Sejak tamat PRU ke 14 ni, gerak-geri Tun Mahathir menjadi perhatian rakyat Malaysia, termasuklah segala rutin harian dan pemakaian beliau. Baru-baru ini viral sebuah gambar beliau memakai sandal jenama Bata di sebuah majlis makan malam. Nah tengok. Gambar tersebut menjadi topik hangat para netizen, dan ramai bertanya tentang model selipar keluaran Bata itu. Difahamkan, selipar itu ialah keluaran 4 tahun lepas, dan harganya ialah hanya RM11.99 sahaja. Apa? Ya lihatlah betapa sederhananya PM baru kita ini.
Berikutan perkara itu, ramai yang meminta pihak Bata mengeluarkan lagi model itu dan ada yang mencadangkan model itu patut dikeluarkan dengan tandatangan Tun M di atasnya. Netizen juga turut kagum dengan sikap Tun M yang agak sempoi dan santai serta rendah diri. Nah baca. Terbaiklah Tun M, inilah ciri-ciri yang ingin kita lihat pada seorang pemimpin! Betul tak? -CARI |
Artemesiaa: Famous ler balik jenama Bata ni nanti. designnya pun dah makin OK berbanding dulu.
pinkpunk replied at 18-5-2018 05:22 PM
meolls kasut opis bata je.. xdelah mur pun.. 99 gak
ADVERTISEMENT