Tidak lama lagi, rakyat negara kita akan berhadapan dengan Pilihan Raya Umum ke-14 dan mereka wajib mengundi parti dan pemimpin pilihan mereka. Ia adalah peristiwa yang sangat penting dan akan menentukan nasib rakyat dan juga negara. Bagaimanapun, ramai netizen yang mempertikaikan dan tidak bersetuju apabila tarikh pilihan raya diadakan pada 9 Mei 2018 bersamaan dengan hari Rabu. Ia dilihat menyukarkan pengundi untuk pulang ke kampung halaman untuk membuang undi kerana perlu mengambil cuti tambahan. Walaupun ramai netizen yang mempertikaikan tarikh yang ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seorang wanita ini cuba untuk memahami dan bersikap terbuka dengan tarikh pilihan raya tersebut. Baginya, ia bukanlah satu masalah yang besar yang boleh menghalang rakyat negara ini untuk keluar mengundi. Ramai netizen yang bersetuju dengan pendapat wanita ini. Sepatutnya, netizen perlu bertindak bijak dengan menukar alamat tempat mengundi di kawasan tempat tinggal masing-masing. Jadi, ia tidaklah menyusahkan mereka untuk pulang ke kampung halaman untuk membuang undi. Undilah calon dan parti yang boleh membangunkan kawasan tempat tinggal kita dan bukannya undi di kampung tetapi bermastautin di bandar. Bagaimanapun ada juga netizen yang tetap tidak bersetuju. Mereka tetap berasa tarikh pilihan raya wajar di buat pada hujung minggu atas banyak faktor. Selain ia memudahkan ramai pengundi, tidak terkecuali, sekolah-sekolah turut dijadikan tempat mengundi. Pihak sekolah dan guru perlu menyusun atur bilik darjah sebelum dan selepas hari mengundi secepat mungkin supaya ia tidak mengganggu sesi persekolahan. Tarikh mengundi telah pun ditetapkan dan ia sama sekali tidak akan diubah dengan sewenang-wenangnya. Walau apapun, netizen perlu menunjukkan kesungguhan untuk menjalankan tanggung jawab sebagai rakyat Malaysia. Jom keluar mengundi! - CARI |
12
Bagus |
21
Marah |
14
Terkejut |
12
Sedih |
19
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ibuiqah replied at 11-4-2018 02:05 PM
mcm aku tmpt aku duduk ni tersgt dah ok...tp kg aku masih tak dpt apa2 pembaharuan yg setimpal... .. ...
dHoney replied at 11-4-2018 01:32 PM
Kalo tukar ikut alamat bermastautin pon, contoh keja kat kl duk kajang, amik masa gak nak g ngundi t ...
marumaru replied at 11-4-2018 01:22 PM
betul la... dah tau keja tempat susah cuti patut pikir la awal2... nasib baik ai undi post... next p ...
AbukRokok replied at 11-4-2018 06:00 AM
dah la bagi tarikh tgh2
lepas tu SALAHKAN BAKAL PENGUNDI
TERBAIKLAH!
ADVERTISEMENT