Tidak sangka ada juga netizen yang masih meragui hubungan Izzue Islam dan Awin Nurin yang sudah lima tahun berkahwin.
Ada yang menyangka Awin menjumpai bomoh untuk memikat suaminya selama ini dan disebabkan itu mereka masih tidak mempunyai anak. Tuduhan liar itu didedahkan Awin di IG Story dan membidas netizen yang dikenali sebagai Risha itu dengan menasihatinya supaya mempunyai hati bersih serta tidak bersangka buruk pada orang lain.
Kehidupannya juga disangkal kerana dia bukanlah wanita yang kaya dan cantik. Kenyataan itu seakan membawa makna dia tidak sesuai berpasangan dengan Izzue Islam dan pelik mengapa Izzue masih mahu hidup bersamanya. Walaupun Awin terkilan, dia tetap memaafkan individu tersebut yang menuduhnya bukan-bukan. Ada sahaja yang berhati busuk ingin memusnahkan rumahtangga orang lain. Moga Awin terus tabah dan tidak putus asa untuk mendapatkan cahaya mata. Teruskan berdoa. - CARI
|
bungamelurindah replied at 15-5-2018 05:35 PM
awin nie kerja kat syabas tak silap aku, gaji byk la juga
shernazz replied at 15-5-2018 05:53 PM
Walaupon awin tu xcun
Tp x elok la tuduh gitu
Ada.la.kelebihan.pada awin tu yang izzue isele suko. ...
ADVERTISEMENT