CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bagai Tongkang Pecah, Aeon Tebrau Ditutup Untuk Dibersihkan

12-4-2018 03:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 17888| Komen: 169

Akhirnya pasar raya Aeon Tebrau, Johor Bahru dilaporkan ditutup bagi tujuan pembersihan selepas diserbu orang ramai semalam. 

Memetik Berita Harian, satu notis pemberitahuan dikeluarkan oleh pihak pasar raya itu di samping permohonan maaf pihaknya atas kesulitan tersebut. 


Hari ini tular mengenai gambar di laman sosial menunjukkan troli yang dipenuhi makanan seperti aiskrim berselerak di kaunter bayaran. 

Semalam, dilaporkan Aeon Tebrau menerima kunjungan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che Puan Khaleeda Bustamam yang juga mengumumkan akan membelanja setiap pelanggan sehingga RM3,000 barang keperluan. 

Foto Berita Harian
Bagaimanapun, operasi yang terpaksa ditutup pada jam 10 malam itu menyebabkan pelanggan meninggalkan troli yang penuh dengan barangan. 


Di laman sosial, kecoh tentang pasar raya yang seperti 'tongkang pecah' ini. - CARI 
8

Bagus
5

Marah
10

Terkejut
5

Sedih
16

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (53 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chazey 12-4-2018 03:38 PM
Edited by chazey at 12-4-2018 03:40 PM

Nasty gila perangai manusia ini kan. Diberi 2 jam untuk shopping, utilize la 2 jam tu dengan bijak supaya sempat bayar. Ambik la yang penting2 yang cukup untuk family ko saja regardless of peruntukan 3k itu. Ini masing2 tamak haloba pegi overload troli. Padan muka pulang dengan hampa.
Quote encikWawad 12-4-2018 03:40 PM
Kesiann basic family of 5 pun grocery 6/7 ratus - dapat 3k mmg dikautlah eskrem magnum sgala tklupa crkelat mahal
Quote sufi^_^ 12-4-2018 03:40 PM
Dari fb Khairul Abdullah:

Adakah dengan tawaran wang belanja RM3,000, di AEON kita hilang adab, hilang akal dan hilang harga diri? Sangat dukacita dengan sikap mereka yang tinggal troli berselerakan di depan kaunter pembayaran seperti gambar yang viral hari ini.
Tidak terfikirkah susah payah pekerja yang perlu menyimpan dan menyusun kembali semua barangan? Itu kalau barangan yang tidak rosak, kalau yang jenis mudah rosak bagaimana?
Pasti pemilik pasaraya mengalami kerugian yang sangat banyak. Hari ini mereka rugi lagi apabila terpaksa menutup sebahagian operasi bagi membolehkan mereka mengemas kembali semua sisa dan porak peranda yang dilakukan oleh mereka yang kecewa oleh RM3,000.

Tidak merasa sekelumit berdosa di dalam diri apabila telah merosakkan barangan yang bukan milik sendiri dan membuatkan orang lain kerugian?

Ohhh, AEON syarikat besar, mereka kaya kita tak perlu risau, kata sesetengah dari mereka.

Begitukah?

Wajar atau tidak cara yang dilakukan oleh TMJ tidak mewajarkan kita untuk tinggal segala barangan bersepah-sepah sehingga rosak dan merugikan orang lain.

Tidak susah pun untuk tolak kembali troli ke pasaraya dan simpan kembali semua barangan di tempat asalnya. Kalau tidakpun, simpan kembali barangan yang mudah rosak secepat mungkin.

Tetapi, orang kita ni begitulah. Tak pernah peduli pasal orang lain. Dosa merosakkan barang orang pun dia tak takut apatah lagi nak pikir kesusahan pekerja untuk menyusun semula barangan dan mengemas kembali.

Alahh, dah kerja diorang. Buatlah, jangan makan gaji buta katanya.

Gila hebat orang kita ni.

Hebat.

Hebat.

#mentalitimasihjamban
Quote botol_tritan 12-4-2018 03:41 PM
Serious menyusahkan org lain.
Quote chazey 12-4-2018 03:42 PM
sufi^_^ replied at 12-4-2018 03:40 PM
Dari fb Khairul Abdullah:

Adakah dengan tawaran wang belanja RM3,000, di AEON kita hilang adab, h ...

Manusia memang nasty creatures.

Btw, orang kita ke pon. Katanya ummah Singaporn pon ramai masa tu.
Quote xy_daen 12-4-2018 03:43 PM
Malas nak komen banyak...
Quote cmf_premierleag 12-4-2018 03:44 PM
x silap aka, kat batu pahat ada area nama tongkang pecah kheeenz???
Quote sufi^_^ 12-4-2018 03:47 PM
chazey replied at 12-4-2018 07:42 AM
Manusia memang nasty creatures.

Btw, orang kita ke pon. Katanya ummah Singaporn pon ramai masa  ...

Entahlah, kalau orang kita pun macam bukan yang golongan bawahan je.
Golongan marhaein shopping kat tara2 econsave gitu.
Quote dodolgemok 12-4-2018 03:47 PM
Ummah punya mentaliti senang, "dah kerja diorang, buat je lah dgan ikhlas, dah dibayar gaji kan". Perangai babi cmni lah  petugas kesihatan terpaksa layan hari2 smpai nak ludah kat muka sorang2 laknat.
Quote Themilo 12-4-2018 03:47 PM
kalau ada almarhum peyno, memang teruk bangsa J dimakinya
Quote chazey 12-4-2018 03:53 PM
sufi^_^ replied at 12-4-2018 03:47 PM
Entahlah, kalau orang kita pun macam bukan yang golongan bawahan je.
Golongan marhaein shopping k ...

Kat Aeon tu biasanya golongan pertengahan ke atas yang shopping. Bawahan suka pi Giant, Econsave tu.

Memang ai syak depa bukan susah sangat pon. So hapa motif ko tamak haloba pegi penuhkan troli sampai tak sempat bayar then nyusahkan prkerja nak kemaskan taik yang ko sepahkan?
Quote oppol 12-4-2018 03:58 PM
Mentaliti telah terdedah, siapa yang malu?tm? ?bangsa ??
Atau mereka memang tiada rasa malu?..
Quote raxief 12-4-2018 04:00 PM
Themilo replied at 12-4-2018 03:47 PM
kalau ada almarhum peyno, memang teruk bangsa J dimakinya

punca aku dh x lepak sgt forum ni ialah kehilangan peyno (selain xde masa akibat bnyk kerja & fokus anak bini). walaupun aku bangsa J, tapi aku tergelak baca komen dia paling aku ingat perompak jawa singgah air hitam beli pisang salai
Quote laksmanabentan 12-4-2018 04:01 PM
sufi^_^ replied at 12-4-2018 03:40 PM
Dari fb Khairul Abdullah:

Adakah dengan tawaran wang belanja RM3,000, di AEON kita hilang adab, h ...

setuju sgt pendapat ko nih...mentaliti tahap jamban berkerak da nih...

nak komen lebih2 pun benda da jadi...


Quote lululun 12-4-2018 04:01 PM
kesian staff... gaji berapa je...
Quote kikyou 12-4-2018 04:03 PM
Hurmm. Macam2  hal..
Quote gopal 12-4-2018 04:15 PM
bangsa malaysia tak camni...bangsa negara jiran J je camni
Quote cmf_premierleag 12-4-2018 04:19 PM
raxief replied at 12-4-2018 04:00 PM
punca aku dh x lepak sgt forum ni ialah kehilangan peyno (selain xde masa akibat bnyk kerja & foku ...

antara trademark peyno yg lain :
- proton
- pisang goreng cicah sambal kicap
- pisang salai
- tabur garam
- sembang kencang

Quote crxhvd 12-4-2018 04:20 PM
Ish gamak buat sampai macam ni

Lihat semua komen(169)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.046274 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top