Islam itu universal. Penganut agama lain yang bertolenrasi juga mencerminkan kematangan manusia itu sendiri dalam sebuah kehidupan.
Di London baru-baru ini, sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan, kerajaan United Kingdom telah mengucapkan selamat berpuasa kepada penduduk setempat menerusi paparan papan tanda gergasi (billboard) di bas, di kaki lima termasuklah surat ucapan daripada Perdana Menteri, Theresa May. Kesemua ini mengundang rasa terharu kepada umat Islam yang sedang beribadah.
Ramai yang mengucapkan terima kasih kepada kerajaan UK yang menghormati sekaligus menyebarkan kebaikan kepada semua manusia di dunia.
Ia juga mendapat perhatian daripada rakyat Malaysia yang berada di luar negara, namun sayangnya tempat mereka tidak meraikan sebegitu.
Namun, ada sahaja insan yang tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan UK. Bagi mereka Muslim tidak tahu membalas jasa dan hanya pandai mengebom negara UK.
Lebih menyedihkan ada juga rakyat Malaysia yang memberi komen provokasi. Namun komennya tersebut tidak dilayan oleh sesiapa pun. Mujurlah.
Semoga hubungan yang dibina ini akan berterusan sehingga bila-bila dan jadilah netizen bijak dengan tidak melayan sebarang provokasi yang tidak mendatangkan faedah. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|