Tidak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadan. Kebiasaannya sebelum masuk bulan Ramadan, ramai yang akan mengadakan jamuan ataupun potluck di pejabat ataupun di rumah. Pelbagai jenis hidangan yang ada dan semestinya ramai yang tidak akan menolak rezeki di depan mata. Bagaimanapun, atas faktor menjaga kesihatan, ramai juga dalam kalangan netizen yang mempunyai kesedaran dalam menjaga pemakanan. Memang seksa untuk menahan keinginan apabila melihat pelbagai juadah yang lazat di depan mata. Hanya mereka yang berjiwa kental sahaja yang mampu menolaknya dan mengambil kira kandungan kalori yang ada dalam setiap makanan yang dimakan. Seorang pengguna facebook bernama Sha Rini berkongsi nilai kalori dalam beberapa jenis makanan yang biasa disediakan ketika jamuan. Ia boleh dijadikan panduan buat netizen yang ingin menjaga kesihatan dan dalam misi untuk diet.
Ramai netizen yang komen di pejabat mereka akan mengadakan jamuan dan potluck sempena menyambut Ramadan. Nampaknya, netizen yang nak diet itu kena hafal siap-siap jumlah kalori dalam makanan supaya tidak terlebih pengambilan. Netizen terkejut melihat makanan kegemaran mereka yang tinggi kalori. Sebab itulah berat badan asyik naik dan tidak pernah turun. Ternyata, ramai yang tidak tahan melihat keenakan makanan-makanan tersebut. Walaupun rojak buah terdiri daripada buah-buahan, rupa-rupanya ia lagi tinggi kalori disebabkan kuah rojak. Mana nak sedap makan rojak buah tanpa kuah kan? Nak amalkan pemakanan yang sihat, memang kena cekal dan kuat semangat. Macam mana? Kalian dalam kategori menjaga pemakanan atau tidak? Rasanya ramai yang sudah tahu bahawa banyak penyakit yang berpunca daripada makanan. Jadi, berpada-padalah mengambil makanan dan jangan terlalu tamak apabila melihat makanan di depan mata. Memanglah rezeki jangan ditolak tetapi jangan pula cari penyakit. - CARI |
8
Bagus |
8
Marah |
23
Terkejut |
25
Sedih |
19
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
chazey replied at 4-5-2018 04:58 PM
But still akak loves Malaysian foods. Kesah la kalori tinggi ke idok. Pi la ko makan kuih muih tawar ...
siputsedut replied at 5-5-2018 03:00 PM
Naper ofis gomen kerap buat jamuan eh? Org naik pangkat pon jamuan..org berhenti pon jamuan.. Birthd ...
ADVERTISEMENT