Bagi ibu yang bakal melahirkan bayi sulung, pasti sedang tertanya-tanya apakah yang perlu dilakukan sebelum melahirkan. Tarikh bayi akan lahir telah diberikan dan semakin hampir. Namun, situasi yang sebenar belum difahami sepenuhnya. Baru-baru, ini seorang doktor prihatin, Muhammad Eizat telah berkongsi mengenai tanda-tanda untuk melahirkan dan prosedur yang dijalankan menerusi akaun Twitter miliknya. Semoga perkongsian ini dapat membantu bakal ibu bersedia pada hari bersejarah kelak. Salah satu tanda lazim ibu telah bersedia untuk bersalin adalah dengan melihat kepada pembukaan pintu rahim. Pangkal Rahim yang terletak di dalam vagina biasanya berada dalam keadaan tertutup dan tidak membuka dalam keadaan biasa. Cuma bagi ibu yang pernah melahirkan anak, kadang-kala ianya terbuka sedikit. Pintu Rahim akan menjadi tipis dan perlahan-lahan membuka apabila sakit kontraksi bermula. Darah bercampur lendir dinamakan 'show' akan keluar dan ini dikenali sebagai tanda nak bersalin. Sebelum ibu boleh meneran bayi keluar, pangkal rahim ini akan membuka perlahan-lahan bermula dari 1 sentimeter (sm) sehinggalah diameternya mencecah 10 sm. Dengan cara memasukkan jari ke dalam vagina, doktor atau jururawat perbidanan terlatih melakukan pemeriksaan untuk mengukur bukaan pintu Rahim. Bagi ibu yang tidak pernah bersalin, jangan takut. Sebaiknya bertenang, tarik nafas dan hembus secara perlahan-lahan. Pemeriksaan akan menjadi sukar dan ibu akan berasa sakit sekiranya ibu-ibu mengeraskan badan dan mengemut dengan kuat. Selain itu pemeriksaan ini dapat menentukan sama ada pintu rahim masih keras atau sudah bertambah lembut. Ujian ini juga dapat melihat kedudukan kepala bayi, selaput air ketuban masih ada atau tidak dan jika terdapat uri atau tali pusat. Ujian ini bukan dilakukan suka-suka, sebaliknya ia penting untuk menilai sejauh mana proses kelahiran itu sudah sampai. Di dalam dewan bersalin, ianya dilakukan setiap empat jam atau lebih awal jika doktor merasakan pemeriksaan perlu diawalkan, bergantung pada keadaan. Semoga info ini bermanfaat kepada anda. - CARI
|
37
Bagus |
12
Marah |
20
Terkejut |
22
Sedih |
20
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
greantea replied at 19-4-2018 05:57 PM
iols dah 8cm punya bukaan. atp sbb baby macro, iols operate jua
kotakbaju replied at 20-4-2018 12:30 AM
Aku pulak paling banyak takat 5sm je. Dengan bacaan jantung baby pon tak cantik. Sudahnya operate ju ...
ADVERTISEMENT