CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Degup Ramadan 2018 Lihat artikel

Bersenam Ketika Puasa, Macam Mana Nak Gagahkan Diri?

30-5-2018 12:30 PM| Diterbitkan: Cari-Faizal| Dilihat: 3385| Komen: 16|Original author: Oleh: Faizal

Ramai agak skeptikal untuk melakukan senaman di dalam bualan Ramadan. Sudah pasti ramai yang risau jika banyak melakukan aktiviti kecergasan ketika berpusa akan menyebabkan kita kehausan dan kelaparan.

Tetapi, tahukah anda, bersenam atau melakukan aktiviti kercergasan di bulan Ramadan mempunyai manfaat yang tersendiri. Tetapi perlu ingat, anda harus melakukan aktiviti yang sesuai untuk anda yang sedang berpuasa.

Foto: Newyorktimes.com


Manfaat bersenam di dalam bulan puasa

1. Menjadikan pencernaan badan bertambah baik

Dengan bersukan, ia membantu pencernaan di dalam badan kita bertambah baik. Makanan yang kita ambil ketika kita bersahur boleh dicerna dan dimanfaatkan untuk aktiviti seharian. Bersukan juga mampu meningkatkan perjalanan darah di dalam tubuh kita dan ia menjadi lancar. Dan yang paling menarik proses detoksifikasi juga meningkat. Jadi, toksin di dalam badan kita dapat disingkirkan dengan mudah dan lebih baik.

2. Menurunkan berat badan


Ketika anda berpuasa, berat badan anda boleh turun jika kita selangi dengan aktviti-aktiviti yang sesuai. Ramai antara kita yang berat badan meningkat kerana selepas sahur ramai tidur semula atapun selama seharian berpuasa anda tidak melakukan sebarang aktiviti ataupun tidur sahaja. OLeh itu, bila berpuasa ditambah pula dengan sedikit aktiviti kecergasan, sudah pasti kadar metabolisma badan anda akan meningkat dan mudah untuk anda mengurangkan berat badan.

3. Meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh

Ramai yang mengeluh keletihan ketika berpuasa. Sebenarnya jika anda bersukan ketika berpuasa, stamina tubuh akan meningkat dan daya kekebalan tubuh juga meningkat kerana kebanyakan organ tubuh kita dirangsang sehingga metabolisma lancar.

4. Menghilangkan stres


Mungkin juga dengan melakukan aktivi kecergasan boleh menghilangkan stress. Apa kata sambil-sambil menanti waktu berbuka tu boleh melakukan aktiviti seperti berjalan, berbasikal ataupun yoga. Senaman-senaman ringkas dan bersesuaian ketika berpuasa boleh anda cuba untuk menikmati detik puasa anda yang lebih bermakna tanpa stress.

Panduan besenam di bualan puasa

'Ya.! Berpuasa selama sebulan bukan bermakna itu adalah tempoh berehat untuk bersenam. Anda masih boleh melakukan samaada waktu pagi ataupun malam. Menariknya berpuasa dan bersenam membantu anda menurunkan berat badan dengan cepat. Cuma, lakukan aktiviti yang tidak memudaratkan sahaja.

Foto: Khaleejtime.com


1. Senaman waktu pagi

Senaman pagi seeloknya membabitkan senaman yang tidak terlampau berat seperti ‘tai chi’, ‘yoga’ juga senaman aerobic sederhana. Elakkan dari membuat senaman berat. Hal ini penting agar tenaga anda dapat disimpan hingga ke waktu petang.

2. Masa yang pendek (30 minit sahaja)

Dengan hanya tempoh 30 minit, anda boleh lakukan beberapa senaman ringkas berperingkat yang dimulakan dengan memanaskan badan, senaman kardiovaskular seperti berbasikal atau berjoging dengan kadar yang tidak keterlaluan.

Foto Carian internet
3. Target aktiviti untuk merangsang otot besar sahaja

Lakukan senaman untuk bahagian otot besar seperti dada, perut dan peha. Lakukan pengulangan latihan sebanyak 15 - 20 kali bagi setiap otot. Kekerapan bilangan dapat membantu anda mengurangkan kandungan lemak dalam badan serta membentuk otot seperti yang diidamkan. - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 30-5-2018 12:58 PM
Teringat aritu iols jogging kat taman ada budak2 makan kat bawah pondok.. Pastu siap sound iols "puasa2 pon jogging baik x payah puasa".. Nasib ramai kalo sorang dua je mmg iols seligi je bebudak tu..
Quote minahsenget 30-5-2018 01:46 PM
I stil p gym.630 till 700 tu pun serupa nak menerap je atas threadmill...light workout mcm yg utk butt tu je i buat.sebab klu i stop this mth maunyer till raja haji i x p .so kena jgak pegi
Quote ninjago 30-5-2018 03:06 PM
ramadhan kali nie mmg betul2 tak larat nak buat workout. cam xde energy langsung even dah amik kurma, makan berkhasiat.. tak tahu la faktor umur dah masuk 30an ke apa. i betul2 tak larat tgk machine tu pun  leh menguap mampu buat keje2 rumah je, anggap je la tu sbg exercise
Quote juruterra 30-5-2018 03:43 PM
ninjago replied at 30-5-2018 03:06 PM
ramadhan kali nie mmg betul2 tak larat nak buat workout. cam xde energy langsung even dah amik kurma ...

Akak pi jogging 5km-7km je mampu lepas masak ptg2 dalam kol 6ptg camtu, by 7ptg balik mandi2 dh ready nk bukak posa, every alternate days la In Sha Allah rasa lebih bertenaga. kurus ke tidak tak pasti sebab akak malas timbang berat. Ni first ramadhan akak bersenam, rasa lebih semangat nk solat terawikh malam2 dibandingkan tahun2 lepas. akak dh 44 thn
Quote amyza 30-5-2018 05:18 PM
Puasa ni takde pun buat senaman. Kelas zumba pun cuti 1bln.
Quote Lula2 30-5-2018 08:21 PM
juruterra replied at 30-5-2018 03:43 PM
Akak pi jogging 5km-7km je mampu lepas masak ptg2 dalam kol 6ptg camtu, by 7ptg balik mandi2 dh re ...

Hebatnya kak oi..
i hari biasa jogging 5km pun sejam kak oi..
bulan ramadon mau i mengengsot kt taman tu kak..
bg tips sikit kak nak maintain lari..
Quote supernaturalee 31-5-2018 10:38 AM
juruterra replied at 30-5-2018 03:43 PM
Akak pi jogging 5km-7km je mampu lepas masak ptg2 dalam kol 6ptg camtu, by 7ptg balik mandi2 dh re ...

blh caye ke ni

anyway...
senam sikit2 je time bln posa ni
tp buat waktu mlm lh
bkn ape, dh posa pun berat bdn akn turun
klu senam beria nnt lg lh bnyk sgt plk trunnya
memandangkan berat bdn just nice je pun




Quote fifie_olin 31-5-2018 03:30 PM
buat belah ptg xde la penat sgt
time tu pon dh sejuk
nk2 lg skg musim ujan
Quote coolie83 31-5-2018 03:57 PM
wa kul 6.15 PM sampai kul 6.50 PM main bola..xde la penat mana pun..tak haus pulak..cume mmbr2 seagama pandang semacam la tgk wa men bola..ingt wa tak puasa pulak..
Quote cik_sssara 2-6-2018 11:17 AM
Bergantung kepada individu. Macam I dah biasa lepas workout tak minum air atau makan. So boleh je buat senaman masa bulan puasa ni. Lepas balik kerja pukul 5-6 petang, belah pagi sebelum bersiap nak pergi kerja (light indoor macam jumping jack, bicycle crunch, plank, russian twist) dan kalau weekend I buat malam after terawih.
Quote felinecat 2-6-2018 12:06 PM
Kaalau weekend atau cuti, jogging pagi mcm biasa.cume xbuat senaman HIIT. Weekdays jogging petang pkul 6 , 6 lebih lepas masak. Lari boleh release tension.hehe
Quote mzzenma 2-6-2018 01:44 PM
Boleh tanya hanis haizi. Dia pakar workout time puasa. 2000 hari pi gym badan maintain macam peti ais.
Quote teen_angelJB 2-6-2018 03:14 PM
Masa muda mudi dolu..
Gigih nk diet.. Ai g gym b4 buka..
Time buka balun Quaker oat..
Mmg berbaloi2...
Quote dak_abu 4-6-2018 11:36 AM
juruterra replied at 30-5-2018 03:43 PM
Akak pi jogging 5km-7km je mampu lepas masak ptg2 dalam kol 6ptg camtu, by 7ptg balik mandi2 dh re ...

eh.. sebaya uols...
ai pegi gym pagi2... buat circuit training dlm 25 mins max la...
5 days a week... kalau boring.. pegi la menapak naik KL Tower tu.. boleh la dpt dlm 3-5km (depends berapa kali turun naik )
Quote juruterra 13-6-2018 10:30 AM
Lula2 replied at 30-5-2018 08:21 PM
Hebatnya kak oi..
i hari biasa jogging 5km pun sejam kak oi..
bulan ramadon mau i mengengsot kt  ...

takde tips Dik, akak mmg bersenam dari anak dara sampai anak 4, umur 44....kena istiqomah. akak cuma rehat dr bersenam waktu preknen dan pantang aje
Quote nsmy 13-6-2018 11:43 AM
ninjago replied at 30-5-2018 03:06 PM
ramadhan kali nie mmg betul2 tak larat nak buat workout. cam xde energy langsung even dah amik kurma ...

sama la kita....tahun ni puasa mmg lesu gile2...
pukul 10 pg perut dah berbunyi2...
nk masuk pkl 3 ptg mmg rasa x  larat...
mmg btoi agaknye faktor usia

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:11 AM GMT+8 , Processed in 0.583191 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top