CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ditetak Abang Ipar Kerana Curi Air

15-5-2018 10:06 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2443| Komen: 17

Seorang lelaki ditahan selepas menetak adik iparnya di kediaman mangsa di sebuah kampung di kota Belud, pada Sabtu.

BH Online melaporkan, kejadian dipercayai berlaku selepas suspek menuduh keluarga mangsa mencuri air tangki rumahnya.




Menurut sumber, mangsa bagaimanapun menafikan dakwaan itu kerana mempunyai tangki air sendiri.

Dalam kejadian jam 5.20 petang itu, mangsa, 48, sedang menyapu di bawah rumahnya apabila suspek yang juga abang iparnya marah-marah sebelum mengejarnya menggunakan parang.

"Mangsa cuba melawan dengan kayu tetapi tangan dan pinggangnya cedera akibat terkena tetakan parang oleh suspek.

"Salah seorang penduduk yang melihat kejadian terus membawa mangsa dan isterinya masuk ke dalam kereta menuju ke balai polis dan Hospital Kota Belud," katanya.

Kejadian itu menyebabkan petani berkenaan menerima 10 jahitan di jari kiri dan lapan jahitan di pinggang sebelah kanan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Senior Asisten Komisioner Jauteh Dikun memaklumkan pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian.

"Suspek berusia 58 tahun direman bermula semalam (Ahad) dan siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mencederakan menggunakan senjata," katanya. - CARI
7

Bagus
14

Marah
11

Terkejut
18

Sedih
12

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (76 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tanakkampung1x 15-5-2018 10:12 AM
Kenapa aku teka mesti di Sabah?

Siapa YB Kota Belud yang tak dapat sediakan kemudahan paip ni? Ohhhh Datuk Salleh Keruak yang dah kalah tu?

Warga KB harap bersabar dah dapat YB baru dari PH. Moga2 dapatlah paip air

Quote DARSITA 15-5-2018 10:14 AM
tanakkampung1x replied at 14-5-2018 06:12 PM
Kenapa aku teka mesti di Sabah?

Siapa YB Kota Belud yang tak dapat sediakan kemudahan paip ni? Oh ...



Najib sibuk air di Selangor di SAbah dia buat buat tak nampak. Kan dah berparang! Naya sungguh.


Quote prettyuglybabe 15-5-2018 10:28 AM
krisis air di selangor lebih kritikal katanya..
Quote leylapple 15-5-2018 10:42 AM
tanakkampung1x replied at 15-5-2018 10:12 AM
Kenapa aku teka mesti di Sabah?

Siapa YB Kota Belud yang tak dapat sediakan kemudahan paip ni? Oh ...

shafie afdal dulu menteri di KKLW.. yang buat kontrak bekalan air luar bandar dan bekalan letrik luar bandar
Quote Skuau 15-5-2018 10:45 AM
leylapple replied at 15-5-2018 10:42 AM
shafie afdal dulu menteri di KKLW.. yang buat kontrak bekalan air luar bandar dan bekalan letrik l ...

....dan dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah.......pening kapla den.....
Quote grizz 15-5-2018 10:53 AM
susah sgt ke nk dpt air kt sane smpai org amik air cm ilang batu permate plak..
Quote leylapple 15-5-2018 11:23 AM
grizz replied at 15-5-2018 10:53 AM
susah sgt ke nk dpt air kt sane smpai org amik air cm ilang batu permate plak..

cuba kalau bekalan air rumah u terputus 2 3 hari.. rasa2 dapat survive tak?

nak mandi, nak masak, nak berak kencing mcm mana?
Quote ffbeauties 15-5-2018 11:31 AM
2017 kan Kes rasuah besar besaran jabatan air sabah. Itu ke punca rakyat sabah x dapat bekalan air sempurna..
Quote mieymiey 15-5-2018 11:36 AM
Sampai bertetak
Quote sarahmirza 15-5-2018 11:37 AM
Kesiannya orang sabah.
Masa i kecik2 dulu, balik kampung mandi kat kolam.
My nenek tadah air hujanh dalam tempayan buat masak & minum.
Syok la mandi kolam... yang tak syok bila kena gilir2 tolong ambil air dari kolam bawa ke dapur untuk cuci pinggan mangkuk..

Mujur walau takde kemudahan air paip dulu tak sampai nak berbunuhan sebab curi air tangki orang..
Dah masing2 ada kolam, apa susahnya?

Ni kisah dulu la... awal tahun 80an dulu.
Pertengahan 80an dah ada air paip dah..
Quote umbut 15-5-2018 12:50 PM
Baca tajuk je aku dah agak tak sabah, sarawak
Quote umbut 15-5-2018 12:52 PM
sarahmirza replied at 15-5-2018 11:37 AM
Kesiannya orang sabah.
Masa i kecik2 dulu, balik kampung mandi kat kolam.
My nenek tadah air hujan ...

Awal 80an dulu, msia belum maju sangat... zaman tu aku angkat air perigi kay nak basuh baju, pinggan, mandi...
Quote Skuau 15-5-2018 01:00 PM
umbut replied at 15-5-2018 12:50 PM
Baca tajuk je aku dah agak tak sabah, sarawak

dan...mengapa berlaku di sabah atau sarawak???
Quote MissVixen 15-5-2018 01:04 PM
Takde eletrik ok lagi, tapi kalau takde air ni rasa nak menangis. Semua aktiviti tergendala. Aku paham juga la kenapa dia sampai nak tetak. Harap2 sabah sarawak akan jadi lebih maju dalam keperluan asas ni.
Quote sarahmirza 15-5-2018 01:08 PM
umbut replied at 15-5-2018 12:52 PM
Awal 80an dulu, msia belum maju sangat... zaman tu aku angkat air perigi kay nak basuh baju, pingg ...

Itulah....
pengalaman kita masa kecik2 awal 80an dulu...

Quote sharlenetexas 15-5-2018 02:07 PM
Bila ada kemudahan air, ada juga yg curi air sbb tak nak bayar bil. Tak kira kampung atau bandar. Perasan sbb rumah diorang takde meter air. Air buat makan minum mandi sekeluarga jadi darah daging bertahun2. Bagi mereka takpe, tak haram. Makan babi tu   baru haram. Asb tak boleh sebab melabur kat kaunter tak patuh syariah
Quote kakaro940 15-5-2018 02:07 PM
di sabah paling teruk bab air ni..apa cerita psl jabatan air yg ada kes hr tu ya?? senyap ja..

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:29 AM GMT+8 , Processed in 0.041240 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top