Luar biasa, menakjubkan dan umpama magik! Satu laluan yang terkenal di kalangan pendaki di Brazil telah bertukar menjadi syurga untuk para penyelam kerana ditelenggami air selepas hujan. Kebiasaannya para pencinta alam akan ke hutan simpan Rio da la Prata untuk bersiar-siar namun kini ia boleh diakses oleh para penyelam dan juga perenang. Jambatan bawah air turut menimbulkan suasana unik dan berbeza jika dilihat dengan mata kasar atau dirakam dengan kamera kalis air. Air bah yang melanda juga jernih umpama kristal! Kebiasaannya air akan naik setinggi 10 kaki selepas hujan lebat. Malah laluan ini telah ditelenggami air sebanyak dua kali pada bulan Febuari dan kebiasaannya air akan surut selepas dua hari. Jadi jika anda berpeluang melawat Brazil dan ingin melihat dan merasai sendiri pengalaman luar biasa ini, datanglah ke Rio da la Prata terutamanya ketika musim hujan lebat. Jangan lupa cek ramalan kaji cuaca terlebih dahulu okay! -CARI |
14
Bagus |
14
Marah |
2
Terkejut |
5
Sedih |
7
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
jpbstarlife replied at 8-5-2018 03:13 PM
cantikkkk.. tapi takut pulak iols bl pikir binatang2 dlm hutan tu..
ADVERTISEMENT