CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Awas! Inilah Yang Terjadi Jika Anda Buat Kesilapan Ketika Cukur Bahagian Intim..

18-4-2018 04:48 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 9540| Komen: 22|Original author: Oleh: Amiey

Ramai wanita yang lebih gemar jika bahagian intimnya bebas daripada bulu dan akan membuang bulu di kawasan tersebut dengan pisau cukur ataupun teknik waxing. 

Bagaimanapun, masih ramai yang mengambil remeh perihal kebersihan semasa proses bercukur atau waxing sehingga menyebabkan jangkitan kuman!


Begitulah yang berlaku kepada seorang wanita yang hampir kehilangan nyawanya apabila dia dijangkiti bakteria setelah mencukur bulu kemaluan.

Dana Sedgewick yang berasal dari United Kingdom telah mengalami jangkitan kuman yang teruk, dua hari selepas dia mencukur bahagian intimnya dengan menggunakan pisau cukur yang baru!

Foto: Metro.uk

Dia dipercayai mencukur bahagian intimnya walaupun terdapat ruam jerawat pada bahagian tersebut yang telah menyebabkan ruam tersebut berdarah dan seterusnya menyebabkan jangkitan.

Contoh ruam yang sering terjadi pada bahagian intim. (Foto: Carian Google)

"Saya tidak memikirkannya sangat sebab selama ini saya memang akan selalu rasa gatal-gatal dan naik ruam selepas bercukur," jelas Dana kepada Metro UK. 


Tanpa disedari, ruam tersebut telah menyebabkan jangkitan yang teruk di bahagian lain yang dipanggil necrotizing fascitis,iaitu sejenis jangkitan yang memakan daging atau organ. 

Menceritakan kembali peristiwa yang berlaku pada tahun 2012 itu, Dana berkata pada mulaya dia mengalami mual dan pening selepas dua hari bercukur. Dia kemudiannya berjumpa doktor di mana sampel di kawasan intimnya di ambil bagi mengenalpasti antibiotik yang sesuai.
 

Keesokan harinya dia ditemui terbaring dengan kaki penuh dengan ruam merah oleh anak perempuan sulungnya. Dalam masa yang sama, doktor yang merawatnya juga menghubunginya memberitahu bahawa jangkitan yang dialaminya agak teruk dan memintanya untuk segera kembali ke hospital bagi pemeriksaan lanjut  . 

Tiba di bahagian surgeri, dia pengsan sebelum dikejarkan ke unit trauma dengan menaiki ambulans. Kakinya juga sudah mula menghitam seakan-akan daging busuk.

Foto: Metro.uk

Doktor yang merawatnya mengesahkan yang jangkitan bakteria tersebut berpunca dari luka kecil pada bahagian intimnya. 

Disebabkan keadaannya yang agak parah, doktor terpaksa memberikan suntikan untuk meletakkannya dalam keadaan koma selama 9 hari. Malah, doktor juga mengatakan yang dia hanya ada 30% peluang untuk hidup. 

Foto: Metro.uk
Dia bagaimanapun berjaya melepasi waktu kritikal dan berjaya diselamatkan. Selepas menjalani hampir 21 pembedahan Dana kini masih lagi dalam proses pemulihan.

Foto : Metro.uk

Kisah ini boleh dijadikan tauladan kepada kita. Tak salah untuk bercukur atau melakukan waxing di bahagian intim, tetapi haruslah mengikut teknik yang betul. Jangan sesekali menggunakan pisau pencukur yang sama, pastikan tiada luka, ruam atau jerawat pada kawasan yang hendak dicukur bagi mengelakkan jangkitan.-CARI
8

Bagus
5

Marah
9

Terkejut
13

Sedih
13

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (59 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote intanazlynna 18-4-2018 04:52 PM
omg!!

so scarry!!
Quote fliphair8 18-4-2018 05:19 PM
Takut tul aku flesh eating bacteria ni.....kalo pi negara kokosen aku jarang pakai public toilet only if need be....aku akan lap toilet seat tu ngan sanitizer baru aku duduk....cuma aku nak tahu bakteria ni mmg ade kat negara kokosen je kan?
Quote missinpiece 18-4-2018 05:22 PM
Scarynye.... selalu tgk kucing je kena benda2 mcm ni
Quote grizz 18-4-2018 05:24 PM
fliphair8 replied at 18-4-2018 05:19 PM
Takut tul aku flesh eating bacteria ni.....kalo pi negara kokosen aku jarang pakai public toilet onl ...

klu btol kt sane je yg ade jgn la bakteria tu dtg malaysia..

Quote oppol 18-4-2018 06:04 PM
Susah-susah, cabut satu-satu lagi selamat.
Quote buragazz 18-4-2018 06:25 PM
fliphair8 replied at 18-4-2018 05:19 PM
Takut tul aku flesh eating bacteria ni.....kalo pi negara kokosen aku jarang pakai public toilet onl ...

Aku kat sini pun aku akan lap ngan sanitizer...
Quote buapakperut 19-4-2018 01:29 AM
missinpiece: Scarynye.... selalu tgk kucing je kena benda2 mcm ni

erkk scary giler dah mcm leprosy. kucing pun ade ke tak penah tgk. kesian sheols hazab gilerr
Quote buapakperut 19-4-2018 01:30 AM
fliphair8: Takut tul aku flesh eating bacteria ni.....kalo pi negara kokosen aku jarang pakai public toilet only if need be....aku akan lap toilet seat tu ngan s ...

erk thanks for sharing. pasni iols akan ikut cara chuols. guna sanitizer gel ke?
Quote mieymiey 19-4-2018 07:43 AM
"jangkitan yang memakan daging atau organ"
Quote LautBiru52 19-4-2018 08:48 AM
Ngeri bayangkan time dressing luka tu
Quote chinta89 19-4-2018 09:01 AM
omg takutnyaaaaaaaaa
Quote fushimi 19-4-2018 09:29 AM
oppol replied at 18-4-2018 06:04 PM
Susah-susah, cabut satu-satu lagi selamat.

sehari semalam tak habis nak cabut sesatu

tapi kawan aku cakap kalau nak cabut sesatu kena duduk dalam air baru senang sebab dia selalu buat


Quote fushimi 19-4-2018 09:31 AM
chuols semua kalau cabut cam mana

korang pergi wax ke cabut sendiri

Quote shailyvelera 19-4-2018 01:22 PM
oppol replied at 18-4-2018 06:04 PM
Susah-susah, cabut satu-satu lagi selamat.

cabut x sakit ke weh? ngeri plak pikir...huhu
Quote Pooteh 19-4-2018 02:06 PM
fushimi replied at 19-4-2018 09:31 AM
chuols semua kalau cabut cam mana

korang pergi wax ke cabut sendiri

Iols gunting bg pendek dulu...baru senang nk cungkil 1 by 1..miahahhaha...tp bhgn atas la..xla sakit yakmat...bhgn lembut kt pintu idok le...sakit kot
Quote bobo_beck 19-4-2018 03:05 PM
Quote crazypink 19-4-2018 03:10 PM
scarynyer weh
Quote Siputjelly 19-4-2018 03:48 PM
oh my!!! scary nyaaaa. :’(
Quote precious_chicas 8-5-2018 02:53 PM
alamak...tetiba peha rasa geli gleeman menengok gambar tu....

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 11:45 PM GMT+8 , Processed in 0.082364 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top