CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tak Malu Jadi Tukang Cuci, Penyanyi 90-an Ini Sentuh Hati Netizen..

12-4-2018 11:26 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 12181| Komen: 45|Original author: Oleh: Azza Rai


Kita tidak pernah tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan. Ada yang bermula dengan kegagalan kemudian berjaya. Namun ada juga yang berjaya di usia muda tetapi terus suram di penghujung hidupnya.

 

Semua ini adalah resam hidup jadi sebagai manusia yang dikurniakan akal dan peri kemanusiaan, cubalah membantu sekadar yang termampu.

 

Hal yang mengejutkan ramai netizen adalah berkenaan peserta Mentor Otai, Alina Hassan, 50 yang menceritakan kerja tetapnya adalah tukang cuci, sementara pertandingan pula diibaratkan cuba mencari peluang baru.

 


Ada yang memahami kenapa Alina menyara hidup dengan menjadi tukang cuci tetapi ada juga yang mengejek serta memperlekehkan kerjanya itu.

 

Bagaimanapun Alina tidak mengambil hati dengan kata-kata tersebut.

 

"Kalau orang tanya saya akan jawab dan bercerita. Diakui ada yang sedih dan simpati, tetapi tidak kurang juga yang memperlekehkan kerja ini. Mereka cakap, saya artis jadi tidak patut jadi tukang cuci.

 

"Saya fikir balik, pada usia sebegini apa lagi pekerjaan sesuai untuk saya? Kalau tidak bekerja, saya nak makan apa? Jadi, saya anggap cakap-cakap mereka sekadar angin lalu saja.

 

"Saya tidak perlu malu. Biarlah orang nak cakap apa pun. Bagi saya, pekerjaan ini sangat mulia. Hati saya tenang setiap kali dapat bersihkan tempat kotor seperti tandas. Walaupun gaji tidak banyak, tapi saya puas," ujarnya yang juga menjadi protégé Siti Sarah, kepada Harian Metro. 

 

Sebagai bekas juara Sinaran Pasport Kegemilangan 1996, ternyata auranya masih menyerlah

Alina, bekas juara program Sinaran Pasport Kegemilangan 1996 berkata, sehingga sekarang dia masih menganggap dirinya sebagai tukang cuci meski setiap minggu tampil bergaya dalam Mentor Otai.

 

“Saya tidak menjangka masih ada yang sayang dan kenal saya. Malah, kadang-kadang saya lupa pernah berada dalam industri ini," katanya.


 

Dalam masa sama, Alina berterima kasih kepada pihak Seniman dan presidennya, Zed Zaidi kerana sudi membantu dalam proses mendapatkan tempat tinggal.


 Foto Carian internet

Begitulah lumrah hidup, moga kita sentiasa membantu insan-insan yang memerlukan. - CARI 

20

Bagus
9

Marah
17

Terkejut
9

Sedih
16

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (82 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zulka 12-4-2018 11:32 AM
tak perlu malu, org kerja merompak, meragut tu lagi hina kak...  
Quote miemiecha 12-4-2018 11:43 AM
mak mek dlu pun tukang cuci gak, tapi molek je anak2 berjaya,.. cuma mak mek x jd retis.. ehhhh
Quote adel7 12-4-2018 11:47 AM
Selagi halal kak. Buat apa nak malu.
Quote moonbug 12-4-2018 11:48 AM
Tak ingat siapa akak ni. Tapi akak lagi bagus dari org muda yg meragut merompak, syabas
Quote noorhairiahma 12-4-2018 11:53 AM
kerja halal, tak perlu nak malu.

bukannya kerja songlap duit rakyat nak malu2 pun..
Quote kakasotong2 12-4-2018 11:54 AM
Tolongla akak ni, bukan retis fofulerrr pong gigih nak canang cerita mintak simpati sana sini. Setakat menang sinaran (katanya) n then masuk plak kilauan emas n skrg masuk mentor otai plak.

Meols menyampah dgn contestant yg jaja kisah hidup melarat semata2 nak menang.
Quote missinpiece 12-4-2018 11:59 AM
Tukang cuci part time lagi masyuk pe
Quote sukacactus 12-4-2018 12:21 PM
Dl2 sblm jadi penyanyi, dia keje opis rasanya
Tp xtau la position apa
Quote Themilo 12-4-2018 12:21 PM
moonbug replied at 12-4-2018 03:48 AM
Tak ingat siapa akak ni. Tapi akak lagi bagus dari org muda yg meragut merompak, syabas

masih terbayang-bayang heols nyanyi lagu arwah kak pah, "Teratai" masa final Sinaran Passport Kegemilangan, tapi tak ingat tahun apa ntah.. then, sheols juga ada merakam semula lagu Nek Selamiah Hassan, "Gelombang" kalau tak silap meols..
Quote tosei 12-4-2018 12:25 PM
bila tgk pic lama baru boleh recall balik siapa dia..
Quote chinta89 12-4-2018 12:54 PM
abaikan yg ckp2 negatif. akak cari rezeki halal..

semoga retis2 skg ambik iktibar. tak semua hidup senang kalau menceburi bidang industri ni. bukan semua bnasib baik mcm TokTi, berjaya dengan bakatnya. bukan semua bernasib baik mcm Eina Azman, dpt tgkap org kaya lps tu goyang kaki. bukan semua berjaya mcm NekTa, berjaya dengan publisiti tetapi bakat biasa2 je.

jadi, beringatlah. jgn duk up to date sgt pakaian, kemewahan beg etc. simpan duit masa muda ni.
Quote meow_tompok 12-4-2018 01:02 PM
kat bawah ni ad keje cleaner
gaji pun dah sama dgn fresh grads keje kerani office dgn takde hostel
yg ni siap bagi hostel


Cleaner (KEMASUKAN SEGERA)

Lelaki dan perempuan
21 tahun ke atas
Berkerja di Bukit Tinggi Klang
Waktu Berkerja 8am-8pm
Hostel di sediakan
Basic RM 1300
Ada OT

Hubungi :
Shazwani 019-6461621


Quote Red_mAnc 12-4-2018 01:28 PM
Edited by Red_mAnc at 12-4-2018 05:40 AM

yang penting rezeki halal Kak..insyallah rezeki bumi allah ni luas..
..Asalkan jgn makan dedakzzs$ serta jadi seperti perempuan bertudung Insta yg bodoh tu yg gila nak famous dan disebabkan muka dia yg hodoh with no commercial value that is why end up dia guna cari lain utk dapatkan perhatian umum termasuk sanggup mempersendakan solat agama kita sendiri supaya pemes...totally DIMBO (since she's ugly as F***k + stupid)

p/s: since Bimbo stand for beautiful but bodohkan so DIMBO lah for those yg ugly + dumb
Quote supernaturalee 12-4-2018 01:38 PM
Themilo replied at 12-4-2018 12:21 PM
masih terbayang-bayang heols nyanyi lagu arwah kak pah, "Teratai" masa final Sinaran Passport Kege ...

betul

dia ada rekod balik gelombang salamiah hassan tu
mmg sedap sgt vokal sheols dgn arrangement dlm lagu tu
ade je dlm album yg cover die tt tepek kt atas tu

kiranya selain salamiah sendiri as original singer
alina hassan juga perform dgn sgt baik dlm lagu gelombang ni
penghayatan...superb
i hope she will perform this song again someday






Quote GigaMom 12-4-2018 01:39 PM
Themilo replied at 12-4-2018 12:21 PM
masih terbayang-bayang heols nyanyi lagu arwah kak pah, "Teratai" masa final Sinaran Passport Kege ...

Seniorny chuolss. Ai x perna tau program ni
Quote terpaku 12-4-2018 01:45 PM
Lepas ni mesti ada sorg tu neolopok mengaku pernah kerja flush taik..maklumla dia kan takleh kalah.. top top meolotopppp katenyeh
Quote supernaturalee 12-4-2018 01:46 PM
chinta89 replied at 12-4-2018 12:54 PM
abaikan yg ckp2 negatif. akak cari rezeki halal..

semoga retis2 skg ambik iktibar. tak semua hidu ...

bakat besar mcm sheols ni pun
bkn jaminan utk berjaya dlm so called industri hiburan ni




Quote Incanto 12-4-2018 01:46 PM
Mak sedara aku pernah kerja dgn dia di Maybank
Dia kerani sebelum jadi penyanyi
Lepas jadi penyanyi dia berhenti kerja sbb boss tak bagi cuti selalu

Kesian dia silap percaturan

Hehe..kalau aku silap orang sori the mori
Quote smeetasmitten 12-4-2018 02:11 PM
ye dulu dia keja mebeng, dok kg pandan
masa masuk sinaran tu muda lagi

pastu iols pun pindah ke tempat lain, langsung tak pernah nampak dia dah

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.046439 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top