CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Da'i Wan Pula Dituduh Pondan Akibat Menegur Faiz Roslan

24-5-2018 04:57 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 4134| Komen: 17|Original author: Oleh: Suzy

Sememangnya ujian besar ke atas para ulama dan pendakwah sepanjang zaman apabila difitnah dengan pelbagai tuduhan palsu. 



Sejak zaman Nabi Adam dahulu hingga ke hari ini, macam-macam fitnah sudah terjadi. Fitnah itu juga ada sebahagian besarnya peristiwa dan skrip yang sama, cuma berbeza watak sahaja.

Di Malaysia, ada beberapa kes yang mana pendakwah dan penceramah terkenal terpalit kontroversi fitnah. Fitnah yang direka-reka dan ‘dibenarkan’ oleh bukti-bukti media sosial. 

Baru-baru ini, Da'i Wan pula menjadi mangsa apabila dituduh pondan oleh pengguna Twitter. Beberapa individu yang membalas tweet wanita itu turut mempersendakan gaya percakapan dan perwatakan Da'i Wan.



Foto: IG Da'i Wan

Ianya berpunca apabila Da'i Wan telah menegur perbuatan Faiz Roslan yang mencetuskan kemarahan ramai pihak. Dengan kenyataan tegas bahawa apa yang dilakukan oleh Faiz itu sebagai tindakan dungu.



Tidak semena-mena, Da'i Wan pula dituduh pondan yang kecewa kerana tidak dapat melakukan video sama seperti dilakukan Faiz Roslan.



Menjadi mangsa tuduhan tidak berasas itu, Da'i Wan tidak cepat melatah malah netizen berterusan memberikan kata sokongan kepadanya. 



Sememangnya ujian disifatkan sebagai lumrah bagi para pendakwah. Bukanlah dakwah jika jalannya lurus tanpa ujian dan fitnah. Namun, selagi namanya manusia, mahupun pendakwah pasti akan terguris hatinya biarpun mereka sentiasa bersabar. Diharap selepas ini netizen tidak menuduh dan menghakimi orang lain dengan begitu mudah. - CARI
5

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mzzenma 24-5-2018 05:08 PM
Better lah yang gemalai tapi straight macam ni dari yang puaka macam si zamihan tu.
Quote cicicumel 24-5-2018 05:16 PM
Heols mmg nmpak lemah lembut pon masa kat motof viral tu...tp bini dia cantik.comel.
Quote ashilalat 24-5-2018 05:19 PM
cicicumel: Heols mmg nmpak lemah lembut pon masa kat motof viral tu...tp bini dia cantik.comel.


ada bini ke? Anak dh ada ke?

Aku tgk pon lemah gemalai semacam je..pastu asek attack pondan2 je. Musykil gak aku.
Quote besarkecik 24-5-2018 05:25 PM
Ada yang pertahankan paiz terencat tu ke?
Quote Orix 24-5-2018 05:48 PM
Bak kata sis @chazey sudah terang tak perlu disuluh-suluh bagai yg so called setad wan ni pondan in closet....
Quote damian_lee 24-5-2018 05:55 PM
Nanti paiz jadi sajat
Korang juga yg merempan
Quote Cikkebom 24-5-2018 06:01 PM
Quote dinopower2 24-5-2018 06:54 PM
damian_lee: Nanti paiz jadi sajatKorang juga yg merempan

hanya pondan mengenal pondan gituh...
Quote rogayahtop 24-5-2018 07:01 PM
ala2 ex gay tu. or bekas ratu sentap kengkawan tak insaf2





Quote chazey 24-5-2018 09:21 PM
Orix replied at 24-5-2018 05:48 PM
Bak kata sis @chazey sudah terang tak perlu disuluh-suluh bagai yg so called setad wan ni pondan in  ...


Tengok gamba duduk tu ja pon terus nampak sisi pondan tu.

Quote camelia93 25-5-2018 12:21 AM
Aahlaaaaa gmbar tuuu cara dia nampak cm pon
Quote camelia93 25-5-2018 12:21 AM
Aahlaaaaa gmbar tuuu cara dia nampak cm pon
Quote tinacuak 25-5-2018 02:42 AM
{:nose{:nose.  Aku x berapa gemar kat dai wan ni masa dia tegur uqasha dulu. Tapi bab ilmu agama dia byk lah yg boleh dicontohi. Sbb masa dia tegur open uqasha tu macam nampak gatai sikit... Boleh je dia nak tegur cara tegas...tapi dia pi tegur cara macam nak mengayat, so aku xboleh terima... Tapi dalam bab dia tegur pondan tu mmg aku setuju. Sbb dia dah lunaskan tanggungjawab dia sebagai pendakwah. Cuma manusia kan...kita dah tegur dia xmau ikot, dah la stop. Abaikan je manusia camtu. Lagi satu dai wan ni aku x gemar dia sebab terlalu update sangat kisah hidup dia. Haha sebb ye lah...dia bawak title pendakwah...patutnya kena slowkan kisah diri sendiri..gunakan media sosial untuk berdakwah, InsyaAllah orang muda tertarik...macam ustaz ebit liew...
Quote Nonones 25-5-2018 07:57 AM
Pendakwah macam ni pun korang nak kutuk dia pondan la apa la. kemon la weh, atleast ilmu agama dia lebih baik dari kita, ambik la ilmu2 yang dia sebarkan sebagai panduan hidup kita. kenapa nak kutuk2 dia kalau dia lembut sekalipun dah kejadian dia macam tu. takde langsung positive vibes dalam hidup yang mengutuk orang sana sini macam diri tu perfect sangat. apa kebenda lah!! duhhhh!
Quote mieymiey 25-5-2018 08:41 AM
Nampak lembut ustaz ni.
Quote haryatie 25-5-2018 09:25 AM
nmpak lembut x semesti nya pondan
biasa nya anak yg terdidik dlm parents yg bersikap lembut dn sopan mmg nmpak lembut
Quote hyunniesSS501 25-5-2018 10:30 AM
Aku suka lelaki lemah lembut. Tapi bukan lembut yg patah seribu ya.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.205363 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top