Memang panas musim Pilihan Raya Umum (PRU) ini kan? Selebriti pun turut terkena tempias PRU ini sama ada menjadi penyokong atau sekadar memerhati. Tidak terkecuali, penyanyi yang popular dengan lagu 'Tergantung Sepi', Haqiem Rusli. Kali ini bukanlah kerana lagunya yang hits berjuta view, tetapi kerana dia memuat naik poster Konsert di Slim River, Perak anjuran parti politik, Barisan Nasional. Haqiem bersama artis lain seperti Mawi, Nabila Razali dan Abam membuat persembahan Konsert Gegar pada malam 7 Mei, yakni hanya dua hari sebelum tarikh keramat rakyat Malaysia. Sedia maklum kancah politik yang mempunyai penyokong sendiri membuatkan Haqiem memahami perbezaan fahaman. Oleh sebab itu, dia terlebih dahulu meletakkan hashtag #SayaDatangMenghiburSaja. Namun ada sahaja yang mengkritik Haqiem kerana terlibat dalam permainan politik hingga ada yang mengatakan Haqiem akan menjadi bakal Exco Umno nanti.
Malahan, ada yang menyatakan Haqiem belum cukup umur untuk mengundi (tahun ini, umurnya 20 tahun). Jadi, netizen janganlah terlalu menyibuk. Namun begitu, kecaman yang diterima Haqiem tidak seteruk artis lain yang terang-terangan menunjukkan semangat kepartian. Lagi pula hashtag tersebut jelas menunjukkan yang Haqiem sekadar menghiburkan sekaligus mencari rezeki bukannya mengundang amarah peminat. - CARI |
EvieWanKenobi replied at 8-5-2018 01:02 PM
haah.. menyibuk je netizen..
tapi nape dak ni selalu pakai spek ye??
EvieWanKenobi replied at 8-5-2018 01:02 PM
haah.. menyibuk je netizen..
tapi nape dak ni selalu pakai spek ye??
danieladam replied at 8-5-2018 05:45 PM
Iols terperasan penyokong sebelah H je dok membahan retis kalo sokong sebelah B. Yg sebelah B jarang ...
ADVERTISEMENT