Siapa sahaja tidak menganggap deodoran itu sebagai satu perkara yang tidak penting? Pasti anda semua merasakan deodoran itu sebagai suatu alat terpenting dalam menjalani kehidupan seharian.
Mana tidaknya, bau tubuh dihasilkan kelenjar peluh yang aktif sering kali menusuk lubang hidung dan menganggu anda. Dengan adanya deodoran, pasti akan membuatkan anda menjalani kehidupan seharian dengan lebih tenang. Tetapi, setakat mana deodoran dibeli dapat dapat bertahan? Sebulan, dua bulan atau lebih lama? Ia pastinya bergantung kepada kekerapan anda menggunakannya. Jadi, jika deodoran cepat habis pasti rasa risau, bukan?
Nah, Erabaru.com ada berkongsi salah satu cara bagi menghasilkan deodoran yang pastinya akan menjimatkan anda. Dengan hanya menggunakan RM10 ia dapat bertahan sehingga enam bulan. Wah! Caranya mudah sahaja! 1) Batu tawas Di mana boleh anda dapatkan batu tawas ini? Anda boleh mencarinya di kedai runcit India, mahupun farmasi atau kedai-kedai Arab. 2) Rendam batu tawas bersama air kira-kira 300ml. Anda boleh tentukan sendiri kepekatannya. Jika anda mempunyai bau tubuh yang kuat, maka perlulah menggunakan deodoran yang lebih pekat. 3) Selepas ianya larut, tapiskan. 4) Siap! Seterusnya anda hanya perlu memasukkan ke dalam botol semburan. Deodoran hasil tangan anda ini boleh digunakan selepas mandi. Dengan hanya bermodalkan RM10, anda dapat menghasilkan deodoran yang pastinya dapat menjimatkan anda. Jadi, tunggu apa lagi? Anda patut mencubanya sekarang! - CARI
|
27
Bagus |
17
Marah |
26
Terkejut |
17
Sedih |
21
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Nonones replied at 18-4-2018 12:42 PM
Tawas ni aku beli kat watson RM 20-35 tak silap aku. dekat 2 tahun tak habis2
Red_mAnc: hahahahaha, hampeh...takut nanti end up badan & ketiak bau mcm mamat bangla...ewwwwwwwwwwwww
rogayahtop replied at 29-4-2018 12:35 PM
lol. sila pastikan mmg takder bau nok. elok2 nak jimat rm10 satu opis bau tengik
peko_lolo replied at 29-4-2018 01:47 PM
Mcm opismate aku sorg ni.warak la orgnye.xpakai deodoran sbb was2 ada alcohol.padahal alcohol seca ...
noraidil_06 replied at 19-4-2018 03:06 AM
Try ms hr x keluar rumah
samasam90 replied at 5-5-2018 04:43 PM
tawas tak berbau kak.. juga tak menghitamkan ketiak (kalau tak salah beli tawas.)
peko_lolo replied at 29-4-2018 01:47 PM
Mcm opismate aku sorg ni.warak la orgnye.xpakai deodoran sbb was2 ada alcohol.padahal alcohol seca ...
noraidil_06 replied at 5-5-2018 08:57 AM
Akak tatau la.s/ada akak slh pakai ot what.sbb kdg2 adudu berbau.esp bila hr panas
samasam90 replied at 5-5-2018 06:02 PM
slh pakai kot. rasanya ada dua jenis tawas.. yg ada label merah dan kuning.. yg kuning kalau sy pa ...
ADVERTISEMENT