Tugas guru di sekolah bukan sahaja setakat mengajar murid-murid menulis, membaca dan menulis tetapi kadang kala lebih daripada itu. Guru juga diibaratkan orang kedua terpenting yang menjaga kebajikan murid-murid apabila berada disekolah. Seorang guru bernama Mohd Fadli Salleh berkongsi status dirinya yang membeli 55 pasang kasut sekolah baru untuk murid-muridnya di Facebook. Menariknya, kedai kasut Bata yang dikunjunginya terpaksa ditutup sementara bagi memudahkan pekerja mencari saiz kasut dan mengurus pembelian cikgu ini. Tidak sempat nak melayan pelanggan lain menyebabkan pekerja kedai kasut ini terpaksa tutup kedai. Penat mereka mencari saiz dan kasut sebanyak 55 pasang itu. Keadaan kasut salah seorang murid yang mendapat kasut sekolah baru. Cikgu tersebut mengukur saiz tapak kasut murid-muridnya agar tidak tersalah beli. Ramai netizen yang terharu dan mengucapkan terima kasih atas usaha murni cikgu ini yang mengurus dana untuk anak-anak yatim, murid-murid miskin dan yang memerlukan di sekolah tempat dia mengajar. Rezeki anak-anak muridnya, kali ini dapat membelikan mereka kasut sekolah baru. Netizen dapat merasakan yang bukan sahaja tauke kedai kasut Bata itu yang seronok malah murid-murid yang akan menerima kasut sekolah baru itu pun lagi seronok. Yang sedihnya, guru ini tidak berpeluang untuk berjumpa dengan tauke kedai kasut Bata yang dikunjunginya. Jika tidak, pasti akan dapat diskaun kerana membeli kasut yang banyak untuk anak-anak yatim, miskin dan susah. Rupanya ramai yang tidak tahu kedai kasut Bata menawarkan diskaun kepada pemenang kad ahli termasuklah seorang netizen ini. Lepas ni sesiapa yang nak beli kasut di kedai kasut Bata boleh la daftarkan keahlian. Harapnya murid-murid lebih bersemangat untuk ke sekolah dan belajar dengan bersungguh-sungguh selepas dapat kasut sekolah baru. - CARI |
14
Bagus |
10
Marah |
14
Terkejut |
11
Sedih |
12
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Skuau replied at 19-4-2018 12:38 PM
yb mana...yb...mana....yb mana...???
ADVERTISEMENT