Tempat yang paling terbaik di dunia ini bukanlah pantai yang indah, tempat bersejarah atau pemandangan menakjubkan. Tempat paling syok sebenarnya adalah rumah sendiri. Sebab itu lah ada pepatah ‘Rumahku Syurgaku’. Tetapi, sejauh mana anda mengambil berat mengenai barangan di rumah? Atau anda tahu pakai sahaja bertahun-tahun tanpa ambil tahu pun barangan sebenarnya ada tarikh luput. Perkongsian majalah Impiana ini pastinya membuka mata anda tentang tempoh penggunaan setiap barangan. Jom semak! 1. Bantal - (2-3 tahun) 2. Selipar – (6 bulan sahaja) Walaupun tempoh luputnya 6 bulan lagi, namun saat pertama kali selipar itu menjejaki tanah, bakteria sudah mula membiak. Jadi pastikan selipar anda dibasuh secara kerap, serta cukup 6 bulan, ia perlu diganti baru. 3. Span Mandi – (2 minggu sahaja) Bila hari-hari dah sental badan, pastilah banyak bakteria melekat ke span tadi. Jadi, cara terbaik adalah menukar span mandi anda 2 minggu sekali atau merendamkannya kedalam air panas menggelegak supaya bakteria musnah. 4. Tuala – (1-3 tahun) 5. Sikat rambut – (setahun sahaja) Sebaiknya sikat dibasuh dengan air panas seminggu sekali dan diganti setiap setahun. 6. Berus gigi – (3 bulan sahaja) 7. Minyak Wangi – (3-4 tahun) Eau De Parfum (EDP) mengandungi essential oil yang hanya mampu bertahan selama 3 tahun di dalam bekas kedap udara. Namun bagi Eau De Toilet (EDT) pula mampu bertahan selama 4 tahun. 8. Hydrogen Peroxide – (2 bulan sahaja) 9. Baju dalam – (1-2 tahun) Pun begitu, apabila struktur bra tidak lagi selesa untuk dipakai seperti bentuk asal, ia petanda anda wajib menukarnya tanpa perlu menunggu selama tempoh 1 tahun. 10. Kasut Sukan - luput sebaik struktur berubah Jadi, anda dah tahu kan? Selepas ini perlu lebih peka tentang tarikh luput sesuatu barangan. Mestilah anda tidak mahu menggunakan produk yang sebenarnya tidak berfungsi pun lagi. - CARI Kredit : Impiana |
17
Bagus |
16
Marah |
16
Terkejut |
21
Sedih |
19
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
cmf_premierleag replied at 21-4-2018 08:51 PM
Akak ada satu bantal faveret.. Senang cakap, bantal busuk la
Sedap sgt pakai sbb bleh sapot teng ...
ADVERTISEMENT