Perasan atau tidak, sekarang ini zaman yang susah untuk mendapat pekerjaan. Jadi, tidak hairanlah jika ramai graduan yang menganggur begitu lama. Jika dahulu, ramai yang yakin selepas habis sahaja belajar di pusat pengajian tinggi awam atau swasta, banyak peluang pekerjaan yang menanti.
Sedangkan apa yang terjadi pada hari ini, kita sudah tidak mampu lagi memilih pekerjaan yang sesuai dengan minat dan kelayakan tetapi perlu merebut peluang yang ada didepan mata jika kita benar-benar ingin bekerja. Apa yang dikongsi oleh seorang pengguna twitter ini benar-benar membuatkannya kesal dengan sikap sesetengah netizen yang mensia-siakan peluang yang ada di depan mata. Dia kecewa apabila ada pemohon kerja yang sebelum ini beriya-iya meminta untuk bekerja di syarikat tempat dia bekerja tetapi telah memberi pelbagai alasan untuk tidak menghadiri temu duga yang telah ditetapkan kepadanya sebanyak empat kali!
Ada netizen yang terkejut dengan sikap pemohon kerja itu. Memang tidak bersyukur! Orang dah bagi peluang, dia sia-siakan. Jika di syarikat lain, gagal untuk datang temu duga kali pertama, mungkin sudah disenarai hitam terus tetapi syarikat ini sanggup memberi peluang sehingga lebih daripada tiga kali. Seperti melampau pula apabila banyak alasan kan? Ramai juga netizen yakin yang sebenarnya pemohon kerja itu dari awal lagi tidak begitu berminat untuk bekerja di syarikat tersebut. Sebab itulah dia bersikap tidak acuh. Nampaknya pihak syarikat yang terlalu baik dengan memberi banyak peluang kepadanya setelah tertarik dengan resume yang dihantar. Rupanya, resume yang bagus tidak semestinya mengambarkan kredibiliti pemohon itu sendiri. Alasan ke-4 dia kata tiada transport, padahal... Jika kalian rasa tidak serius untuk bekerja, tidak perlulah membuang masa apatah lagi menyusahkan pihak syarikat untuk meneliti resume dan menyusun jadual temu duga untuk kalian. Rancang sebaiknya apa yang kalian inginkan dalam hidup agar masa depan lebih cerah. - CARI |
sarahmirza replied at 18-4-2018 03:02 PM
Company apa tu yang merayu2 panggil orang interview?
Dah takde orang lain ke yang mintak kerja?
prettyuglybabe replied at 18-4-2018 03:56 PM
sebab pilih gaji murah kot..
candidate lain minta gaji tinggi agaknya..
so choicenya pilih candi ...
idakamaruddin replied at 18-4-2018 01:56 PM
alahaiii terasa iolss
iols pn sllu mcmni hahah dh dpt intvw x dtg
ADVERTISEMENT