Zizi Kirana meluahkan tentang hubungan baiknya dengan Alif Hadi yang telah lama terjalin. Dia mengakui begitu selesa menjadi teman rapat kepada Alif Hadi dan telah lama mengenali lelaki itu sebenarnya.
Namun dia menafikan tentang hubungannya yang dikatakan sedang hangat bercinta dengan Alif. "Kami hanya teman rapat, mana mungkin bercinta. Tak mahulah bercinta-cinta ini, nanti bosan.
"Sejujurnya, saya selesa berkawan dengannya kerana dia sangat memahami saya. Nak bercakap dengan dia pun senang, kiranya kami serasilah. "Tapi kalau dah tertulis jodoh bersama, saya reda sahaja," katanya kepada mStar Online. Alif juga mempunyai pendirian yang sama dan tidak mengambil endah dengan kata-kata negatif tentang penampilan Zizi yang sering dikritik netizen. "Biarlah orang nak kata apa pun. Soal pakaian Zizi, itu hanyalah penampilan dia sahaja, hatinya baik. "Tunggulah kad jemputan, mungkin lepas pilihan raya umum nanti kami kahwin," usiknya. Mungkin Alif mempunyai kriteria lelaki idaman yang pernah dikongsikan sebelum ini oleh Zizi? Kita doakan yang baik-baik untuk mereka. - CARI
|
24
Bagus |
22
Marah |
14
Terkejut |
8
Sedih |
10
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
meklalala replied at 13-4-2018 10:45 AM
kejap..alif hadi ni siapa? haha
Ohhunny replied at 13-4-2018 10:52 AM
bukan ke alif ni da kahwin? sapa ntah forumer pernah tepek gambar heols kahwin ke article pasal dia ...
ADVERTISEMENT