CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bergaduh Sampai Sanggup Tolak Teman Wanita Dari Tingkat 19

27-4-2018 10:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3287| Komen: 16

Seorang lelaki ditahan polis kerana dipercayai menolak teman wanitanya dari tingkat 19 sebuah kondominium yang terletak di Batu 4 1/2 Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Harian Metro melaporkan, mayat mangsa berusia 20 tahun itu ditemui oleh pengawal keselamatan kondominium sebelum bertindak membuat panggilan kecemasan kepada polis.

Soal sisasat dari saksi menyatakan, berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek, 30 pada pukul 5.45 pagi.

Foto: Harian Metro
Difahamkan mangsa diarahkan keluar dari rumah yang terletak di tingkat 19 itu.

"Sebaik keluar dari rumah itu, mangsa dikatakan naik ke tembok kaki lima hadapan kediaman terbabit dan bergayut di sebelah luar tembok sebelum terjatuh dari tingkat 19 ke tempat letak kenderaan tingkat tiga blok berkenaan."


Menurut sumber lagi,  "pihak polis menahan teman lelaki mangsa untuk siasatan itu. Berdasarkan maklumat diperolehi, suspek dan mangsa tinggal bersama di kediaman berkenaan sejak beberapa bulan lalu.

"Menurut keterangan saksi, pasangan kekasih itu dilihat sering bergaduh, namun tidak diketahui punca pergaduhan mereka.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat." 

Sementara itu Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy menyatakan,

"Suspek yang juga teman lelaki mangsa sudah ditahan pada hari kejadian dan kini direman sehingga 28 April ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh." -CARI
16

Bagus
18

Marah
21

Terkejut
26

Sedih
42

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (135 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote grizz 27-4-2018 10:35 AM
la bkn bf yg tolak..sndiri yg cari penyakit ke..
ke saje gertak bf..
Quote M.Rose 27-4-2018 10:41 AM
Boifren dr neraka
Quote insulin 27-4-2018 10:46 AM
Sayangnya. Muda-muda pun dah begini pengakhirannya.
Quote zafira 27-4-2018 10:50 AM
apa wartawan HM ni? kejap cakap ditolak, kejap cakap naik tempok kaki lima pastu bergayut...
Quote kelip2_07 27-4-2018 11:00 AM
bf suh kau keluar umah..yg kau pegi panjat tembok kenape??ke mmg nk bunuh diri??
Quote gujiwa 27-4-2018 11:11 AM
berita dengan tajuk jauh sgt menyimpang
Quote sarahmirza 27-4-2018 11:15 AM

Kena tolak ke sendiri panjat dan terjatuh?
Muda lagi dah sesat di jalan.
Kesian kau dik....
Quote chanteksekali 27-4-2018 11:27 AM
zafira replied at 27-4-2018 10:50 AM
apa wartawan HM ni? kejap cakap ditolak, kejap cakap naik tempok kaki lima pastu bergayut...

Kannn mcm haram info conflicting haha
Quote danieladam 27-4-2018 12:44 PM
BANgangnya artikel dgn tajuk tak seiring..pegi mampos je la pengarang artikel ni terjun tingkat 19.
Quote prettyuglybabe 27-4-2018 12:47 PM
nak sangat badboy.. tunggu dipintu syurga ye..
Quote moonbug 27-4-2018 01:10 PM
Ini kes bunuh diri. Bkn lelaki itu yg tolak, dia halau je kan
Quote leylapple 27-4-2018 01:53 PM
wartawan nie patut disaman....

tajuk misleading sangat
Quote lasagnaklcc 27-4-2018 02:20 PM
Maybe yg awek nak gertak je, satgi boipren terus tolak.
Quote aqissa 27-4-2018 02:24 PM
Bf x tolak laaa.... gadoh2 chemong je...
Quote belacan_gurl 27-4-2018 05:55 PM
danieladam replied at 27-4-2018 12:44 PM
BANgangnya artikel dgn tajuk tak seiring..pegi mampos je la pengarang artikel ni terjun tingkat 19.

Lawak plak aku baca ...marah betul ko kat pengarang tu hahahaha
Quote Jorja 1-5-2018 05:20 PM
Biasanya pasangan yg masih bersama walaupun selalu gaduh ni jenis sebatang kara.. yang tak ramai kawan plus lagi keluarga pun jenis tak guna tak ada tempat mengadu. Kasihan

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:04 PM GMT+8 , Processed in 0.060183 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top