Bulan Ramadan adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di dunia kerana berlumba-lumba untuk mengejar ganjaran dan membuat kebaikan.
Namun pasti ada pelbagai cerita di bulan puasa ini selain menahan nafsu. Begitulah juga dengan Syukri Yahaya yang mengakui pernah ‘kantoi’ kerana meninggalkan puasa untuk beberapa hari. Apa pun dia mempunyai alasan tersendiri untuk tidak berpuasa ketika itu. Keadaan letih sewaktu menjalani penggambaran memaksa dirinya untuk berbuka puasa lebih awal kerana terlalu kepenatan. "Jujurnya pernah beberapa kali saya tinggal puasa walaupun sudah besar! Tetapi bukannya sengaja sebab dah tak tahan kerana perlu menjalani penggambaran dan memang penat sangat. "Tetapi bukan sengaja dan puasa yang saya tinggal itu pun sudah diganti semula," katanya. Walaupun begitu, dia tetap menerima tawaran berlakon ketika di bulan puasa dan tidak pernah serik. Itu adalah cabaran untuk dirinya dan sentiasa berusaha memperbaiki diri sendiri serta mendapatkan keberkatan pada bulan Ramadhan yang mulia ini. "Saya pun tidak pernah serik berlakon ketika berpuasa kerana bila saya fikirkan itulah cabaran untuk saya dan Insya-Allah pahala pun bertambah," katanya. Pihak produksi juga memahami keadaan dirinya dan waktu mereka juga fleksibel. "Kebiasaannya babak-babak yang perlu dibuat pun bukannya berat atau memerlukan kami berlakon di bawah panas matahari," ujarnya. Dia juga berkongsi tentang perkembangan dirinya yang akan membuat kemunculan pada Aidilfitri nanti untuk telefilem Selirat. Bayangkanlah orang yang kerja dibawah panas terik setiap hari. Mesti lagi besar cabarannya untuk berpuasa. - CARI
|
myakayina replied at 18-5-2018 12:04 PM
agak sendu heols lately kan..
beeeee replied at 18-5-2018 02:48 PM
drama episod heolls akan release bulan puasa ni so stay tuned gitu
myakayina replied at 18-5-2018 03:08 PM
drama apo pulak..bukan telemovie utk raya ke mcm dia bagi statement tu..
myakayina replied at 18-5-2018 12:04 PM
agak sendu heols lately kan..
ADVERTISEMENT