CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peniaga Kantin Merintih, Duit RM1000 Lesap Dalam Bank

16-4-2018 06:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9213| Komen: 77

Wang seorang wanita yang lesap sekelip mata sahaja dari sebuah bank di Seremban, Negeri Sembilan mendapat perhatian dari orang ramai.

Norshamili Osman, 41, teresak-esak menangis dalam sebuah video berdurasi 17 minit, mendakwa dirinya teraniaya kerana bank tidak membantu sewajarnya bila ditanya tentang kehilangan wang berjumlah RM1000.



Mstar Online melaporkan, bank tersebut mendakwa wanita itu sendiri telah memindahkan wang berkenaan ke akaun bank seorang individu lain yang tidak dikenali.


Namun Norshamili Osman berkata yang dia tidak pernah menggunakan perkhidmatan perbankan atas talian.

"Bukankah kalau nak pindahkan duit perlukan Kod Kebenaran Transaksi (TAC) dan ia akan dihantar ke nombor telefon pemilik akaun?

"Tapi saya tidak pernah menggunakan perbankan atas talian dan nombor yang didaftarkan untuk melakukan pemindahan wang itu juga bukan nombor telefon saya.'

Menurut ibu kepada tiga orang anak itu lagi, wang tersebut adalah pemberian Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai bantuan dirinya yang menjalankan perniagaan kantin.

Norshamili sudah membuat laporan polis namun difahamkan pihak bank tidak mahu bekerjasama untuk menghubungi pemilik akaun yang memegang wangnya kini.

"Pihak bank ada berikan nombor telefon wanita itu, tapi bila saya cuba hubungi, nombor itu sudah tiada dalam perkhidmatan.

"Saya merayu agar pihak berkaitan memulangkan semula wang tersebut kerana ia amat bermakna untuk saya dan keluarga.' -CARI
6

Bagus
9

Marah
9

Terkejut
4

Sedih
7

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (38 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote onexox97 16-4-2018 05:21 PM
saya simpati sama akak
semoga duit tu akak dapat balik
Quote mjla 16-4-2018 05:28 PM
Bankngong dlm Msia ni bukan blh harap sgt
Klu ada kes tapi tak mo tlg musti org dlm terlibat
Quote hzln 16-4-2018 05:41 PM
Buat aduan ke bank negara jer
Biasa bank terus terkencing dlm seluar
Takde dah nak tendang insan2 kecil mcm kita ni mcm bola suh gi situ suh gi sini takde sapa nak tjawab
Quote dubuk 16-4-2018 05:49 PM
bank apa               
Quote wirazam 16-4-2018 06:07 PM
setiap no telefon dah didaftarkan...boleh je kalau polis nak trace kan
Quote batmana 16-4-2018 06:37 PM
bank tu pemakan riba

dia sama level dgn gol. musyrik smpai pnah diperangi dalam perang

sebab tu la diaorg malas nk  layan customer yg ada problem,tendang mcm bola,  psl tkde untung pada diaorg , lagipun rugi masa nk siasat ke apa, alasan data peribadi, dibawah akta tu ni,


aku harap benar, staff2 bank tu kene kifarah la nnti, takkan tido tenang smpai mati, pasal wat mangsa cmni.

atau nk tunggu prebet adam versi 3.0 ngamuk dlm bank agknye, bru bank nk bertindak..
Quote munchkin 16-4-2018 06:42 PM
Jap. Dia kata tak pernah guna perkhidmatan atas talian (online). Nak buat online kena register tac.

Tac hanya boleh register thru kaunter atau atam machine. Kena key in pin number bagai. Baru boleh register.

Kenapa rm1k je hilang walhal org tu boleh je transfer more than that. Pastu dia mention duit pemberian datuk sekian kian.

Adakah orang yg memberi tu buat reversal?

Mcm tak add up lah cerita dia ni?
Quote raxief 16-4-2018 06:51 PM
muka mcm bukan 41, tp tengok screenshot video nampak le tuekk
Quote buragazz 16-4-2018 06:53 PM
munchkin replied at 16-4-2018 06:42 PM
Jap. Dia kata tak pernah guna perkhidmatan atas talian (online). Nak buat online kena register tac.  ...

Power la ko @munchkin dah macam baca skrip "Murder On The Orient Escape"..
Quote highcastle 16-4-2018 07:05 PM
munchkin replied at 16-4-2018 06:42 PM
Jap. Dia kata tak pernah guna perkhidmatan atas talian (online). Nak buat online kena register tac.  ...

Hah itu lah..
Quote munchkin 16-4-2018 07:36 PM
Ramai bagi cadangan pastu cam diam je akak ni
Quote munchkin 16-4-2018 07:40 PM
buragazz replied at 16-4-2018 06:53 PM
Power la ko @munchkin dah macam baca skrip "Murder On The Orient Escape"..

Ahahhaha. Takdelah mcm tak add up je cerita.

Masukkan cheque lepas tu tengok dah ada transfer ke akaun org lain

Anyway dah ada org bank reply kata isi borang kelabu. Borang kelabu is borang bank negara setiap bank wajib ada. Kalau takde langgar akta. Org bank akan takut kalau kita nak isi borang kelabu. Wang kita dilindungi oleh pidm.

Tapi bila org reply akak ni mcm senyap je. Siap nak buat derma ke akaun akak ni lagi.

Quote munchkin 16-4-2018 07:44 PM
Ada jugak yg komen kadang org terdekat yg tahh pin username password yg buat transaction. Tapi tuan punya badan tak tahu

Nak transfer dah tentu kena ada tac melainkan dah add favourite. Setiap transfer dan request tac ada message sampai pada handphone kita. M3lainkan ada orang report sim hilang buat sim baru. Pernah terjadi. Tapi phone provider akan block sim kita, phone kita pulak tak boleh guna.  

Atau dia register phone bank guna ahli keluarga atau punya nombor.

Sebab cara dia ckp macam dia jarang guna cimb. Yg tinggal rm25 je. Means sebelum dpt rm1k ada rm25. Lepas kena hack tinggal rm25 ringgit.
Quote pyropura 16-4-2018 09:10 PM
Petanda ikunumi makmoor @tobby @rashiman @akusukaq
Quote pearl.silver 16-4-2018 09:32 PM
Harap x jadi mcm akak duit hilang dari asb tu
Rupanya hadap viral je
Quote hzln 16-4-2018 09:48 PM
Nak tahu kena naya dgn scammer ke org dlm bank ker, org terdekat ke mudah jer rasanya
Bkn fokus pada sapa yg terima duit tu
Tapi pada pemilik nombor yg terima tac tu, yg buat transaksi tu
Org tu lah yg sebenar2 "pegang" hakak tu punya id n p/word cimb clicks
Kut2 anak, pekerja sendiri
Malu lah mana nak letak muka dakwa akaun kena hack katanya
Quote SLAManya 17-4-2018 12:27 AM
Hmmm i nak ulas malas
So nak tunggu lah cerita seterusnya
Quote Alizawati82 17-4-2018 01:11 AM
Jiran pernah lah kena yg peraduan simcard  hotlink menang 10k ke apa ntah. pastu dia caya jer org tu soh g atm. follow step by step si pemanggil soh buat itu ini...bila duit dah lesap. dia kata plak bank tu lesap duit dia... pastu xnak ngaku plak dia ada buat semua tu kat atm report pun polis xleh watpe...
Quote pyropura 17-4-2018 01:22 AM
Edited by pyropura at 17-4-2018 01:24 AM

Tapi kan, utk seorang pengusaha kantin gitu,  apa boleh buat dengan duit cuma 1k? Bangsa Joho tu boleh perabih 3k dalam beberapa menet aje kat Aeon.. tu setakat celah spenda Bangsa Joho jer tuh   

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.114858 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top