CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Buku Pendidikan Seks Ini 'Cerita' Bagaimana Buat Anak Kepada Kanak-kanak!

30-4-2018 05:14 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 9885| Komen: 20|Original author: Oleh: Ayu

Kanak-kanak zaman sekarang bukan lagi seperti dahulu. Kini, mereka lebih mudah terdedah kepada bahan tontonan dan bacaan yang tidak ditapis di pasaran. 


Seks pula merupakan perkara  ‘taboo’ yang bukan sahaja agak menjengkelkan kepada masyarakat Asia, malah topik ini sebaik mungkin cuba dielakkan oleh sesetengah warga barat. 


Foto: Mirror UK

Namun, suatu hari kelak kanak-kanak pasti akan mulai mempunyai perasaan ingin tahu mengenai proses semula jadi ini. Daripada memomokkan mereka dengan kisah-kisah dongeng dan analogi yang bercanggah, lebih baik kanak-kanak diberikan penjelasan yang ringkas tetapi tepat dan benar. 


Oleh kerana desakan anak sulungnya mengenai persoalan bagaiamana bayi terhasil, seorang penulis Fiona Kataukas telah menggambarkan proses ‘pembuatan’ bayi itu dalam bentuk grafik dan penerangan terperinci yang telah menyebabkan perdebatan antara ibu bapa. 


Foto: Mirror UK

Buku bergambar itu menunjukkan hubungan seks sebagai "jigsaw puzzle" di mana kedua-dua pihak akan merasai "rasa bersemangat, teruja dan saling menyayangi". 

Bab awalnya bertajuk 'Seks dan membuat bayi' serta butiran terperinci bersama imej grafik kemaluan lelaki di dalam vagina wanita - lengkap dengan sperma yang bersedia untuk berenang.

"Serius, buku ini tidak sesuai untuk berada di bahagian kanak-kanak," ujar seorang ibu.

"Ya Tuhan, ini adalah sampah! Biarkan kanak-kanak menjadi kanak-kanak. Mereka tidak perlu tahu maklumat yang begitu terperinci," kata yang lain.

"Apa dah jadi dengan dunia hari ini," keluh ibu bapa lain pula.


Foto: Mirror UK

Namun, ada juga yang bersetuju dengan pendedahan dilakukan Fiona itu. 

“Saya tidak tahu apakah had umur untuk buku ini. Tetapi, saya dengan senang hati akan membiarkan anak saya berusia 11 tahun membaca ini. Saya lebih suka memerhatikan depan mata daripada dia melayani telefon dan menonton video ini di komputer seorang diri,” ujar seorang netizen di laman Mirror UK. 

Menurut pembaca, pada usia berapakah sesuai bagi anak-anak untuk didedahkan berhubung pendidikan seks? - CARI
28

Bagus
30

Marah
19

Terkejut
17

Sedih
19

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (135 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • RaginiEHarris

  • PamilaRBowman

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Catpaw 30-4-2018 06:30 PM

Quote LautBiru52 30-4-2018 07:06 PM
Ready set go!
Quote felinecat 30-4-2018 07:59 PM
Hahaha.penin
Quote sharlenetexas 30-4-2018 08:06 PM
nnt bebudak tu tanya kenapa woman on top?
Quote amyza 30-4-2018 09:46 PM
Umur berapa yg sesuai nak explain dekat anak2 yek??
Quote faraway1 30-4-2018 09:48 PM
lebih baik kasi baca sambil diterangkan bebaik
dari dia pergi google atau tengok video sesorang.
Quote swimswim 30-4-2018 10:09 PM
Pedo alert.sexual conditioning opportunities nih
Quote AkuMark 30-4-2018 10:12 PM
Mak aiihhhh....terkejut meols smpai mcm tu skali bukunya
Quote sapeka 1-5-2018 07:01 AM
ini consider buku lucah la
bongok la p letak kat bahagian kanak2
Quote paz 1-5-2018 11:35 AM
Macam tu sekali yer.
Quote damian_lee 1-5-2018 12:35 PM
Acik2 mulayu suka buat lawak
"Suruh la mak buat adik .. minta lagi adik kat mak ayah"

Nanti adik2 tu yg buat adik lepas membaca kamasutra edisi education compliance

It's good to ajar anak "sex education"
Namun buku itu terlalu kamasutra
Hahahaha
Quote barfi 1-5-2018 02:22 PM
Entah la zaman sekarang taktau nak buat apa.. kat umah tak bagi dia fon/gajet yg boleh access pada google pun tapi kat sekolah dengan kawan2 kita tak sure apa yg diorang sembangkan. Apa yg kawan2 tunjuk. Kita tak mampu nak 24hours bersama anak2..
Quote Victorioussss 1-5-2018 04:26 PM
Must buy!                 
Quote chicozinn 1-5-2018 06:57 PM
mak aih..gle tol ni lucah la ngok tol pnulis buku ni..
Quote buapakperut 1-5-2018 07:13 PM
gambar yg kedua tu... oh gitu. oooOo
Quote fushimi 2-5-2018 09:19 AM
amyza replied at 30-4-2018 09:46 PM
Umur berapa yg sesuai nak explain dekat anak2 yek??

bila anak ko ada ada peling nak membirah

masa tu sangat sesuai
Quote ericteh9988 2-5-2018 09:42 AM
Boleh bagi kanak2 baca tapi kena ada bimbingan yg betul. Bukat biarja mereka tafsif sendiri.

Kalau nak beli alat2 tulis atau pelengkapan pejabat.
Yang murah sini  http://www.officeboy2u.com.my/
Yang lengkap sini http://www.officeboy2u.my/

TQ!
Quote bulan_gerhana 2-5-2018 10:15 AM
hadoi.. detail gile.. sape author nye..

Quote amyza 4-5-2018 01:45 PM
fushimi replied at 2-5-2018 09:19 AM
bila anak ko ada ada peling nak membirah

masa tu sangat sesuai

Kisah benar ni. Anak jiran boy 10thn cium anak buah i,girl 7thn. Cium kat tangga,blkg kereta. Girl ni follow je sebab diorg balik school sama2. Terbongkar bile parents kena panggil pergi school. Rupanye cikgu2 siasat dari february. Siap follow sama2 balik rumah dari belakang lagi. Soal siasat ala2 sembang2 je. Girl tu citer semua. Yang boy tu lak masa kena panggil parents terus nangis non stop.

Tu yang i risau, dah explain tak boleh bagi boy pegang secret part/kissing etc. Tetap jugak risau.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:28 PM GMT+8 , Processed in 0.050469 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top