Kelahiran bayi dan tugas-tugas diraja sejak kebelakangan ini memberi kesan kepada Putera William.
Memetik Mirror, Duke of Cambridge itu menyertai adiknya, Putera Harry dan bakal isterinya, Meghan Markle dalam satu majlis di Westminster, London. William yang kini bapa kepada tiga anak itu kelihatan keletihan dan tidak dapat menahan kantuknya walaupun nampak ceria sebelum majlis bermula.
Duke of Cambridge itu kembali menjalankan tugasan dirajanya buat kali pertama sejak Duchess of Cambridge, Kate Middleton melahirkan anak ketiga mereka pada pagi Isnin. Beliau kini memiliki tiga orang cahaya mata iaitu Putera George, 4, Puteri Charlotte yang bakal berusia tiga tahun pada bulan hadapan serta putera mereka yang baru berusia tiga hari. Apabila ditanya keadaan Kate dan bayi, Putera William menjawab kedua-duanya dalam keadaan sihat. "Mujur saya masih mendapat tidur mencukupi setakat ini. Bayi pun tidak banyak meragam, jadi ia satu berita baik, bukan?" katanya. Seluruh dunia tidak sabar untuk mengetahui nama putera kepada pasangan diraja Britain itu dan William sempat bergurau memberi bayangan bahawa Jerry dan Alexander mungkin satu nama yang baik buat bayi berkenaan. Selepas bertemu Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Inggeris, Sir Jerry Mateparae di majlis itu, William berkata "Jerry adalah nama yang bagus." Manakala, ketika Pesuruhjaya Tinggi Australia Alexander Downer memberitahu yang dia menyukai nama Kristiannya, William berkata, "Anda patut katakan begitu, ia satu nama yang baik." - CARI
|
22
Bagus |
15
Marah |
11
Terkejut |
11
Sedih |
12
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
DeeHanania replied at 26-4-2018 07:31 PM
Biasa laa ada anak kecil,
Berjaga malam...
Bila dengar baby sleep songs nie rsa nak mngorok lak,
becir: Betul tu..cam nama great2 grandpa dia..boleh panggil Bertie..
ADVERTISEMENT