20 termasuk pengawal penjara maut ketika banduan cuba melarikan diri dari penjara di bandar Belem, utara Brazil dengan bantuan daripada kumpulan bersenjata yang meletupkan tembok penjara berkenaan, lapor BBC.
Kejadian menyebabkan seorang pengawal dan 19 banduan serta sekutu mereka yang berada di luar penjara maut apabila berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan. Pihak berkuasa menggambarkan pertempuran di Kompleks Penjara Santa Izabel itu umpama satu peperangan di mana pasukan keselamatan diserang dari luar dan dalam penjara dalam cubaan berkenaan.
Pertempuran itu menyebabkan empat pengawal penjara cedera dan salah seorang daripadanya parah. Pihak berkuasa sedang menyiasat sama ada terdapat banduan yang berjaya meloloskan diri dari penjara berkenaan. - CARI
|
9
Bagus |
13
Marah |
13
Terkejut |
14
Sedih |
22
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT