CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Orang Bukan Islam Jangan Takut Makan Masa Ramadan. Yang Islam Tu Macamlah Baru Belajar Puasa!

23-5-2018 10:53 AM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 4410| Komen: 24|Original author: Oleh: Whitney

Dalam bulan Ramadan, ada sesetengah netizen yang bukan Islam berasa segan untuk makan di tempat awam. Sehinggakan ada dalam kalangan mereka yang turut menahan lapar buat seketika bagi menghormati umat Islam jika mereka berada dalam kelompok orang Islam di bulan puasa. 


Seorang pengguna twitter bernama Anwar menaikkan status yang ditujukan kepada semua rakan-rakannya yang bukan beragama Islam. Dia berpesan supaya jangan takut untuk makan di tempat terbuka ketika umat Islam sedang berpuasa kerana berpuasa adalah ujian buat orang Islam untuk menahan nafsu, lapar dan dahaga. Ini kerana dia melihat ramai rakan-rakannya yang sanggup tidak makan apabila mereka berada bersama-sama.


Ramai netizen bukan Islam memberi komen bahawa mereka sendiri menghormati rakan-rakan Muslim dan segan untuk makan dihadapan mereka. Mereka sanggup menyorok untuk makan atau menahan lapar buat sementara.


Tetapi ada juga komen netizen Muslim yang berpuasa berasa tidak kisah jika rakan-rakan bukan Islam hendak makan di hadapan mereka tetapi perlu makan dengan senyap. Biasalah, bukan semua orang Islam yang boleh tahan apabila terhidu bau makanan dan mendengar kunyahan makanan orang yang berada di sekelilingnya ketika di bulan puasa.


Sebagai umat Islam yang hidup dalam kelompok berbilang kaum, ia adalah satu cabaran untuk menahan lapar dan dahaga ketika berada dalam kalangan rakan-rakan bukan beragama Islam. 

Bagaimanapun, bersyukurlah kerana kebanyakan orang bukan Islam turut menghormati bulan puasa. Apa pendapat kalian? Kalian OK tak jika rakan bukan Islam makan depan kalian? - CARI 

21

Bagus
14

Marah
14

Terkejut
3

Sedih
8

Lawak
30

Bosan

Friends Rank (90 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pumpkingirl 23-5-2018 11:01 AM
Takde isu pun sebenarnya..saja batak viral.
Quote krustykrab 23-5-2018 11:10 AM
aku biasa je duk sebelah kawan chinese aku tgh makan....tak de tertekan pun
Quote Catpaw 23-5-2018 11:10 AM
Kawan belum muslim iols pun sama, segan nak makan, tapi diorang makan la jugak cuma makan kat lain la jauh sikit dr kite.
Quote spankee_fili 23-5-2018 11:14 AM
makan takpe..tapi jangan minum teh ais yang luar gelas tu berdrip2 air aisnya..
i is takuadddd...
Quote besarkecik 23-5-2018 11:15 AM
Opis aku, 95% chinese, 2% melayu, 2% jepun, 1% india.. Jadi 98% non Muslim.  Selamba je  kunyah makanan depan  kitaorang, Tapi sebelum tu, diorang mintak maaf dulu. Bagi i, langsung takde isu.
Quote GigaMom 23-5-2018 11:36 AM
Catpaw: Kawan belum muslim


Bila nk muslimny
Quote nidzhar 23-5-2018 12:09 PM
bos aku yg non muslim selamba mintak buatkan teh utk dia.
aku sound tea? excuse me, u want me yang puasa ni buatkan tea for you yg tak puasa?
terus tersipu malu mintak maap
Quote Cikkebom 23-5-2018 12:13 PM
Sometimes yg non muslim ni lagik segan nak makan depan org pose dari org yg muslim tapi x pose n selamba je g bawak plastik hitam.
Quote zameyla 23-5-2018 12:23 PM
nidzhar replied at 23-5-2018 12:09 PM
bos aku yg non muslim selamba mintak buatkan teh utk dia.
aku sound tea? excuse me, u want me yang  ...

buat je la...ko takut terbuat dua cawan ke?
Quote nidzhar 23-5-2018 01:29 PM
zameyla replied at 23-5-2018 05:23 AM
buat je la...ko takut terbuat dua cawan ke?

sebab aku puasa aku angin jer dia mintak teh
kalau aku peot mau aku buat 2 cawan join dia mengeteh
Quote Artemesiaa 23-5-2018 02:39 PM
Ia tak ada isu masing2 orang dewasa bukan kanak2 yang masih baru belajar puasa
Quote SecretLuv 23-5-2018 02:47 PM
nidzhar replied at 23-5-2018 12:09 PM
bos aku yg non muslim selamba mintak buatkan teh utk dia.
aku sound tea? excuse me, u want me yang  ...

Teruknya kau ni. Buat je la. Itu ujian untuk kau yang berpuasa. Kenalah tahan nafsu sikit. Nanti masa kau dah ada anak kecik, anak kau mintak makanan kat kau yang berpuasa, takkan kau nak ckp "mak puasa hari ni, jadi kau tak payah makan."
Quote nidzhar 23-5-2018 02:57 PM
SecretLuv replied at 23-5-2018 07:47 AM
Teruknya kau ni. Buat je la. Itu ujian untuk kau yang berpuasa. Kenalah tahan nafsu sikit. Nanti m ...

eh apa pasal pulak aku yg teruk?
wajarker seorang non muslim mintak seorang muslim yang berpuasa buatkan dia air?
takda respect ke? banyak cantik
Quote SecretLuv 23-5-2018 09:12 PM
nidzhar replied at 23-5-2018 02:57 PM
eh apa pasal pulak aku yg teruk?
wajarker seorang non muslim mintak seorang muslim yang berpuasa  ...

Bagi aku tak ada masalah pun nak buatkan air untuk non muslim. Kalau kita berjaya menahan dugaan itu dah dikira bagus. Lain la kalau dia suruh kau makan minum ke.
Quote encikWawad 23-5-2018 10:37 PM
SecretLuv replied at 23-5-2018 02:47 PM
Teruknya kau ni. Buat je la. Itu ujian untuk kau yang berpuasa. Kenalah tahan nafsu sikit. Nanti m ...

Omg this is funny! N yet tepat skali
Quote encikWawad 23-5-2018 10:37 PM
SecretLuv replied at 23-5-2018 02:47 PM
Teruknya kau ni. Buat je la. Itu ujian untuk kau yang berpuasa. Kenalah tahan nafsu sikit. Nanti m ...

Omg this is funny! N yet tepat skali
Quote rogayahtop 24-5-2018 06:28 AM
perlu ke nak suruh org tak puasa makan senyap etc. ngok nye demand. lantak la org tu nak makan ke nak minum ke bukan nyer dia paksa kau makan minum sekali. over sgt fonen2 ni mcm la puasa tu teruk sgt.
Quote fishcracker 24-5-2018 07:48 AM
Yang ade anak kecik lagi la selamba suap anak makan,mak ayah yang pose tak tergugat pun
Quote lumie 24-5-2018 08:58 AM
Aku rasa biasa2 je.... Kdg org muslim ni pn mintak puji sgt. Asyik nk suruh org menghormati dia puasa, menghormati dia nk solat jumaat , menghormati itu ini, tp apa sumbangan kau muslim menghormati kaum lain ? Dorg pn ade hak dorang... Tlg laaa sama2 ubah cara pemikiran

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.090718 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top