi.. Orang lain hidup sudah makan nasi, telur kicap kadang budu je nk tggu hari gaji. Dorg boleh plak pilih2 makanan dan komplen macam2. Pahtu pas makan tak kemas.
Kalau nk buat kebajikan sedekah bg direct kt rumah anak yatim, masjid, surau atau orang susah. Kadang nyampah jgk peminta sedekah yg gunakan anak utk raih simpati. Anak tu plak tdur je.. Diam xberkutik mcm bg dadah. Haisshhh
Quote bintangct 16-4-2018 10:33 AM
I i wonder buta dan tak buta tu gaji berapa every month? Setiap mlm mintak derma
Kalo yg laki mmg iols x bagi dah

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 08:26 AM GMT+8 , Processed in 0.045004 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top