Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ramai teramat sukakan menu yang dicampur dengan keju/cheese. Apa sahaja hidangan termasuk lauk pauk, pemanis mulut, minuman dan kuih semuanya mesti diletakkan keju sehinggakan banyak restoran yang mengubah suai menu mereka semata-mata mahukan rasa keju!
Jadi, apa yang menariknya di sana? Sebagai peneraju pizza tanpa doh pertama di Malaysia, restoran ini berbangga dengan Meatza. Jika anda mahukan rasa daging yang penuh, cuba Meatza iaitu daging diperap 24jam kemudian dicanai menggantikan doh kemudian ditabur keju banjir. Memang penuh perut dengan rasa keju yang melimpah. Menu seterusnya yang boleh dicuba ialah Lamb Grill The Hulk Cheese. Dengar namanya sahaja pun dapat bayangkan betapa banyak keju yang dijadikan ‘topping’. Selain itu, ada juga menu pasta dan asam pedas bagi memenuhi kehendak pelanggan yang berbeza-beza. Paling istimewa pastinya minuman yang menjadi daya tarikan utama iaitu Milo cheese durian. Tak pelik ke rasanya? Jawapan yang diperoleh, ia adalah tarikan kepada penggemar durian. Digelar minuman hybrid dengan campuran milo kemudian digandingan bersama keju parmesan dan cheddar, barulah atas sekali diletakkan durian kampong. Harganya boleh tahan, maklumlah macam-macam diletakkan iaitu RM25 segelas.
Anda yang sukakan keju, durian dan makanan barat memang harus mencuba kelainan di restoran ini. Restoran Cheese Banjir Desa Pandan Lot G10, G-Village, Kuala Lumpur Restoran Cheese Banjir UK2790, Jalan Changkat Permata, Kuala Lumpur - CARI |
11
Bagus |
22
Marah |
12
Terkejut |
10
Sedih |
24
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
grizz replied at 25-4-2018 05:14 PM
uuii..cm pelik je rse milo durian cheese..
smue mknn ade cheese ke..
asam pedas pon taruk cheese.. ...
ADVERTISEMENT