Asyik restoran makanan segera sahaja yang dikunjungi pun bosan juga kan? Selain tidak sihat, pemilihan menu pun lebih kurang sama sahaja. Jika bukan burger, pasti kentang goreng. Kini tiba masanya untuk lebih memilih makanan. Jika tidak mampu tinggalkan secara drastik makanan tidak sihat, pelbagaikan menu dengan hidangan lebih sihat. Antara pilihan terbaik ialah The Good Co. yang menyajikan konsep makanan sihat dengan cara tersendiri.
Terletak di Bangsar, idea kafe ini bermula sejak lima tahun lalu apabila bekas Miss Malaysia Universe 2008, Miss Levy Li yang menetap di Amerika Syarikat mendapati agak sukar mencari makanan sihat di Malaysia.
Tepat sekali dengan suasana mendamaikan sahaja bila memasuki cafe ini. Pepohon menghijau sama ada di dalam atau pun di luar café mengindahkan lagi suasana santai The Good Co. Para pelanggan café pun nampak seronok dengan hidangan sihat ini. Kesemua sumber sayur-sayuran adalah organik. Manakala bahan-bahan serta ramuan untuk menyediakan hidangan ini pula diambil segar dari para pengedar berkualiti. Jadi anda tidak perlu gusar kerana hidangan disediakan tanpa sebarang perisa tambahan, pengawet, pewarna, gula tambahan dan lain-lain. Apa yang menarik adalah menu di The Good Co adalah bertepatan dengan tekak orang setempat. Harga pun boleh tahan berpatutan. Jadi, bagaimana? Mahukan menu yang lebih sihat? Anda boleh ke Bangsar bagi menikmati gaya hidup sihat. Jom. - CARI Lokasi: Bon Estates, Jalan Maarof bertentangan dengan Bangsar Shopping Centre
Waktu beroperasi: 9am – 6pm Harga hidangan: Bermula serendah RM9.90 hingga RM20.90. |
18
Bagus |
25
Marah |
21
Terkejut |
21
Sedih |
11
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
BebeQ replied at 20-4-2018 09:01 AM
aku memang jenis beli yang organik. beras, sayur, gula, garam, telur.
tapi tak bererti aku makan or ...
Cari-Azza replied at 22-4-2018 06:43 PM
Bagusnya..Bolehla share jenama apa, boleh Admin buat story
jazaa100 replied at 21-4-2018 10:49 AM
nasi lemak organic tu mcmana?.....
ADVERTISEMENT