Umur anda 30an atau 40an ke atas? Ada terasa kulit kurang anjal, tak seperti ketika remaja dulu? Maklumlah pertambahan umur bermakna sel kolagen juga makin berkurangan. Jumlahnya pula akan terus merosot dengan purata 1 hingga 4 gram kolagen hilang setiap hari! Bunyinya menakutkan. Hilang kolagen bermakna kulit cepat berkedut dan tampak lebih tua dari umur. Tak nak lah dipanggil makcik sebelum masanya. Tapi, pasti ada cara untuk menambahkan kolagen. Bukan ubat tapi cara semulajadi iaitu meratah kaki ayam. Ya! Petua ini telah lama diamalkan oleh orang Melayu dulu-dulu, malah bintang Korea juga turut mengamalkan sup kaki ayam seperti yang boleh ditonton dalam program realiti mereka. Menurut kajian pakar Jabatan Sains Haiwan Universiti Chungsing, Taiwan – kaki ayam mempunyai banyak kolagen dan rawan yang sangat mudah diserap oleh tubuh manusia. Malahan kolagen kaki ayam ini menyamai khasiat sayur-sayuran yang tinggi kandungan Vitamin C. Padanlah mereka yang gemarkan kaki ayam ini kulitnya sangat cantik, lembut, kulit tegang dan kurangnya garis halus penuaan. Jom lihat resipi yang dikongsi netizen ini.
SUP KAKI AYAM ALA THAI Cara membuatnya 1) Bersihkan kaki ayam, rebus bersama halia dan bawang putih hingga lembut. 2) Masukkan ubi kentang, rebus hingga ubi kentang lembut. 3) Dalam periuk lain tumiskan bahan kisar hingga naik bau. 4) Masukkan pula bahan tumbuk, goreng hingga kekuningan dan wangi. 5) Masukkan rempah sup yang dibancuh dengan sedikit air dan kacau hingga pecah minyak. 6)Masukkan kaki ayam dan kentang ke dalam bahan rempah. 7)Perasakan dengan garam, serbuk perasa, perahan limau. 8) Bila mendidih, masukkan cendawan, tomato, bawang besar, cili padi. 9) Masukkan hirisan daun ketumbar bila dah masak. Kredit : Leeina Qaliena dan internet
|
damian_lee replied at 19-4-2018 02:03 PM
Kawan chinese aku bagi resepi masak kicap
Sampai sekarang xkose nak cubaa
.
selyusi replied at 19-4-2018 07:47 AM
Kuah tu jadi agar2 sebab collagen ke?
damian_lee replied at 19-4-2018 03:58 PM
Ntahlah sbb collagen ke apa .. Orang kata tinggi cholestrol gak .. Tak tau laaa
ADVERTISEMENT