CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Makin Bahaya? Padam 12 Perkara Ini Di Facebook Kalau Nak Selamat!

16-4-2018 11:55 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 3190| Komen: 11|Original author: Oleh: Azza Rai

    
Sebelum adanya media sosial, rahsia peribadi kita hanya digunakan untuk urusan rasmi sahaja. Namun sejak tahun 2004, media sosial yang bernama Facebook ini seakan-akan ‘berhantu’ kepada ramai pengguna di seluruh dunia hinggakan 2.2 billion individu aktif menggunakannya setiap bulan.
      

Namun, apabila Ketua Eksekutif Facebook Inc, Mark Zuckerberg sendiri mengaku kesilapan mereka dalam skandal kebocoran data peribadi pengguna kepada sebuah firma perunding politik, masalah ini sebenarnya tersangat serius.
          
Jadi, sebagai pengguna bijak, ada 12 perkara yang perlu anda padam dari Facebook bagi mengelakkan menjadi mangsa. Manalah tahu kan?



1. Tarikh lahir
Selain tarikh lahir, nama penuh dan alamat adalah maklumat penting yang perlu anda padam di Facebook.
Ini kerana dengan maklumat seperti ini, individu tidak bertanggungjawab akan mendapat akses untuk tahu akaun bank dan informasi peribadi anda.

2. Nombor telefon

Jangan sesekali dedahkan nombor telefon anda jika tidak mahu diganggu oleh individu yang tidak dikenali.

3. ‘Unfriend’ rakan anda
Menurut pakar psikologi dari Oxford Universiti, Profesor Robin Dunbar, manusia hanya boleh kekalkan 150 hubungan yang kukuh bersama rakan-rakan.


Justeru, ‘unfriend’ rakan yang tidak diperlukan untuk kekalkan hubungan baik menerusi laman media sosial.

4. Gambar bersama anak-anak

Menurut Pemangku Pengarah Universiti Oxford, Victoria Nash, tiada apa yang anak kita ingin tahu tentang diri mereka di laman sosial pada masa yang akan datang.


5. Maklumat sekolah anak-anak
Menurut laporan Persatuan Kebangsaan untuk Mencegah Penganiayaan Terhadap Kanak-Kanak (NSPCC), rekod penganiyaan seksual terhadap kanak-kanak telah meningkat setiap tahun.

Jadi, perkara terakhir yang anda ingin kongsikan adalah peluang buat penjenayah seksual untuk mengambil kesempatan terhadap anak-anak anda.

6. Lokasi
Laporan Tech Crunch pada 2015 menjelaskan, 500 juta pengguna Facebook berkongsi lokasi mereka melalui telefon pintar mereka dan ini membolehkan sesiapa sahaja tahu di mana anda berada.


7. Pengurusan karier
Secara umum, pasti semua tahu Facebook adalah platform media sosial yang ramai gemar untuk luahkan perasaan anda.
Status anda itu boleh dilihat oleh sesiapa sahaja dan ini termasuk ‘boss’ anda. Untuk pastikan tiada pihak terasa hati, tetapkan mod privasi ke atas mereka.

8. Lokasi rumah
Anda mungkin terlupa bahawa jika anda tag lokasi rumah anda, anda sebenarnya sedang mendedahkan kepada umum alamat rumah anda.

9. Perancangan percutian
Menurut laman web This is Money, pelancong yang diragut semasa bercuti tidak akan dapat wang pampasan sekiranya mereka kongsi perancangan percutian mereka di laman media sosial.

10. Status hubungan
Walaupun anda mahu raikan hubungan percintaan anda, jangan lakukan di Facebook. Mungkin ada ‘mata-mata’ yang sedang memerhatikan anda.

Gambar - Internet

11. Maklumat kad kredit
Jangan sesekali kongsi maklumat kredit kad anda di Facebook!

12. Gambar pas pelepasan
Usah muat naik gambar ‘boarding pass’ anda kerana perincian unik pada pas itu adalah maklumat yang seharusnya dirahsiakan.

Nampak macam remeh, tapi mungkin ada diantara maklumat di atas yang akan menyumbang masalah di masa akan datang. Lebih baik berhati-hati sebelum menjadi mangsa. - CARI 


27

Bagus
15

Marah
14

Terkejut
7

Sedih
12

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (87 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Red_mAnc 16-4-2018 12:05 PM
good info.. but tak kisah pun since I've no longer a FB maniac user since 2016.. life never been better after that...
Quote barfi 16-4-2018 12:07 PM
Red_mAnc: good info.. but tak kisah pun since I've no longer a FB maniac user since 2016.. life never been better after that...

I fb user tegar. But no friends. Just nak tahu current issues dunia, negara, dan gosip artis hehe
Quote haryatie 16-4-2018 12:16 PM
guna jugak FB sekadar suka2
n follow doc tertentu nak bca info ttg kesihatan
skodeng aktiviti sedara mara, isu semasa dll
kawan pun x sampai 90 org..
itu pun sedara mara jerk n kwan rapat..
kwn offis pun aku x accept @ unfrend..sbb malas nak layannn
Quote Nonones 16-4-2018 12:34 PM
Iolss dah 6 tahun deactivated FB, selamat hidup iolss. aktif kat Instagram je tu pun jarang update.
Quote myakayina 16-4-2018 12:57 PM
dah lama katup fb..
Quote blewnatural 16-4-2018 02:26 PM
Lama tak update facebook, buat bagi ada je . Dulu pernah kena hack,hilang fb tu buat lagi akaun baru .. skrg ni log in pun skodeng2 jah .
Quote abgsallehsado 16-4-2018 04:19 PM
my fb pun nama tipu..gambar sekeping pun takde..yg aku upload gambar abm kanak2,gambar trend perkahwinan...post pun benda2 yg baik jer..insyaAllah..aku buat fb pun sbb nak tgk masak apa hari nih hahahaha
tarikh lahir sentiasa berubah year to year..
mujur my friend memahami..
Quote LostStar 16-4-2018 05:42 PM
semua pon xpena.. rasa sejak ada ig jarang sgt jengok2 fb.. dalam ig pon xupdated semua benda diatas.. huhu
Quote chentadearhati 17-4-2018 10:17 PM
Guna FB utk backup gambo  video je.. setting only me je..X suka dah buat public
Quote cmf_jeangrey 17-4-2018 11:34 PM
Iols dr dulu mmg x pernah share many details dlm fb pun..setkt post announcement penting je..tp tetap jenguk akaun sekali sekala sbb nk keep in touch dgn kwn2 lain
Quote Lagubestbest 18-4-2018 02:02 AM
Edited by Lagubestbest at 18-4-2018 02:54 AM

Phone yang kita beli memahal ni bukan sesaja, selain ada chips yang power, ada berlambak sensors. Semua features yang kita terliur tengok masa iklan, dalam tak sedar tu semua contoh keupayaan phone kutip data. Zaman device always on, setiap minggu at least kita hantar data backup masuk server cloud storage.

Samada kita sedar ke tak, setiap sensor yang ada sentiasa mengutip data secara automatik eg: merakam/ catat logs/ ping tak kisahlah ada internet ke tak. Kemudian semua data kita tadi diambil masuk pusat data cloud storage.
Phone
> Sensors always on
> Data auto recorded (kutip data)
> Semua data auto stored/uploaded ke dalam satu cloud profile (serah data)

Sign-up: Profile kita jadi Ahmad bin Abu, 24 tahun, Melayu
Kalau kita tak sign-up?: Komputer buat sendiri profil untuk phone kita dipanggil shadow profile eg: AndroidUser 017, Age 18-24, Malaysia

Jadi data kita dah bukan dipegang oleh kita, dari segi teknologinya semua orang yang tau coding komputer boleh nampak kumpulan data pengguna global dari jauh.




Kalau kita benarkan, samada kita betul-betul sedar ke tak, data kita kemudiannya akan diguna/ dijadikan maklumat/ dijual beli oleh diorang. Kalau kita tak benarkan tapi ada loophole hacker dapat masuk, habis jugak data kita.

Dari segi teknologi, semua data dah terbuka. Tapi sebab ada undang-undang privacy, maka adalah password, firewall, tapis pilih data mana boleh dipindahkan ke pihak ketiga samada berbayar mahupun beri free.

Kalau awalnya kita guna sensor untuk dapatkan beberapa data yang kemudiannya ditafsir oleh satu chip, sebab data dari berbilion orang tu dah terkumpul banyak dalam internet, kenapa tidak sambung chips terus ke data global (open graph), terus dapat AI.



> Open Graph
> AI


Kalau susah nak faham, anggap saja gambar bawah ni sebagai data individu yang disimpan dalam profile/ shadow profile yang disimpan dalam satu tempat membentuk jaringan data open graph.



Memanglah kita takkan tau nama setiap individu tarikh lahir bagai, kecuali kita pergi tanya sorang-sorang dan orang tu beritahu. Tapi data yang terkumpul banyak di satu tempat macam ni dia dah membentuk pola dan dah wujud nilai dah. Macam-macam kita boleh lihat, tafsir dan plan:
- kenalpasti siapa leader (yang duduk atas stage)
- nak biar je ke, nak halakan mereka kemana, nak pecahkan ke kumpulan kecil ke
- nak buat kuning dan merah bertembung ke
- pergi belakang sikit dapat tengok diorang naik lrt/bus (dapat tau area mana diorang datang)
- bilangan kuning vs merah (siapa lagi kuat)
- etc







Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.040165 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top