CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

62 Hari Berjalan Di Bumi Eropah – Pemuda Ini Nekad Berhenti Kerja

27-4-2018 03:56 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 5989| Komen: 23|Original author: Oleh: Azza Rai

Mengembara melihat keindahan dunia memang ‘berhantu’ buat kaki jalan. Ramai yang mengambil cuti tahunan untuk menghabiskan liburan sama ada penghujung tahun atau mengikut musim-musim tertentu.

Namun sangat berbeza buat netizen ini, Oren Katique yang mengambil keputusan berhenti kerja demi memenuhi impiannya menakluk benua Eropah dari Tenggara ke Selatan Eropah (Istanbul-Lisboa) selama 62 hari yang dipecahkan kepada 4 fasa iaitu di Balkan, Eropah Barat, Sepanyol dan Eropah Timur. 

Ikuti catitan dan tip dikongsi seperti di bawah.



1)    Masa terbaik beli tiket
4 minggu sebelum penerbangan. Saya lebih berminat dengan Qatar Airways sahaja.  Biasanya saya mencari tiket selama 3 bulan sebelum membeli tiket tersebut.

2)    Beberapa lapangan terbang

Perlu ada beberapa pilihan untuk keluar masuk negara. Dalam kes saya Istanbul, Marrakech, Casablance and Lisbon ialah kayu pengukur airport. Ini kerana tambang mungkin berubah-ubah mengikut destinasi. Jadi perlu fleksibel.

3)    Tunai kecemasan

Sangat penting untuk perjalanan yang panjang. Pengalaman saya sendiri, telefon dan bagasi rosak, jadi perlu beli yang baru, itulah kegunaan kredit kad dan tunai.



4) Personal shopping
Terus terang saya cakap ia banyak membantu dari segi kewangan. Saya membelanjakan RM6-7 ribu ketika berjalan dalam dua bulan ini untuk membeli barangan yang dipesan.

5)    Fleksibel soal makan

Bukan darurat sampai terpaksa makan benda haram. Cuma anda boleh jadi vegetarian atau makan makanan laut di kedai yang tiada logo halal. Tetapi 85% dalam perjalanan saya ada pilihan kedai halal. Jadi, tidak risau sangat.


6)    Rombongan berjalan kaki percuma
Sangat digalakkan menyertai rombongan ini. Biasanya popular di negara Eropah yang akan menceritakan berkenaan sejarah, budaya dan senibina setempat. 

Bagaimana, menarik bukan? Mungkin catatan ini membuatkan anda juga mahu menakluki benua Eropah selepas ini.  - CARI 
10

Bagus
11

Marah
15

Terkejut
10

Sedih
11

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (66 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote grizz 27-4-2018 04:08 PM
xcukup mampu lg nk melancong lelame..
kne simpan duit+cuti dlu..
Quote saviour_09 27-4-2018 04:16 PM
my dream
tp nak round within the country je
maybe pencen esok baru tercapai kot
Quote jazaa100 27-4-2018 04:21 PM
anak orang kaya ke.....

tak heran le nak merantau ke mana punnn...
Quote moonbug 27-4-2018 04:39 PM
Ada duit cuti takde pun susah juga nak travel lama-lama
Quote Artemesiaa 27-4-2018 04:49 PM
Beruntunglah masih muda dah mengembara ke banyak destinasi serata dunia.  Kalau nak tunggu dah tua atau dah pencen nanti belum tentu akan mampu berbuat sebegitu.  Kewangan mungkin tak ada masaalah tapi kesihatan dan kekuatan badan mungkin dah makin kurang masa tu.
Quote armin 27-4-2018 05:50 PM
Tidur hotel ke? Berapa agaknya kos hotel saja
Quote faraway1 27-4-2018 07:44 PM
62 hari aje takkan sampai benti kerja...
lainlah 6 bulan ke apa...
Quote faraway1 27-4-2018 07:45 PM
armin replied at 27-4-2018 04:50 AM
Tidur hotel ke? Berapa agaknya kos hotel saja

me pernah travel europe 2 bulan..
habis hampir  8k dollar untuk 2 orang...
kos semua dari transport hotel etc
Quote asyura_85 27-4-2018 09:49 PM
Alah ni biasa je ni apa adahall.. kwn i sorg pernah buat 5 bulan lakk..pi 11 negara..takde la benda baru pun
Quote sapeka 28-4-2018 03:20 PM
mungkin duit simpanan dia banyak..sebab tu boleh amik keputusan berhenti kerja dan jalan2
Quote Konahhh 28-4-2018 10:05 PM
Boleh je, kalau mampu berhenti kerja. Duit travel ada, cuti pulak takda. Nak berhenti kerja pulak, takut nanti balik travel kena pi busking pulak tepi jalan hahaha
Quote guesswho09 30-4-2018 12:17 AM
Yg mengembara mcm ni
ada ambik insurance ke?
what if kalau sakit atau
accident sewaktu dlm
pemgembaraan?
Quote miss_baby 30-4-2018 10:50 PM
yg ado2 amik insurance la kot..
kalo x ambik, pastu ditimpa musibah, mintak jer derma dgn rakyat melesia
Quote midori888 2-5-2018 11:07 AM

paling lama pnh jln2 europe sebulan....budget tgk negara mana pergi, kalu scandinavian mahal skit...kalu belah balkan sana, murah skit....
Quote Themilo 2-5-2018 11:10 AM
iols travel 5-6 hari pun dah rabak poket..  
Quote smurfetz 2-5-2018 11:22 AM
dia jadi personal shopper, bijak juga disitu.. boleh cover cost
maybe belum ada anak isteri.. tu yg boleh fikir pasal diri sendiri saja

tapi macam best aje jalan tempat2 baru kannn
Quote Levespa 3-5-2018 09:23 AM
best2..mat saleh biasa buat macam ni.. tapi diorang lagi extreme.. sampai bertahun tak balik rumah.. utk tampung belanja kerja merata2 kat negara orang..
Quote bebah 21-7-2018 05:56 PM
best seh...wishlist nak travel europe...bila la duit nak jatuh dr langit neh..
Quote pearl.silver 21-7-2018 08:49 PM
Kwn i, pompuan, benti keje sebab xdpt cuti nk gi yurop. Tp iols xsure la berapa lama dia gi..
Iols dgr dia cerita, terkedu jap

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:08 AM GMT+8 , Processed in 0.045899 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top