CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kewangan Negara 'Dicabul', Nilai Hutang Kini Cecah RM 1 Trilion

21-5-2018 11:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13033| Komen: 160

Langkah-langkah pemulihan dan penyelesaian yang menyeluruh diperlukan kerana nilai hutang negara kini sudah mencecah RM 1 trilion.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kewangan negara sudah dicabul dengan begitu besar sekali dan tidak pernah berlaku sebelum ini.

Harian Metro melaporkan, hutang negara tidak pernah melebihi RM300 bilion semasa zaman pemerintah Tun Mahathir dulu.

Foto: Astro Awani
"Bagaimana kita hendak menyelesaikan hutang ini adalah bergantung kepada usaha dan daya fikir kita untuk menghadapi cabaran ini.

"Justeru, kita perlu ada kerjasama antara pihak yang menjadi kerajaan menerusi wakil rakyat yang dipilih dan anggota pentadbiran kerajaan bagi menyelesaikan masalah itu."


Tambahnya lagi, perpisahan kuasa antara badan perundangan, eksekutif dan kehakiman penting bagi mengelakkan penyelewengan dalam pentadbiran negara.

Tun Mahathir juga berkata, jika Malaysia berpegang pada prinsip berasaskan sistem pentadbiran demokrasi, negara ini boleh melawan seluruh dunia. -CARI
17

Bagus
9

Marah
8

Terkejut
17

Sedih
12

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (78 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rashiman 21-5-2018 11:11 AM
Boleh sampai RM1trillion jika semua janji Pakatan Harapan dipenuhi...

Hapus tol, hapus PTPTN, Mansuh GST dll..

lepas tu..boleh salahkan kerajaan terdahulu...

Quote badaksumbu 21-5-2018 11:18 AM
mmg la hutang zaman tun tak pernah cecah 300 bilion, kdnk zaman tun berapa tun. tp walaupun hutang zaman tun tak pernah cecah 300 bilion, jumlah hutang zaman tun pernah lebih 100% dpd kdnk zaman tun nak dibandingkan zaman najib tak pernah pun over limit 55% yg dibenarkan perlembagaan. tun, tun.
Quote badaksumbu 21-5-2018 11:19 AM
tak sangka tun blh keluar statement mcm ni. ke ada yg tak tulis sampai habis ayat tun tu?
Quote iloveselangor 21-5-2018 11:21 AM
Masih nak salahkan kerajaan terdahulu???

Entah2 bankrap ditangan Tun M
Quote isteri_ayil 21-5-2018 11:52 AM
apsal laa tun susah payah nak cuci taik najib ni... bagi je najib menang supaya semua rakyat malaysia makan pasir, mkn dedak, makan pondok tol, minum petrol dan sewaktu dengannya...

patutnya tun dok rehat2 ka... pi holiday kaa... pi migrate kaaa.. sbb rakyat negara luar mmg nak sgt tun jd presiden depa... depa ja yg tahu appreciate tun..  Watpa nak ambik tau hal Malaysia ni... biaq jaa.. Malaysia ni kena bom...jadi mcm Syria.. lagi baguih...
Quote adila39 21-5-2018 12:07 PM
i still have doubt...xkanla semua gomen baru nak bagi free...so gomen tanggung semua ke??? mcm xlogik
Quote adila39 21-5-2018 12:08 PM
betul ke  ni statement Tun, ke media bangang
Quote MarryPottet 21-5-2018 12:10 PM
rampas semua harta kekayaan lanun2 dan kuncu2nya untuk buat bayar sebahagian hutang negara. rampas biar sampai tinggal spenda dgn rambut kembang je
Quote matamata 21-5-2018 12:22 PM
nak susutkan senang...mansuhkan hutang peribadi rakyat termasuk hutang2 peniaga dari Enterprise sampai ke Berhad yang merangkum lebih 60% dari keseluruhan hutang negara....
Quote caprut 21-5-2018 12:28 PM
ini tun nk ckp jgn hrpll la naik gaji. aley2 elaun pon kena buang
Quote Minami2013 21-5-2018 12:54 PM
caprut replied at 21-5-2018 04:28 AM
ini tun nk ckp jgn hrpll la naik gaji. aley2 elaun pon kena buang

Exactly... bermula lah langkah penjimatan... tapi setau i zaman tun tak pernah lg penjawat awam tak dapat bonus... ye ke?
Quote sufi^_^ 21-5-2018 01:02 PM
Minami2013 replied at 21-5-2018 04:54 AM
Exactly... bermula lah langkah penjimatan... tapi setau i zaman tun tak pernah lg penjawat awam ta ...

sejarah bonus/kenaikan gaji penjawat awam, zaman tun sampai zaman najib.

1993 – Bonus satu bulan gaji kakitangan kerajaan (minima RM400)
1994 – Bonus satu bulan gaji (minima RM600)
1995 – Bonus satu bulan gaji (minima RM600)
1996 – Bonus satu bulan gaji (minima RM700)
1997 – Bonus satu bulan gaji (minima RM700)
1998 – Bantuan Khas Kewangan RM400
1999 – Bonus satu bulan gaji kakitangan awam (minima RM1,000)
2000 – Bonus setengah bulan gaji (minima RM500)
2001 – Bonus setengah bulan gaji (minima RM1,000)
2002 – Bonus satu bulan gaji (minima RM1,200)
2003 – Bonus satu bulan gaji kakitangan awam
2004 – Bonus satu setengah bulan gaji penjawat awam (Gaji jika kurang RM1,000. Lebih RM1,000 satu bulan minima RM1,500)
2005 – Satu setengah bulan gaji (gaji jika kurang RM1,000. Lebih RM1,000 satu bulan minima RM1,500)
2006 – Bonus dua bulan gaji (gaji jika kurang RM750. Lebih RM750 satu bulan minima RM1,500
2007 – Tiada Bonus penjawat awam ( Kenaikan Gaji dan Cola)
2008 – Bonus satu bulan gaji penjawat awam (minima RM1,000)
2009 – Bantuan Khas Kewangan RM500
2010 – Bantuan Khas Kewangan RM1,000
2011 – Bonus satu bulan gaji kakitangan kerajaan (minima RM1,000)
2012 – Bonus satu setengah bulan gaji (kakitangan kerajaan (minima RM1,500)
2013 – Bantuan Khas Kewangan RM500
2014 – Bantuan Khas Kewangan RM500
2015 – Bantuan Khas Kewangan RM500
2016 – Bantuan Khas Kewangan RM500

2017 - Bantuan Khas Kewangan RM500
2018 - Bantuan Khas Kewangan RM1500


Quote caprut 21-5-2018 01:06 PM
Minami2013 replied at 21-5-2018 12:54 PM
Exactly... bermula lah langkah penjimatan... tapi setau i zaman tun tak pernah lg penjawat awam ta ...

xpasti yg tu. tp aku rsa elaun mmg kena cantas pastu mgkin kena kjer 6 hri smggu mcm swasta. sbb sektor awam ni pon byk kena kjer 6 tp kjer hri ke6 dpt la claim ot atau masa. klo madey sruh kjer 6 hri pasni mmg x dpt la nk claim da
Quote wana89 21-5-2018 01:07 PM
matamata replied at 21-5-2018 12:22 PM
nak susutkan senang...mansuhkan hutang peribadi rakyat termasuk hutang2 peniaga dari Enterprise samp ...

Habis orang nak buat bisnis mcm mana??  
Quote Atata 21-5-2018 01:07 PM
klu baca komen2 kat fb, yaiii masing2 bajet pakar ekonomi
Quote matamata 21-5-2018 01:09 PM
wana89 replied at 21-5-2018 01:07 PM
Habis orang nak buat bisnis mcm mana??

Maksud aku kerajaan bayarkan hutang rakyat, so hutang tu turun mendadak....paham?
Quote caprut 21-5-2018 01:10 PM
sufi^_^ replied at 21-5-2018 01:02 PM
sejarah bonus/kenaikan gaji penjawat awam, zaman tun sampai zaman najib.

1993 – Bo ...

zman madey bkn org dok ckp gaji rendah ke utk gov staff??, yelatu kot sbb dlu klo dpt biasiswa jpa pon klo boleh nk tolak sbb xmo jdi penjawat awam gaji rendah. dpt jdi cikgu pon xmo gaji rendah. haa, skrg smua brlumba nk msok gomen siap bsing kabel bagai siap pastu siap bgga hasil usaha dia interview 10 klo bru dpt jdi penjawat awam. yelaa, zman skrg jdi pnjawat da boleh kluar krete honda pastu boleh ckp krajaan zalim gaji x ckup
Quote Dunhill. 21-5-2018 01:11 PM
hutang luar Singapura ialah sebanyak RM 5.5 trillion

- Mat selan
Quote wana89 21-5-2018 01:13 PM
https://www.imf.org/en/News/Articles/2018/03/07/pr1873-malaysia-imf-executive-board-concludes-2018-article-iv-consultation

Lihat semua komen(160)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.058114 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top