CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Suami Bangga Dapat Buat Kek 'Buah Dada' Untuk Isteri Tercinta, Siap Ada Susu Tau!

27-4-2018 05:19 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 14646| Komen: 29|Original author: Oleh: Ayu


Siapa tidak sayangkan isteri? Selepas sembilan bulan hamil, kemudian melahirkan dan seterusnya menyusukan bayi, apa salahnya jika meraikan isteri dengan membakar sebiji kek, bukan? 

Baru-baru ini, seorang bapa dengan bangganya telah menghasilkan sebiji kek yang sungguh unik sempena ulang tahun pertama penyusuan ibu oleh isterinya. Menariknya, kek itu dibentuk menyerupai payudara.

Posmen Ross Hunt menghiaskan dua biji kek span yang dihasilkan sendiri olehnya dengan gula aising berwarna merah jambu khas untuk isterinya, Rachel. 

Ia juga dilengkapi 'pam' istimewa di dalamnya supaya kek berbentuk buah dada itu mengeluarkan cecair seperti susu yang diperbuat daripada air dan gula ising. 


Foto: Mirror UK

Tercetusnya idea untuk Ross menyambut hari istimewa itu kerana pada awalnya, Rachel merasakan aktiviti menyusukan bayinya, Isabelle adalah suatu perkara yang sukar. Tetapi, dia kemudian berjaya menghadapinya dengan baik selepas setahun. 


Foto: Mirror UK

"Saya ingin menghasilkan sebiji kek untuk meraikan isteri saya yang berjaya menyusukan bayi kami selama setahun ini dan tertanya-tanya kek apa yang sesuai.  

"Kemudian, saya terfikir tidak ada yang lebih baik melainkan kek berbentuk buah dada!

“Pada awalnya, isteri berasa menyusukan anak merupakan suatu perkara yang sukar, tetapi dia akhirnya berjaya menyusukan sehingga setahun. Kebanyakan wanita berhenti ketika enam bulan pertama, tetapi kami mahu Isebelle berhenti secara semula jadi,” ujar Ross seperti dipetik daripada Mirror UK. 

Selain memiliki bakat menghasilkan kek, Ross juga mempunyai sebuah laman blog yang dikendalikannya ketika dia mengalami kemurungan (postnatal depression) selepas kelahiran Isebelle. 

Aww, bersemut melihat kemesraan dan kasih sayang ditunjukkan Ross kepada isterinya! Boleh dijadikan inspirasi ni! Tapi, janganlah buat bentuk yang terlalu unik seperti dilakukan Ross. - CARI
34

Bagus
33

Marah
27

Terkejut
23

Sedih
45

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (173 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote grizz 27-4-2018 05:24 PM
klu wt kek len pon bleh kot..
harus ke kek tetek gak ko wt..
Quote greantea 27-4-2018 06:06 PM
makcik bawang kata kalo laki buatkan kek mcm ni, laki gatal nak menikah lagi. betul ker?
Quote Nenasketum 27-4-2018 06:15 PM
Budak ni umor 16 tahun gila pompuan ko jangan marah pulak
Quote umbut 27-4-2018 06:19 PM
Nasib baik oversea.. kalo kat msia, terus masuk motif viral selepas ditarbiah acik lobai bawang
Quote estrelle 27-4-2018 07:24 PM
Amboii.birahnyaaa nko dek.cara makan kena nyonyot dulu ka puting jadian tu?
Quote de_ikea 27-4-2018 07:45 PM
Full of effort suaminya. Tahniah
Quote lasagnaklcc 27-4-2018 08:45 PM
I baru tau laki pon blh kena postnatal depression. Ingatkan org puang je.
Quote CiliPadiSedap 27-4-2018 09:52 PM
Sis vokuru kek ke ni?
Quote missDollie 28-4-2018 12:02 AM
Sweet nya laki dia..very thoughtful..
Quote RatuDunia94 28-4-2018 12:53 AM
Masalahnya buruk je kejadian kek tetek tu..
Quote faraway1 28-4-2018 04:13 AM
bagusnya laki dia...
teringat laki my friend yang tiap kali birthday anak dorang,
laki dia yang buat kek, last year dia buat kek pelangi, sampai pagi somi
dia punya tekun buat kek pelbagai warna, best pula tu.
Quote nafham 28-4-2018 07:53 AM
RatuDunia94: Masalahnya buruk je kejadian kek tetek tu..

Dah tetek bini dia buruk cacat mcm tu. Nk buat mcm mna kan.. kang buat cantik2 tajam2 nnt bini sentap persis bini org meleis konon laki gatal nk tetek mantap2 je {:shy
Quote Artemesiaa 28-4-2018 09:48 AM
Tak mengecewakan sangat hasilnya untuk seorang pembuat kek bukan professional.  Hasil tangan encik hubb y sendiri sebab tu wife gembira.
Quote LautBiru52 28-4-2018 07:01 PM
Tahap simbolik ko ni lain maciam
Quote Konahhh 28-4-2018 10:03 PM
Kektek! Tapi anak theyols comel {:love
Quote miss_bear 29-4-2018 01:08 AM
Aku taknak komen bentuk kek tu tapi sebgai ibu yang menyusu anak, aku terharu dengan effort suami dia.
Lagipun maybe kita je yang anggap breast tu simbol seks. Mungkin dia anggap breast sebagai food source untuk anak dia. Everything is subjective depending on the way we look at things,kan
Quote chazey 29-4-2018 01:46 AM
Edited by chazey at 29-4-2018 01:47 AM
miss_bear replied at 29-4-2018 01:08 AM
Aku taknak komen bentuk kek tu tapi sebgai ibu yang menyusu anak, aku terharu dengan effort suami di ...


Akak setuju.

Laki korang pernah ke bersusah payah kat dapo buat kek untuk korang sebagai tanda penghargaan karna menjadi ibu yang baik breastfeed anak korang (apa korang ingat bf ni senang?). Laki akak tak pernah sekalipun buat gini so yeah, akak jeles. Sah2 personal effort dari suami sebegini sangat bermakna bagi seorang isteri.
Quote weezerfan 29-4-2018 12:02 PM
Sominya yg teringin kek tu sbenarnya
Quote makneng 29-4-2018 04:12 PM
sape kata kat melesia tak de. teringat dulu enot pernah buat cake tetek, tp ada coli la {:smile

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:35 PM GMT+8 , Processed in 0.060681 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top