Individu paling kaya di Malaysia, Tan Sri Robert Kuok menabik hormat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menyelamatkan negara.
Dalam salah satu kemas kini terbaru di Facebook Kelab Chedet, sebuah video yang dimuat naik memaparkan Robert Kuok berkata demikian ketika berjumpa Dr Mahathir di Perdana Putra, semalam. "Saya tabik kepada anda. Anda telah menyelamatkan negara, dan tentulah dengan bantuan Daim (Tun Daim Zainuddin)," katanya. Dr Mahathir menyambut kata-kata itu dengan tawa sambil menjawab "Tetapi saya juga perlu bantuan awak sekarang." Memetik BH Online, Robert Kuok yang kini menetap di Hong Kong hadir buat pertama kali pada mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan (MPK), semalam selepas dinamakan sebagai salah seorang daripada lima anggota majlis terbabit pada 12 Mei lalu. Selain diketuai bekas Menteri Kewangan, Daim, MPK dianggotai bekas Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas Tan Sri Hassan Marican dan ahli ekonomi terkemuka Prof Jomo Kwame Sundaram. - CARI
|
19
Bagus |
13
Marah |
8
Terkejut |
4
Sedih |
9
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT