CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

'Mesranya FaFau Dan Nurul Izzah, Memang Sejak Dulu Ke Tu?'

22-5-2018 04:25 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 16608| Komen: 60|Original author: Oleh: Suzy


Semenjak mempunyai kerajaan baharu, artis semakin terbuka untuk mengakui hubungan mesra mereka bersama anak serta para pemimpin. 

Jika dilihat di media sosial, ramai yang mengimbas foto-foto lama untuk mengesahkan bagaimana mereka telah lama menyokong kerajaan baharu sejak dahulu lagi. 

Fara Fauzana tidak terkecuali apabila berkongsikan kemesraannya dengan ahli parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar Ibrahim.



Kebelakangan ini, kemas kini status Fara Fauzana dilihat sering kali mengaitkan perihal figura itu. Rupa-rupanya, ia adalah sempena langkah promosi jemputan kepada Nurul Izzah untuk muncul dalam FBI live kelolaannya dan Faizal Ismail. 

Dalam muat naik sebelum itu, Fara dilihat mengenakan gaya tudung seperti Nurul tetapi kurang menjadi. Lalu, netizen mula meminta Fara menjemput Nurul bagi membuat tutorial gaya pemakaiannya tudungnya. 



Fara juga cuba pernah mengusik Nurul dengan memuat naik foto lucunya mengupas durian. Kemesraan mereka pada ketika itu sudah menarik perhatian netizen dan mahu Nurul muncul dalam rancangan FBI Live tersebut. 



Melihatkan aksi bersahaja dan santai Fara menyapa Nurul di akaun Instagram, peminat mulai tertanya-tanya apakah hubungan mereka. Beberapa jam kemudian, Fara memuat naik foto bersama Nurul dengan kapsyen “Assuntarians” yang mana mengakui mereka merupakan rakan sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Assunta di Petaling Jaya. 



Bagi yang ketinggalan boleh tonton aksi Nurul Izzah memasak dan mengaji di FBI Live yang baru sahaja ke udara jam 3 petang tadi. - CARI
4

Bagus
3

Marah
4

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Aduradura 22-5-2018 04:39 PM
So what? biarla kalau theyolls mesra pun...vodow punya editor cari....
Quote mixed 22-5-2018 04:40 PM
fafau dgn Yb satu sekolah asunta
deols mmg mesra dr dulo
Quote onexox97 22-5-2018 04:53 PM
macamana nk pakai tudung cam yb
nk belajar mana
mana tutorial
Quote shastore 22-5-2018 05:32 PM
Yo lah.. dlu tkt x dpt job...
Quote Didi_dido 22-5-2018 05:34 PM
Diorg sama sekolah la dulu. Cuma dulu x berani nk post terang2an je.
Quote no_el 22-5-2018 05:35 PM
Artis perlu meneruskan kelangsungan hidup. Sekian
Quote munchkin 22-5-2018 05:36 PM
onexox97: macamana nk pakai tudung cam yb nk belajar manamana tutorial


Ada cuba tengok dekat adik dia or dia sendiri punya ig
Quote pavlovachoc 22-5-2018 05:53 PM
sebaya ke diorg ni , mls nk google
Quote datinamanda 22-5-2018 05:59 PM
menempal la apa lagi
Quote rosannazmia 22-5-2018 06:45 PM
pavlovachoc replied at 22-5-2018 05:53 PM
sebaya ke diorg ni , mls nk google

Sebaya chuols 1980 liners
Quote pavlovachoc 22-5-2018 06:47 PM

tp papau nmpk berusia
Quote Amalinarazi 22-5-2018 06:51 PM
onexox97 replied at 22-5-2018 04:53 PM
macamana nk pakai tudung cam yb
nk belajar mana
mana tutorial

Youtube channel yb izzah ada tunjuk
Quote onexox97 22-5-2018 06:53 PM
Amalinarazi replied at 22-5-2018 06:51 PM
Youtube channel yb izzah ada tunjuk

ok thanks nati i tengok
Quote sokmogitu 22-5-2018 07:49 PM
rosannazmia replied at 22-5-2018 06:45 PM
Sebaya chuols 1980 liners

bukan fafau lahir tahun 1978 ke?

p/s : Fafau ni kalau jd politician rasanya boleh pergi jauh. Dia kena buang bimbo dia tu je lah, pengaruh dah ada
Quote rogayahtop 22-5-2018 08:41 PM
boleh la mintak kak nurul main gitar satu dua lagu.

tp taknak la lagu radiohead, akak dah buang cd2 radiohead akak dah lepas thom yorke tu perform kat israel.
Quote kiah_mai_pulak 22-5-2018 08:54 PM
Kesian fafau.. end up jadi ank dara tua je lah.. huhu
Quote personified 22-5-2018 09:00 PM
Fafau ni selalu berkak long dengan Nurul Zahid jugak. Skrg dengan Nurul Izzah
Quote fahima80 22-5-2018 09:11 PM
sokmogitu replied at 22-5-2018 07:49 PM
bukan fafau lahir tahun 1978 ke?

p/s : Fafau ni kalau jd politician rasanya boleh pergi jauh.  ...

Fafau 1980. Mmg sebaya dgn yb izzah tu.
Quote kacang^soya 22-5-2018 09:27 PM
deols schoolmate la..assuntarian...

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.061025 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top