Sharifah Amani merupakan salah seorang pelakon yang lantang bersuara menzahirkan pendapat tentang industri seni tanah air. Malah baru-baru ini, rakan artis ada menyebut namanya bakal dicalonkan ke jawatan tertinggi Finas. Dia menafikan perkara tersebut dan mengatakan itu hanyalah gurauan sahaja bersama rakan artisnya. Dirinya tidak layak untuk menduduki sebarang jawatan dan baginya orang yang layak adalah mereka yang benar-benar mengambil berat tentang perkembangan industri.
"Saya sedar diri dan ruang. Tidak layak untuk memegang sebarang jawatan tertinggi di Finas. "Berikan jawatan tersebut kepada orang yang betul-betul tahu mengenai perkembangan industri seni. "Saya hanya ada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan rakan-rakan yang 'memetik' nama saya itu hanya bergurau saja," kata Amani kepada mStar Online. Jawatan tertinggi Finas itu telah kosong selepas Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib yang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim River meletakkan jawatan selepas Pakatan Harapan memerintah negara. Memang betul cakap Amani. Semoga penyandang seterusnya adalah orang berpengalaman tentang selok-belok industri seni. - CARI
|
4
Bagus |
16
Marah |
4
Terkejut |
13
Sedih |
8
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
RatuDunia94 replied at 18-5-2018 03:14 PM
Duk pung pang pung pang dlm twitter kritik industri. Bila dh dibagi peluang tolak pulak..
sokmogitu replied at 18-5-2018 08:33 PM
yg mengomen dlm ni pun level mcm takat SPM je...baca artikel pun tak agaknya. X faham konteks. Minah ...
ADVERTISEMENT