CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Angkat Pukat Tapi Terjumpa Myvi Dalam Air

3-5-2018 10:04 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4906| Komen: 18

Seorang lelaki terkejut apabila niatnya mahu mengangkat pukat membawa kepada penemuan sebuah kereta Perodua Myvi yang tenggelam di dalam tali air di Kampung Paya Pasir, Wakaf Bharu, Tumpat.


Lebih mengejutkan, penjala ikan itu turut menemui mayat seorang lelaki di dalamnya dipercayai maut akibat terperangkap di dalam kereta berkenaan.


Foto: Sinar Online

Memetik Sinar Online, Mohd Faizal Shah Mohamed, 38, berkata, kira-kira jam 8 pagi semalam, dia turun untuk mengangkat pukat yang diletakkan, petang kelmarin.

“Petang semalam (Selasa) lagi ada kawan saya dah terlanggar dan tersentuh bumbung kereta ini ketika mahu tahan pukat.


“Mulanya dia sangka zink buruk yang terapung, bila dirabanya dalam air dia tersentuh sesuatu seperti cermin pintu kereta.



“Pagi ini dia bagi tahu saya, jadi sambil mahu angkat pukat, saya hampiri objek itu selepas bersihkan rumput hanyut yang menutupi kawasan kereta yang tenggelam itu,” katanya.

Mohd Faizal yang tidak sangka ada mangsa di dalamnya, kemudian melaporkan penemuan itu kepada polis.


Foto: MYNEWSHUB

“Sejak semalam (Selasa) lagi ahli keluarga mencarinya selepas kali terakhir melihatnya pada malam 30 April.

“Terkejut juga bila ada penduduk kampung jumpa kereta mangsa yang tenggelam di dalam tali air ini. Bila kecoh terjumpa kereta mangsa, saya datang sini dan memang benar itu kereta dia,” kata rakan mangsa, Tea Cheng Eng, 38.

Katanya, mangsa, Loo Thong Hong, 50-an, yang berasal dari sini tinggal di Kota Bharu, tetapi selalu ke kampung ini kerana rakan-rakannya ramai di sini.


Foto: NSTP

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat. - CARI
6

Bagus
9

Marah
14

Terkejut
5

Sedih
5

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (42 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matamata 3-5-2018 10:08 AM
heart attack, sawan?
Quote jlo 3-5-2018 10:09 AM
aduh kesiannye
Quote siputsedut 3-5-2018 10:09 AM
huhu kembung dah mayat...time2 gini teringat kisah dua sahabat yang nk g bercuti tp hilang..ujung2 jumpa kerata terjunam dlm paya rupanya
Quote rospinki 3-5-2018 10:10 AM
myvi hebat

bawak lagi laju2
Quote lasagnaklcc 3-5-2018 10:11 AM
Nasib jumpa walau dah terlambat.
Quote Changa 3-5-2018 10:12 AM
Rempit ke dek?
Quote grizz 3-5-2018 10:19 AM
siannye..sib bek jmpe..
Quote RatuDunia94 3-5-2018 10:27 AM
Ikan ape je ada kat parit mcm tu..
Quote moonbug 3-5-2018 10:31 AM
Kesiannya. Mujur ada yg jumpa.
Quote prettyuglybabe 3-5-2018 10:34 AM
kalau la kawan dia alert pihak terlibat awal-awal..
Quote moonbug 3-5-2018 10:35 AM
siputsedut: huhu kembung dah mayat...time2 gini teringat kisah dua sahabat yang nk g bercuti tp hilang..ujung2 jumpa kerata terjunam dlm paya rupanya


2 ke 4 sahabat? Yg kes 2016 hilang seminggu jumpa kereta Honda Accord terbalik dalam anak sungai tu 4 sekawan dari Johor. Nak ke Terengganu cuti-cuti Malaysia. Kereta masuk sungai kat Mersing.
Quote tagas 3-5-2018 10:36 AM
teringat citer drisyam
Quote raxief 3-5-2018 11:36 AM
moonbug replied at 3-5-2018 10:35 AM
2 ke 4 sahabat? Yg kes 2016 hilang seminggu jumpa kereta Honda Accord terbalik dalam anak sungai ...

4 orang.. budak2 seri alam, pasir gudang.. aku kenal sorang
Quote Artemesiaa 3-5-2018 11:42 AM
Mabuk ke mengantuk nasib ler ada yang jumpa
Quote haryatie 3-5-2018 12:05 PM
siannyaa..
Quote chicozinn 3-5-2018 12:20 PM
aduh, ksiannye..bese mayat da kembung da stat mereput da..
Quote batmana 3-5-2018 12:30 PM
patut pembuat kete, watla cm hitler,
hitler wat volkwagen beetle tu leh terapung , psl tutup bwhnye, air xleh msuk sgt

skrg semua kete bogel bwhnye psl nk jimat punye psl
bukan air je msuk, ular sawa, kucing,  lipas, lipan, mcm2 haiwan leh msuk


https://www.youtube.com/watch?v=1qB0lb401ZU
[youtube]1qB0lb401ZU[/youtube]

psl jln malaysia ni byk  sumber air, tk parit, kolam, tak kolam, sungai, tk sungai laut.
ni banjir terus tenggelam..

apa punye kete la
Quote ell768 3-5-2018 12:36 PM
terbabas takde org sedar pon??kesiannya..

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.056326 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top