Tidak tahu apa dalam fikiran, sepasang kekasih tergamak melakukan seks di dalam sebuah masjid. Kejadian yang berlaku di Semarang, Jawa itu menyaksikan pasangan tersebut berjaya ditangkap oleh penduduk setempat dan dipercayai sudah melakukan hubungan seks di situ beberapa kali sebelum ini.
Tribun News melaporkan, penemuan kondom berhampiran almari telekung di ruangan solat wanita membuatkan pihak masjid bertindak memasang kamera keselamatan tertutup. Aksi tidak senonoh pasangan tersebut berjaya dirakam pada 9 April lalu. Lelaki berusia 23 tahun dan perempuan berusia 22 tahun berjaya ditangkap pada 13 April selepas kembali semula ke masjid berkenaan untuk melakukan seks.
Ketua rukun tetangga Sraten, Suparno berkata, “Saya pelik bagaimana pasangan itu sanggup berbuat perkara tidak senonoh berulang kali dalam masjid yang begitu dekat dengan kampung mereka. Memang saya marah!” -CARI
|
Bedah.Cun replied at 16-4-2018 09:49 AM
Hoookkk heeehhh haaakkk hoookkk ohoohhh
prettyuglybabe replied at 16-4-2018 09:59 AM
tu maknanya masjid selalu kosong lantas selamat untuk ngeseks tanpa gangguan
ADVERTISEMENT