CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Pengalaman Ngeri Rakyat Malaysia Di Paris - Nyaris Ditipu Scammer!

20-4-2018 03:50 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 5541| Komen: 16|Original author: Oleh: Azza Rai

De paris avec amour.
Ramai yang teruja untuk ke sana. Maklumlah katanya kota cinta yang harus ada dalam destinasi setiap kaki jalan.

Namun pengalaman netizen ini sangat mengerikan. Ikuti kisahnya seperti di bawah: 


1) Berkelana dengan Range Rover
Menyewa kereta kerana mahu ke beberapa tempat, bermula di Munich kemudian  ke Austria, Switzerland, Colmar dan berakhir di kota cinta, Paris. Rupa-rupanya kereta yang bernomborkan Jerman menarik perhatian scammer.

2) Kisah bermula
Setelah puas bergambar di Eiffel Tower, kami bergerak. Dalam perjalanan, masalah kebocoran di tepi tayar berlaku. Tiada tayar ganti menyebabkan perlu berhenti di bahu jalan.

3) Data telefon habis
Disebabkan data telefon habis, ambil keputusan untuk menahan kereta yang lalu lalang hinggalah setengah jam kemudian, ada juga yang berhenti. 



4) Semangat Islam
Asma (Islam Tunisia, tinggal di Paris) yang berhenti tadi menghubungi seseorang. Sementara menunggu bantuan pihak hertz (syarikat sewa kereta) saya berbual dengan Asma menggunakan Google Translate. Dia menolong kerana saya memakai tudung dengan semangat Islam.

5) 3 jam menunggu
Lori tunda sampai, namun mereka mahukan deposit, kami menolak kerana telah mengambil insuran. Setelah berbincang, mereka mahu menghantar kereta ke bengkel, namun kami berkeras menolak. Akhirnya mereka pergi. 


6) Hari makin gelap
Asma masih lagi cuba membantu dengan menghubungi pihak bantuan. Hari makin gelap, perut makin lapar, belum solat lagi, kali ini Asma meminta kunci kereta dan alamat hotel sebab katanya bantuan akan sampai.

7) Bergerak walaupun tayar pancit
Kami mencari Hertz terdekat, jaraknya 6.5km, terpaksa memandu dalam keadaan tayar pancit. Ini adalah ikhtiar terakhir. Akhirnya smpai ke Hertz 10 minit sebelum tutup, 7.50 malam.


8) Tukar kereta
Rupanya Hertz tersebut adalah syarikat kurier, tetapi mereka  sudi menolong lalu menggantikan dengan kereta manual manakala Range Rover dimasukkan ke dalam gudang.

9) Penipuan
Menurut mereka mungkin kereta sudah dibocorkan ketika di Eiffel Tower lagi dan dipasang peranti bagi mengesan kereta. Asma serta geng lori tunda sebenarnya telah merancang untuk mendapatkan kereta tersebut.


10) Taktik mereka
Biasanya scammer akan buatkan kita letih dan lapar kemudian seolah-olah cuba menolong sebenarnya ada muslihat.

Nasihat

1)     Sewa kereta di Paris dan pilih kereta biasa sahaja.
2)     Jangan percaya sesiapa pun dan jangan panik.
3)     Pastikan kredit telefon sentiasa mencukupi untuk kegunaan di kala kecemasan.
4)     Pastikan ambil insuran penuh. - CARI 

Kredit : Rosi Mustafa menerusi Backpackers Buddies Malaysia (BBM)
13

Bagus
3

Marah
5

Terkejut
10

Sedih
3

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (44 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote grizz 20-4-2018 03:59 PM
la asma tu kekonun je ke tlg nye..
kuang ajor sgt..
Quote Artemesiaa 20-4-2018 04:57 PM
Nasihat yang diberikan tu amat berguna.  Sebab tu bila kat luar negara jangan mudah sangat kat percaya orang walau dari negara sendiri kena hati2 dan alert selalu
Quote makeupthetoilet 20-4-2018 06:41 PM
grizz: la asma tu kekonun je ke tlg nye..kuang ajor sgt..


Memang kat sana ramai scammers yg bertudung. Mcm gypsy pun ada. Kat Champs-Elysees paling ramai siap ada yg angkut baby kecik mintak duit.. ada yg siap nak tolong ambik gambar bagai.. memang kena careful buat tak tahu jer jgn ramah sangat... and jgn lalu dodgy alleys..
Quote Konahhh 20-4-2018 07:46 PM
Asma tu mungkin gypsy, bukan muslim pong
Quote salmon-suki 21-4-2018 09:23 AM
Igtkn scammer malaysian rupenye scammer sana jgk..lahaiii...org tu pn satu,knp x isi kredit tepon byk2 terus..jd pengajaran jgk laa utk dia n sapa2 y akn ke luar negara nti..huhu
Quote LautBiru52 21-4-2018 09:28 AM
Nasib baik diorang ni tak panik bagi kunci dekat asma or biar je lori tu tarik. Tapi kenapa la kereta sewa tu takde tayar spare. Humm
Quote eyansss 21-4-2018 11:01 PM
LautBiru52 replied at 21-4-2018 09:28 AM
Nasib baik diorang ni tak panik bagi kunci dekat asma or biar je lori tu tarik. Tapi kenapa la keret ...

kereta camni jenis tayar yang bukan terus flat... dan akan ada notification kalo angin tayar tak cukup or dia detect ada masalah... sebab tu keta jenis ni takde tayar spare...
Quote LautBiru52 22-4-2018 07:42 AM
eyansss replied at 21-4-2018 11:01 PM
kereta camni jenis tayar yang bukan terus flat... dan akan ada notification kalo angin tayar tak c ...

Oo yeke. Baru tahu. Huhuhu
Quote umbut 22-4-2018 09:08 AM
Sebab tu paris ramai complain org dia x mesra alam.. ramai immigrant buat onar.. org perancis pun dah x tahan naik menyampah dgn pelancong yg dtg..  bkn kota cinta, kota jahanam
Quote Cari-Azza 22-4-2018 06:38 PM
makeupthetoilet replied at 20-4-2018 06:41 PM
Memang kat sana ramai scammers yg bertudung. Mcm gypsy pun ada. Kat Champs-Elysees paling ramai  ...

TQ, baru tau, admin lum sampai lagi sana. Hihi

Quote Vee28 22-4-2018 09:40 PM
Takut jugak nk ke paris dgn mcm2 kes scam mcm ni
Quote becir 23-4-2018 09:37 AM
Dekat Paris or other big cities in France  normal je tetiba orang Muslim/arab looks dtg approach bagi Salam then Tanya 'u Muslim? U speak English?' kekadang tengah jalan boleh je dia patah balik Kat u Tanya 'u speak English? Arabic?' Jadahnya ko sibuk nak Tanya soalan camtu Kan..so good advice is to just walk away buat bodoh.
Quote chinta89 24-4-2018 09:20 AM
so berhati2lah sape2 yg nk travel kat sana.
Quote mamapea 24-4-2018 11:23 AM
ofismate aku pernah citer kwn dia kena pick pocket kt paris...masa tu tgh syok dok melayan org buat magic la...skali perasan duit dia 1k euro lesap...kalau kemana2 pun pakailah porch bag yg nipis tu..simpan semua duit dlm tu...kalau org nak curi kt dllm baju kita...
Quote Cari-Azza 24-4-2018 12:29 PM
becir replied at 23-4-2018 09:37 AM
Dekat Paris or other big cities in France  normal je tetiba orang Muslim/arab looks dtg approach bag ...

Kalau orang tak tahu kan, macam oh! ada juga yang nak bersilaturahim disini. Rupanya....

Quote vee_zara 29-5-2018 12:59 AM
Scarynyee..kota pagheee ni mmg ada dlm list i waktu pencen nnt .

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:53 AM GMT+8 , Processed in 0.037789 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top